Monolog Suka & Duka Kami
Suka & duka bersahabt baik….betul betul betul
“SUKA”:
12hb Okt
Anugerah, pemberianNya……sah ku hamil….Alhamdulillah…..
<Berita gembira buat kami>
”DUKA”:
24hb Nov
Hari yang ditunggu-tunggu untuk pemeriksaan pertama kali di hospital untuk kandungan ku…
Minggu 11, itu yang sepatutnya usia fetus yang dijangkakan
Namun ku dikhabarkan dengan berita yang kandunganku ‘no heartbeat’…
Terasa dihempap batu, antara sedar dan tak sedar.
Debaran yang sememangnya telah kurasai sebelum ini makin terasa hebat getarannya….
Persoalan demi persoalan dibenak pemikiran….
Pilu hati menangisi kehilangan anugerah ilahi
Ku menyusuri langkah sendirian di sini, tanpa suami disisi….
Apa mungkin dapat ku lalui sendirian di sini?
Rapuh dan reput tak bermaya
Ku tersentak, terhenti dipersimpangan
namun Dia Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana menolongku
Lalu kumengatur langkah kembali ke arus realiti
Ini hakikat kepiluan diri ini
Walau ditangisi, diratapi
Ia telahpun terjadi serta ditentukan oleh Ilahi
Hadiah dariNya ini terlalu berharga
Namun belum sempat kubongkarkan melihat isi, ia telah hilang dari pandangan
Tetap dihatiku,
Rasa syukur dan redha
Ada manis, ada tawarnya
Ada suka, ada dukanya
Ada pertemuan, adalah perpisahan
Kata suamiku: “ingatlah, setiap dugaan ada hikmahnya..kita bukanlah orang yang pertama yang diuji sebegini”
Teringat ayat arwah abahku….. ‘this is not the end of the world’
Akhirnya ku nekad dan yakin…itu yang pasti dan tiada lagi kata dua…
Nantikan kepulanganku kerana ubat jiwa ragaku berada disana……..ku perlukannya di saat ini…
ya Allah, bagilah kemudahan, bagilah kelancaran…..bagilah jua ku ketabahan menyusuri kesuraman yang ku pasti ianya akan berganti dengan kecerahan dihujung waktu sukar ini…aminnn yaa rabbal ‘alamin
doa buat diri….moga kuat dan tabah menempuhi badai duniawi….beringat dan beringat, tiada yang pasti dan kekal namun semuanya sementara dan pinjaman dariNya
Kelahiran biasanya mencipta perubahan
Apabila lahir, disambut dengan kegembiraan
Menandakan ada kehidupan baru, ada harapan baru,
Walau kita, tidak pasti sebenarnya, hari esok untuk kita
Kehilangan dan kematian biasanya disahut dengan tangisan
Kerana kehilangan membentuk kekurangan
Walau kadangkala kita sendiri tidak pasti
Adakah benar kehilangan kita membawa bencana kepada kita.
Waina, jaga diri baik2..
sabar ye
tq ye arin….