Tidak Menunggu Sempurna
Bila ada manusia mengajak kepada kebaikan, kadangkala dia akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan.
Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:
“Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”
“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”
“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”
“Kau dah sempurna sangat ke?”
Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat mereka yang ingin mengajak kepada Allah SWT. Kadangkala, alasan-alasan seperti itu, yakni alasan tak sempurna, belum cukup bersedia, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.
Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?
Kisah Abu Bakar RA
Dari kalangan lelaki dewasa, Abu Bakar RA adalah yang pertama beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika kita memerhatikan Sirah Nabawiyah, selepas keimanannya, Abu Bakar mengajak ramai manusia untuk mengikuti jalan kepada Allah SWT ini. Antara yang diajaknya adalah:
1. Uthman bin Affan RA – satu dari 10 yang dijamin syurga.
2. Sa’ad ibn Abi Waqqas RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
3. Talhah ibn Ubaidillah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
4. Abdurrahman ibn Auf RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
5. Zubair Al-Awwam RA
6. Abu Ubaidah Al-Jarrah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga
Ini adalah antara yang diseru oleh Abu Bakar RA, sebaik sahaja Abu Bakar beriman kepada Allah SWT. Kalau diperhatikan, mereka yang didakwah oleh Abu Bakar RA pada awal keimanannya ini, kebanyakannya adalah sahabat yang dijamin syurga.
Kita teliti, Abu Bakar RA ketika itu baru sahaja beriman kepada Allah SWT. Adakah Al-Quran ketika itu sudah sempurna sehingga ada ayat-ayat yang boleh menguatkan seruan Abu Bakar? Adakah Rasulullah SAW ketika itu sudah menyempurnakan dakwahnya sampai pada Abu Bakar ada pelbagai teknik yang boleh dia gunakan? Adakah ketika itu orang Islam sudah ramai sampai Abu Bakar boleh menunjukkan si fulan itu, si fulan ini gembira mengikuti Islam?
Kita perhatikan, dalam keadaan serba kekurangan, Abu Bakar RA bergerak juga menyebarkan kefahaman Islam, mengajak kepada kebaikan. Sedangkan ketika itu baru awal waktu seruan Rasulullah SAW. Ayat Al-Quran pun hanya ada beberapa sahaja. Orang Islam hanya ada dia, dan keluarga Rasulullah SAW sahaja.
Jadi kenapa Abu Bakar RA ini mampu bergerak, berani menyeru manusia kepada Islam dalam keadaan kekurangan demikian?
Kerana dia beriman, yakin dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kerana dia melihat Islam itulah penyelesai kepada masalah insan, dan dia hendakkan Islam itu berada dalam jiwa-jiwa masyarakatnya.
Maka dia bergerak tanpa menanti sempurna. Tidak berlengahan. Tidak memberi alasan itu, alasan ini. Tidak juga jatuh dengan seksaan dan hinaan.
Perbaiki diri, dan ajak orang lain
Allahyarham Sheikh Mustapaha Masyur ada berkata: “Islah nafsak, wad’u ghairak”
Ramai orang salah faham kata-kata ini dengan menafsirkan seperti berikut: “Perbaiki diri dulu, baru ajak orang lain”
Kalau benar itu maknanya, maka Sheikh Mustaphaa Masyur akan berkata begini:
“Islah nafsak, summa, ud’u ghairak” Perkataan summa di sini membawa maksud kemudian.
Kenapa dia menggunakan ‘dan’, bukannya ‘kemudian’?
Hal ini kerana, ‘dan’ menunjukkan kebersamaan, pada waktu yang sama. Manakala ‘kemudian’ menunjukkan kelewatan, bukan pada waktu yang sama. Maka, makna pada kata-kata “Islah nafsak, wad’u ghairak” hakikatnya adalah:
“Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”
Kenapa dia menyeru demikian? Kenapa Sheikh Mustapha Masyur tidak suruh kita ajak orang lain lepas diri kita dah sempurna? Kenapa masa tengah perbaiki diri kita sudah perlu ajak orang lain? Kenapa?
Hal ini kerana, manusia memang tidak akan mencapai kesempurnaan. Jadi, jika hendak tunggu sempurna, sampai kiamat pun tidak akan bermulanya seruan kepada kebaikan. Justeru, manusia perlu menyeru dengan apa yang sudah ada di tangannya. Dia ada sikit, dia bagi sikit. Dia ada banyak, dia bagi banyak. Pokoknya, dia memberi, berkongsi, menyeru ke arah kebaikan, mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat”
Dan dengan kita bergerak mengajak manusia lain ke arah kebaikan, insyaAllah diri kita akan mempunyai satu rasa sensitif untuk menjalankan peningkatan. Hal ini kerana, kita akan merasakan satu tolakan untuk lebih memperkemaskan diri apabila kita mula menyeru manusia ke arah kebaikan. Ini juga satu ‘booster’ untuk peningkatan diri.
Guru saya ada berkata:
“Perempuan yang malas mencuci kukunya, apabila dia mencuci pakaian, maka kukunya akan tercuci sama”
Kebaikan, jangan dilewat-lewatkan…….
