Cinta itu…
Cinta yang hakiki adalah cinta pada Ilahi.
Cinta yang suci adalah cinta antara suami isteri.
Cinta boleh menyemarakkan dan membinasakan semangat diri.
Oleh itu, janganlah terlalu mencintai pasanganmu, barangkali nanti kamu akan terlalu membencinya kelak.
New beginning…New Chapter…New Life
Salam ukhwah, salam perjuangan…
Terlalu lama diriku membiarkan blogku sepi tanpa coretan terbaru, sekadar memberi respon untuk soalan-soalan yang diajukan oleh sahabat. Minta maaf, hanya itu terdaya buat tempoh ini lantaran. Sebenarnya, dalam tempoh yang berlalu ini, terlalu banyak perkara yang terjadi yang berlaku pada diri…
Syukur Alhamdulillah….itulah sebaik-baik perkataan tanda syukurnya dengan pemberian Allah yang bersifat sementara ini. Namun, hakikatnya kita tak akan terlari daripada diujiNya. Seketika kita berada dalam keadaan sangat gembira, namun siapa tahu kegembiraan itu bakal direntap dengan tangisan yang menghiris kalbu..
Terimbau kembali aturan takdir yang Allah aturkan sesudah ku kembali dari Tanah Suci pada bulan Mei 2009…
Jun, 2009
Berpeluang menghadiri temuduga di universiti terkemuka
Julai, 2009
Berpeluang untuk melakukan program khidmat masyakat di Indonesia dan Cambodia.
Ogos, 2009
1) Setelah 27 tahun berlalu, terbuka hati untuk menjejaki ayah kandung. Misi mencarinya dimulakan.
2) Memperolehi peluang untuk meneruskan pengajian diperingkat Master.
September, 2009
Misi jejak kasih berjaya dicapai.
Ku mula menjejakkan kaki di Negara orang untuk meneruskan cita-citaku.
Disember, 2009
Berpeluang melawati Korea
Januari, 2010
Menerima dan memulakan perkenalan dengan en. w melalui email dan ym. Perkenalan antara keluargaku dan dia.
Mac, 2010
Pulang ke Malaysia selama seminggu. Bersemuka dengan en. w dan berkenalan dengan keluarga beliau. Bertunang seminggu sesudahnya.
April, 2010
Pulang ke Malaysia juga selama seminggu menguruskan urusan perkahwinan.
Mei, 2010
Sah menjadi isteri en. w.
Ayahku meninggal seminggu selepas perkahwinanku.. =(((
Seminggu balik ke Malaysia untuk berkenalan dan bertunang. Seminggu juga digunakan untuk urusan dokumen perkahwinan. Seminggu juga selepas kumenerima insan baru alam hidupku, ku kehilangan insan tercinta.
Buat arwah abah,
Ya Allah Ya Maha Mengetahui, sesungguhnya takdir Engkau telah menentukan perpisahan kekal antara kami dengannya. Ampunkan segala dosa abahku. Perlapangkanlah dan sinarilah kuburnya. Ya Ar Rahman, letakkan abahku didalam golongan yang Engkau redhai dan berkati. Moga dia berada dalam golongan yang beriman. Ya Ar Rahim, berilah kemudahan untuk setiap urusannya di alam sana. Aminnn.
Kini…perjuanganku perlu diteruskan, tanpa abah tercinta disisi kami sekeluarga. Biarpun terasa sukar menerima kehilangannya secara mendadak, namun kami semua redha dan pasrah dengan takdir Ilahi.
