Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

DiLeMa, kETerPaksaan Tanpa IkhLas?

Dalam kehidupan kita nie, macam-macam ujian, dugaan, rintangan dan ntah apa-apa ntah lagi akan ditimpa ke atas kita…

Ada orang kata, hidup ni macam roda, kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah…

Ada orang kata lagi, hidup ni ada suka duka masam manis….semua tu rempah ratus kehidupan

“Pendek kata, banyak sungguh perumpamaan tentang kehidupan di dunia nie…………”

Kini, berbalik kepada kehidupan saya sebagai doktor gigi… (*_*)

Sebut aje doktor, umumnya tugasnya adalah merawat dan menolong pesakit yang memerlukan rawatan yang diperlukan.  Dalam seminggu, tiap-tiap hari saya bertugas di klinik merawat pesakit luar (outpatient)..  Ada tikanya perlu merawat pesakit yang dirujuk daripada doktor medical dari klinik, wad, kecemasan.. Pernah saya mendapat kes rujukan pesakit daripada wad Psikiatrik…

uih, sapa kata tak cemas….kena rawat orang gila tue…sanggup ke? takut wooo

Kadang-kadang, dapat lak pesakit outpatient yang banyak sungguh permintaan, “Doktor, tolong tgk ini, itu, sini, situ”….huhuhu, sedangkan ketika itu, pesakit outpatient yang masih menunggu kat luar dan belum dirawat masih RAMAI lagi….

alamak, cam mana nie….kalu layan lama-lama sangat pesakit nie , nanti pesakit yang lain tunggu lagi lama..pening-pening

Itu antara senario yang sering berlaku dan dihadapi….Sanggup atau tak, mahu atau tak, rela atau tak, kena gak terima dan hadapi kes-kes yang macam-macam dan pelik2…

Dilema, memang dalam dilema samada patut atau tak..itu persoalan yang sering kita hadapi dalam kehidupan kita kerana Allah tak pernah menguji hambaNya dengan memberikan jawapan straight forward tanpa kita berusaha untuk mencari jawapannya. 

Kekadang diri sendiri terfikir, apakah diri ni membuat sesuatu perkara seikhlas hati yang mungkin?…

terkesima diri ku….

(^_^) Hadith

Hadith :
Dari Mu’awiyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: ”Janganlah kamu meminta-minta. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya.”  

(al-Bukhari)

Huraian
1. Sesungguhnya tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang meminta
2. Orang yang berhati ikhlas bermakna bahawa ia tidak mempunyai perasaan tamak. Sebaliknya orang yang tidak ikhlas akan membatalkan pahala amalan kebaikan yang dilakukannya termasuk sedekah, sama ada dengan mengungkit atau menyebut-nyebut perkara yang boleh menyakitkan hati orang yang menerima kebajikannya itu.
3. Allah berfirman yang maksudnya:” Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi)… (al-Baqarah: 264)
4. Menolak permintaan peminta-peminta sedekah dengan perkataan yang baik dan memaafkan kesilapan mereka adalah lebih utama daripada sedekah pemberian yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati.
5. Meminta-minta pada orang lain adalah perbuatan yang tidak digalakkan di dalam Islam. Malah ia boleh menjatuhkan maruah dan memberikan imej yang buruk sedangkan Allah SWT memerintahkan manusia supaya berusaha dan berkerja dengan disediakan berbagai lapangan pencarian rezaki yang halal di muka bumi ini. Setiap manusia berhak ke atasnya asalkan dia berusaha dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan yang ada padanya tanpa perlu menagih simpati daripada sesiapapun.
(sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=598)

September 18, 2008 - Posted by | My Story .:DenTisT:. | ,

2 Comments »

  1. Moga2 semua urusan pekerjaan kita dilaksanakan dengan seikhlas hati…..sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui nilai keikhlasan hambaNya

    Comment by csakura82 | September 18, 2008

  2. hari nie….masih lagi ku dalam dilema…

    Comment by csakura82 | October 16, 2008


Leave a comment