Allah SWT berfirman:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Ali-Imran ayat 133.
Allah SWT juga mengingatkan kita berkenaan tindakan seorang lelaki yang apabila mendengar ummatnya menolak penyampaian rasul-rasul Allah SWT. Allah menceritakan bahawa lelaki itu berlari dengan pantas di dalam ayat berikut:
“Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dalam keadaan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu” Surah Yaasin ayat 20.
Apa persamaan dua ayat ini?
Menyegerakan kebaikan.
Hal ini kerana, kalau kita tidak menyegerakan kebaikan, maka hakikatnya kita telah terjerumus dalam kerugian. Mari kita lihat ayat Al-‘Asr yang popular:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.
Ya, perhatikan ayat-ayat itu. Siapakah yang tidak rugi? Yang tidak rugi dalam hidup ini hanyalah mereka yang melakukan amal kebaikan, dan menyebarkannya pula.
Anda, nak untung atau hendak rugi?
Penutup: Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran
Jadi jangan lengah lagi. Jangan takut untuk buat baik. Jangan takut untuk sebarkan kebaikan.
Bila bersembang dengan kawan, selitkan peringatan-peringat an. Bila menghadiri satu majlis, jangan lupa ambil peluang menyebarkan kebenaran. Bila mengetuai satu program, jangan lupa adunkan program itu dengan hubungan kepada Allah SWT.
Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran. Gunakan segala ruang, peluang dan cara yang ada untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran.
Jangan lengah, jangan lewat-lewat.
Bergeraklah.
Bersegeralah.
Tidak perlu menanti sempurna.
Inilah salah satu jalan untuk berusaha menyempurnakan diri kita.
sumber: ms.langitilahi. com
Nak Jadi Doktor??
Nak Jadi Doktor??
“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor”, kata pensyarah itu.
“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”, katanya…sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….
“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk…..
SEKARANG…..TUMPUKAN PERHATIAN….
PAHAM!!!!!
Semua pelajar memandang antara satu sama lain……
TIPS untuk diri yang STRES
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :
1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
2. Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3. Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4. Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5. Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6. Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7. Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakansalah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8. Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9. Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10. Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
p/s: makin stres, makin cepat nampak tua… ahaks
…stop asking wHY…
….Stop Asking WHY??….
“eh eh…..buruk giler baju dia tu.. apasal gaji skit sgt? isk isk memang tak reti masak ke apa minah ni..Komen itu ini, merungut itu ini, membebel macam-macam….
Itulah salah satu perumpamaan untuk perangai wanita tapi saya pasti tak semua pun antara kita yang tidak pernah berkata-kata tentang ketidakpuasan hati tentang sesuatu perkara yang tidak disukainya, baik lelaki atau wanita.
Apalah sangat dengan kekurangan yang ada diterima itu, kerana hakikatnya tiada yang sempurna….tapi hakikatnya terlalu sukar menepis keinginan rasa hati mencapai kesempurnaan dalam kehidupan, dalam apa jua perkara……
Pernahkah terasa seolah-olah ada sahaja halangan, penghalang yang membuatkan terbantut seketika perjalanan dipertengahan jalan?
Itulah ujian….selagi mana bernamanya kita insan, manusia dan merupakan khalifah Allah di atas muka bumi ini, selagi tu takkan terhenti ujianNya untuk hamba-hambaNYA…..
Kenapa AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286Kenapa Rasa FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12
Sungguh…..
Usahlah bertanya kenapa ianya terjadi, kerana pasti Allah sedang aturkan yang terbaik….
STOP ASKING tentang kegagalan yang telah terjadi walau telah puas berusaha
STOP ASKING tentang tak tercapai impian yang diharap walau telah mencuba mencapai
STOP ASKING tentang tak berpenghujungnya kedukaan setelah puas mencari sinar kebahagian
STOP ASKING tentang jodoh yang tak kesampaian setelah mencari dan mencari
STOP ASKING tentang kenapa ianya tak terjadi seperti yang diharap
Tetapi….
ASK FOR keampunanNya
ASK FOR ketetapan nikmat iman dan islam yang tak berpenghujung
ASK FOR rahmat dan kasih sayangnya
ASK FOR kebahgiaan dunia dan akhirat
ASK FOR pilihan yang terbaik daripadaNya
p/s: ………kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah jalan….
Namun, ingatlah duhai sahabatku…rintik-rintik air hujan itu turun bersama rahmat dan kasih sayangNya.. InsyaAllah, pasti Dia sedang Mendengar dan takkan pernah membiarkan hamba yang menangis keranaNya…andai yakin padaNya dan redha pada takdir qadak qadar Nya, pasti takkan kecewa lagi hati ini
Emergency Call
……
Dulu-dulu di malam ONCALL
Isk, aku oncall la hujung minggu nie…Tak boleh silent tepon, nak kena bagi ringtone paling kuat. Bunyi telefon paling ganas dikhaskan untuk panggilan masuk daripada ‘A & E’.. supaya cepat tersedar diwaktu malam.
Sebelum tidur, nak kena baca doa lu….
Ya Allah, tolonglah selamatkan semua rakyat di daerah naungan di sini, Jangan libantkan mereka dengan kecelakaan terutamanya pada bahagian muka. Damailah, tenangkan suasana hunjung minggu ni… Moga aku tidur lena… Ameen..
Tika dilamun mimpi, tetiba teponku kuarkan ’tone khas’… Macam terkena panahan petir, terus ku bangkit dan meluru ke hospital..Waktu tu, tak kira dah dengan air liur basi ke, tahi mata melekat ke, muka tak bermekap ke (tapi aku mang bukan jenis bermekap pun.. (mmmuah ha ha..) Yang pastinya hanya Allah yang tahu betapa mengantuknya mata ini apabila perlu bertapa di kawasan kecemasan hospital pada ‘waktu tidoku’..
Arghhhh…. jelesnya aku kat yang lain duk tido lena tu
Emergency call memang khas untuk mereka yang betul-betul ada emergency problem..Percaya tak, kat kecemasan hospital pun ada kes yang sememangnya tak totally cemas! Doktor gigi yang oncall biasanya datang kat tempat kecemasan hospital hanya bila ada kes. Bayangkan, jika kes pada malam yang nak akan jadi pagi hanya setakat ’sakit gigi je’… alahai,
KiNI..
Terasa sudah lama saya tidak melakukan tugasan ‘oncall.. Tiada lagi kedengaran bunyi ambulan, suasana hiruk pikuk di hospital serta raut wajah pesakit apabila bibir terkoyaknya dijahit, takpun bila gigi yang patah itu terpaksa dicabut keluar! ‘Tiada lagi gangguan ketika ku bermimpi’… and no more ’special ringtone’ for hospital….
Tapi , sungguh …..saya merinduinya. Rindukan suasana dan pengalaman yang cukup bermakna. Saya suka tolong jahit bibir, gusi, pipi yang terkoyak tuu!
Talian hayat dengan polis, bomba, hospital wajib diingat. SEMUA PERLU TAHU, tak kira yang kecil sampai yang tua nyanyuk…Penting sebab kita tak tahu pada masa bila maktu kecemasan akan berlaku dan semuanya boleh jadi ‘unpredictable’ dan ’suddently’ ….juz like that…
Itu untuk panggilan kecemasan dunia yang nyata nie….. tapi macam mana pula dengan panggilan kecemasan untuk akhirat?..
Just keep doing it .. call 24434 ..InsyaAllah, Allah will help you along the way!
p/s : i love this post, plz read it. Hope it will melt in our heart http://keretamayat.blogspot.com/2009/09/sms-kepada-allah.html
Hantaran Kahwen..
“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil…
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih?” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al Quran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
” Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu? Nampak seronok saya lihat,” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari Al Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” ..sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa… aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al Quran kalau sekadar hantaran. Kesian AL Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
” Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak…. usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri.. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d ….”Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnass yaitaanirrajim. .. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama AL Qurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah olah menghina AL Qura n. Beli AL Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan, dia pasti dilaknat oleh Al Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..
………………………………
Back to School?
**************************************
Kata orang tua, belajar sampai ke negeri China..Siapa sangka saya sampai ke jua di sini dalam mengejar cita-cita..Alhamdulillah.
Semuanya serba baru…dan sememangnya memulakan langkah di suatu tempat yang terlalu asing memerlukan ketabahan yang utuh. Ternyata jauh di lubuk hati, betapa diri ini merindui segalanya yang berada di tanah air sendiri namun inilah dikatakan perjuangan disertai pengorbanan… Masih terlalu awal untuk membuat telahan disebalik takdir, ketentuan ilahi..
Sebelum melangkah pergi, tak terasa erti meninggalkan yang tersayang tapi sesungguhnya masa dan perpisahan itu akan mengajar kita erti menghargai apa yang dimiliki… Kadangkala perpisahan itu membolehkan kita membuat penilaian dan bermuhasabah tentang diri sendiri.….
Di bumi asing, terasa sukar memulakan langkah tapi “life must go on”.. Insya Allah, Dia akan sentiasa mendampingi walau diri terlontar jauh di sini..
********************************
p/s: sungguh….jadi student pada usia sekarang tak sama rasanya seperti dulu
tergendala SEKETIKA
Assalamu’alaikum… salam ukhuwah ..
Dah hampir sebulan berpuasa, bermakna dah dekat menyambut aidilfitri…. sekian lamanya tergendala kerja-kerja saya menambahkan info dalam blog ini. bagi mereka yang seringkali terbuka blog ni, atau ter rajin membacanya..saya minta maaf banyak-banyak..
Sekarang ni, saya baru je sampai di HK…hong kong…
lebaran aidilfitri tak terasa kerana sibuk urus dokumen penting. Alhamdulillah, selamat sudah. InsyaAllah, saya akan cuba update blog.. Memang banyakidea tapi tak kesempatan. .. Doakan saya di sini selamat serta mendapat rahmatNya
Salam ukhuwah penuh ikhlas….


