Aku, Kamu dan Dia
16hb Dis 2010
Tinta buat suami dalam penerbangan ke hk:
AKU, KAMU dan DIA
Kata hatiku,
Kucinta dan sayang padamu,
Kurindu bila jauh dari sisi mu,
Tak terlengkap bila terasing, terpisah biarpun seketika.
Kata imanku,
Cinta dan sayangku padamu kerana Dia,
Rinduku padamu pabila bergeloranya kerinduanku pada Dia Yang anugerahkan kamu pada ku,
Kehadiranmu melengkapkan diriku sepertimana Dia memadankan Adam dengan Hawa.
Kataku buat kamu,
Aduhai insan, suami yang diciptakan untukku
Aku isterimu, dari tulang rusukmu yang bengkok,
Biarku selalu dekat dihatimu,
Lenturkanku dengan cara kehalusan bersendikan ketegasan,
Manjakanku dengan bait-bait kalimah cinta mendalami cinta padaNya,
Pimpinglah ku, didiklah aku
Kekerasanmu jangan sampaiku mudah menjadi patah
Kelembutanmu jangan sampaiku bertambah bengkok
Aku ini terpilih oleh Dia menjadi gandingan untuk kamu
Biarku menjadi suria dihatimu selagi hayat dikandung badan
Izinkanku menjadi yang solehah,
Bidadari syurga dunia dan akhirat
Hanya buatmu, suamiku
InsyaAllah

Kelahiran biasanya mencipta perubahan
Apabila lahir, disambut dengan kegembiraan
Menandakan ada kehidupan baru, ada harapan baru,
Walau kita, tidak pasti sebenarnya, hari esok untuk kita
Kehilangan dan kematian biasanya disahut dengan tangisan
Kerana kehilangan membentuk kekurangan
Walau kadangkala kita sendiri tidak pasti
Adakah benar kehilangan itu membawa bencana kepada kita.
Bunga Musim Semi
Ku kira kali ini bisa ku tuai
Segala hasil dari kudratku
Ku kira kali ini anginnya damai
Kerna badai menyusup lalu
Di dalam tuaian
Bertemu sang bunga
Tiada sama dengan kelilingan bunga
Ajaibnya ia dipelihara ALLAH
Walau dikelilingi pepokok lain
Tumbuh suci berbanding lain
Ya ALLAH, tuhanku menjadikan aku insan bertuah
Kerana anugerah sang bunga ini
Aku menjadi lengkap kernanya
Aku terisi kernanya
Aku menerjah kernanya
Di atas huruf-hurup Ha Wau dan Nun
trima kasih <3