DARI sudut ISLAM
KEBERSIHAN & KESUCIAN
Dari Aisyah r.ahn, katanya:
Rasul s.a.w bersabda: “ 10 perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”
Riwayat Muslim
Huraian:
1. Perkara-perkara tersebut ada yang wajib hukumnya dan ada yang sunat
2. Perkara yang wajib ialah beristinjak, dan yang lain ialah sunat
3. Apa yang penting, menjaga kebersihan adalah dituntut oleh syarak kerana ia sebahagian daripada iman.
sumber: http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php
gosok gigi tu penting tau..
Asalamualaikum.. sekadar berkongsi pengetahuan.. mulut kita mesti sentiasa bersih, harum dan wangi..bukan ke itu sunnah nabi SAW..jaga kebersihan mulut.. especially tiap2 kali nak solat..(xkan la kalu bersih gg 5x sehari gg masih xbersih)sbb kalau malaikat blh bau mulut kita yang ‘nnhhh’.. malu laaa, kita kate kita khalifah, hebat dari malaikat, tapi x jg kbrsihan plak.. xcomel gitu..lgpun..kita orang islam.. mesti hebat luar dalam.. pesan sy pd diri dan orang lain..
Syukron Doc Waina, byk ilmu yg sudi dikongsi, insyaAllah, smoga murah rezki, bahagia,sihat n ceria2 slalu.. Pasti Allah membalas jasamu Doc..
Terima kasih azie untuk pujian. InsyaAllah, dengan ilmu saya yang tak seberapa ni, akan saya kongsi bersama semua pembaca, samada sempat atau tak je..
terima kasih untuk semua info… website nie banyak panduan untuk di kongsi bersama.. skunk nie pun sy tgh alami skit gg! kdg2 gg sy sakit bulan puasa jer… bulan lain ok jer! napa erk?
thaks 2 dr.waina! moga diberkati ALLAH