Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

PERINGATAN BUAT SUAMI

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya :-

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula ?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga”
isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”
Suami : Berkenaan apa tu ?
Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya ?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga lah untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPU S
tambah “s” saja, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…

September 14, 2008 - Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:. | ,

9 Comments »

  1. =)…duhai si suami, tidak cukupkah kamu memiliki seorang isteri yang setia kepadamu?..

    Comment by csakura82 | September 14, 2008

  2. bukannya apa…p-puan oi… sebenarnya lelaki ni mempunyai perasaan mood yang konsisten dari zaman remajanya hingga ketuanya…hingga mampus…. yg penting tenaganya sihat walafiat…. {NAKAL BETUL}

    Comment by dara | October 2, 2008

  3. hmm….isu bermadu….kahwin dua sememangnya menjadi isu hangat…

    tanyalah para isteri, sanggupkah mereka bermadu seperti isteri2 Rasullullah SAW?..
    tanyalah para suami, mampukah mereka menjadi adil seperti Rasullulah SAW melayan isteri2 baginda..

    tapi yelah, manusia tidak sempurna baginda….

    Tepuk dada, tanyalah iman…

    Comment by csakura82 | October 4, 2008

  4. Assalamu’alaykum,

    Saya rasa perkara hukum tak elok dibuat joke. Masyarakat yg kurang faham ttg agama akan ambil perkara tu sebagai serius. Jadi utk memahami isu poligami dgn lebih mendalam dan teliti sila kunjungi blog: http://milkyway27.wordpress.com/.
    Wassalam.

    Comment by milkyway27 | March 19, 2009

  5. salam.. terima kasih untuk respon tersebut.

    Saya mohon maaf sekiranya timbul rasa kurang selesa dengan cerita tersebut. Sedikit pun tidak bermaksud untuk memperlekehkan tentang isu agama.

    Apa pun, terima kasih kerana sekurang-kurangnya saya kena lebih alert tentang isu sebegini. Wallahu’alam

    Comment by csakura82 | March 19, 2009

  6. Saya sebenarnya rasa sedih dengan realiti yang berlaku di Malaysia ini bila berhadapan dengan isu penting tentang agama seperti isu poligami ini. Dalam media massa; drama, filem, forum, dan macam-macam saluran lagi masyarakat kita cuba menggambarkan poligami ini sesuatu yang “buruk” dan seolah-olah sudah menjadi isu lapuk dan tidak sesuai dipraktikkan di zaman moden ini. Inilah yang bahaya! Hukum Islam yang ada di dalam Al-Quran itu akan kekal sehingga hari Kebangkitan dan Al-Quran itu sesuai untuk sepanjang zaman; tak kira zaman pada masa 1400 tahun lepas atau zaman sekarang 2009 dan seterusnya. Itu ‘iktiqad kita.

    Saya bimbang masyarakat yang kurang memahami Islam secara komprehensif akan menganggap bahawa isu poligami hanya perkara kecil sahaja, sedangkan apa yang mesti kita ikuti adalah semua yang terkandung di dalam Al-Quran & Sunnah samada ianya bermula dari masuk tandas sehinggalah ke pemerintahan negara dan dunia seluruhnya. Apa yang membimbangkan saya lagi, kita ditipu oleh orientalis dan misionari supaya mengabaikan perkara2 yang dianggap kecil ini (seperti isu poligami) kerana mereka tahu sekiranya mereka menyentuh isu solat misalnya tentulah akan dimarahi oleh semua umat Islam.

    Sekadar peringatan untuk diri sendiri.

    Comment by milkyway27 | March 20, 2009

  7. Salam..
    Betul tu..

    Saya ada baca blog saudara.. Sekurang-kurangnya dengan usaha sebegitu dapat memberi penjelasan buat kami semua

    hakikatnya, kiamat semakin menghampiri..terlalu banyak tanda-tanda yang telah Allah katakan berlaku pasa zaman sekarang..

    Takut, memang takut..masih belum banyak amal ibadat yang dapat menjamin syurga..

    apa pun, sama-samalah memakmurkan Islam di muka bumi Allah ini..semoga kita tergolong antara yang terpeliharaNya..

    Comment by csakura82 | March 20, 2009

  8. saya setuju dengan puan yg membawa identiti blog bercorak islamik…insyaAllah ramai yg akan dapat menafaatnya.

    Comment by milkyway27 | March 23, 2009

  9. insyaAllah

    Comment by csakura82 | March 24, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: