Shhyy…kisah suami isteri…
Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen.. …rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.
Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya
Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing
Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..
Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..
Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.
Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.
Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,
Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….
Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan… ….
Like this:
September 11, 2008 - Posted by csakura82 | Cerita .:Bed Time Stories:. | isteri, love, suami
11 Comments »
Leave a Reply Cancel reply
About
I’M JUST AN ORDINARY PEOPLE….NOTHING SPECIAL ABOUT ME…TRYING SO HARD TO BE SOMEONE LIKE I USED TO BE NOW..
I’M A DENTIST, BUT TOTALLY FALLING IN LOVE WITH INTERNET…HOPE THAT I WILL HAVE MORE MORE MORE TIMES TO BUILD UP MY WORLD HERE AND SHARE WITH THE OTHERS. =)
Dr Waina
Pages
(“,)
BidVertiser
Share File
Check It Out
- 1 (4)
- Cerita .:Bed Time Stories:. (26)
- Chosen .:Karya Pilihan:. (15)
- FAQ (1)
- Gain Knowledge .: Health:. (14)
- Guide .:Resepi@Petua:. (34)
- I Luv Islam.:Agamaku:. (10)
- Ibadat (4)
- Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. (54)
- My Story .:DenTisT:. (46)
- Tazkirah .:Read and Think:. (48)
-
Top Posts
- JeNis RAWATAN
- Kenal DIRI dari TARIKH LAHIR [Dr. Fadzilah Kamsah]
- SENARAI KLINIK GIGI KERAJAAN
- ...bila sakit GIGI...
- Klinik Gigi Swasta & harga rawatan
- Shhyy...kisah suami isteri...
- Kenali Personaliti Diri Sendiri..
- Kenapa JARANG datang klinik GIGI?
- ***Tasbih Kaffarah***
- ..Mari BerkOngsi InFO..
- Air mazi,air wadi vs air mani
- i Luv Islam
-
(0_o)
wah…terharunya…
alah….dia tipu lah….tiada yg sempurna dalam hidup, jadi tak payah bohong…
Aduhai dara,
Nothing is perfect!..
sebab tu pasangan nie dijadikan untuk saling lengkap melengkapi….
saling bertolak ansur, hormat menghormati….
….sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita, sesama manusia yg serba kekurangan..
bagi setiap perkara yg boleh diambil iktibar, sama2lah kita ambil pengajaran….kisah di atas mungkin tak 100% tepat aslinya…..tapi kita boleh usahakan untuk mengecapi kebahgiaan dunia n akhirat….insyaAllah
huhu…tis story i read it from Dr.HM Tuah..Mencari Kebahagiaan Hati (if i’m not mistaken la..)
buku kaler pink…
ermm..pandangan sy la..bile someone je yg ckp die accept everything kekurangan@kelebihan bile die yg syg sgt pasangan die..compare to the other side yg hanye trime kasih syg dr org yg menyayangi die sgt.but die keep on looking kekurangan & still rase org yg syg die x cukup bg kasih syg lagi..
sori if korg x brape nk phm but read it slowly kalo nk phm yea
Saya setuju tue…..
ada benarnya kata2 tue…
Bila hati kita sayangkannya….kita akan terima dia seadanya, mana terkurang akan kita top up dan mana terlebih kita akan lebihkan lagi….
memang susah nak menghargai…..tapi lagi susah untuk dihargai oleh orang lain sama seperti kita menghargainya..
terlalu sayang boleh menjdi racun untuk diri kita..
sebab tu , ada pepatah ‘jgn kamu mencintai terlampau berlebihan kerana barangkali kamu akan membencinya di kemudia hari’..
wallahu’alam
hoho.. detik2 yang kurang menyenangkan.. haaaa
kenapa kurang menyenangkan
hmm bagus suaminye tur..walau sbruk mana pgai istrinya.ttp die trima seadanya dengan iklas..ompompuan besa la,,kadang2 leser..
terharu dengar knyataan si suami..tapi, ada kemgkinan jugak si suami ni malas nak manulis,so dia catat sikit je la..huhu..habis cerita..
sesungguhnya aku amat menyayangi & mencintainya, tp kau bilang aku dusta…
hati aku terluka & menangis lg…
saat2 indah itu selalu bermain di mata & fikiranku, tp apakan daya aku hanya insan biasa..
ku doakan agar kau sentiasa dlm keberkatanNya…
salam…
sdr waina ..sy mohon copy ye ke fb ye…tq