Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

::Suami, Isteri dan Cermin::

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah mereka ni dibina di atas pokok… 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pun bawa balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk saja bilik tu.. dia ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni tak tau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari maknya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pun masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Kenapa mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami anda tu.. kalau ye pun nak kawin lain.. carik lah perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah lah tua.. hodoh pulak tu..

September 9, 2008 - Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: