***Tasbih Kaffarah***
Dalam nak tunggu solat zohor, terbaca catatan dalam blog http://keretamayat.blogspot.com/2008/10/taubat-yang-simple.html
Baru kuteringat, zaman-zaman studi dulu, memang selalu diakhiri majlis dengan bacaan tasbih kaffarah..tak sedar rupa-rupanya dah jauh ku melupakan amalan itu…jahilnya diri nie, ayat yang cukup simple tu sebenarnya patut terus diamalkan…
meh kita sama-sama amalkan bacaan tasbih kifarah, moga Allah menerima keampunan kita
****
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.
****
Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”
****
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.
saya nkkan ayat tasbih kifarah dgn terjemahannye sekali..terima kasih.
insyaAllah, nnti saya bagi… sekarang ni sibuk sikit..
terima kasih byk2….sy dh dapat ayat dan terjemahannya sekali…semoga tuhan memberkati…
alhamdulillah…insyaAllah. Moga allah mberkati kita semua, aminn
assalamualaikum,
saya nak maksud tasbih kifarah.
Salam.. Terima kasih…
mohon tasbih kifarah dan terjemahannya.
TK
salam…
Maha Suci Engkau Ya Allah dan segala puji Engkau Ya Allah dan aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah Melainkan Engkau Ya Allah dan aku mohon keampunan kepadaMU Ya Allah dan aku bertaubat kepadaMu Ya Allah
saya nak perbetulkan…bukan tasbih KIFARAH tapi KAFFARAH.. KIFARAH bermaksud DENDA….harap maklum
Tq Dr..