Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

FAKTA “kentut”

 

Salam pembuka bicara, kali ni nak share info yang baru je dapat tadi..

Rasanya bila sebut je tentang kentut, semua orang pasti ‘familiar’…dan saya pasti semua ada pengalaman indah..

Malu ke?  Topik nie bunyinya macam tak bez tapi saya terpanggil nak share jugak hal nie memandangkan kentut nie juga merupakan antara nikmat Allah yang memang patut kita bersyukur..

 

uih, huhuhu…ingat tak sakit ke bila perut nie memulas tak kuar angin?  sikap hari bulan, bermalam dalam bilik air ler jawabnya.

 

Jom kita teliti  info yang saya dapat dari http://comelnya.com/ibu-dan-anak/fakta-kentut

 

Kenapa kita kentut?

 

Kentut merupakan fenomena semulajadi yang berlaku pada manusia. Berbohonglah sesiapa yang mengaku tidak pernah kentut. Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan.

Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.

uiks, lelaki lebih kuat kentut?? !! &%$

Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.

Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:

  • Makanan
  • Udara yang disedut
  • Jenis bakteria dalam usus
  • Tempoh masa kentut ditahan keluar

Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen

Kenapa kentut berbau?

Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.

Kenapa kentut berbunyi?

Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kuantiti gas yang akan keluar. :)

sapa nie kentut? busuknya

About these ads

June 9, 2009 - Posted by | Gain Knowledge .: Health:. | ,

2 Comments »

  1. jadi,… kalu tak kentut dalam sehari…maknanya tak brapa sihat ler kan??
    uiks,

    Comment by csakura82 | June 9, 2009

  2. haha.. kentut lah banyak2.. cerita tentang kentut.. http://info214.blogspot.com/2010/11/cerita-santai-kerana-telur-rebus.html

    Comment by info214 | November 14, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 83 other followers

%d bloggers like this: