Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

Lelaki di akhir zaman ini

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..

pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

September 18, 2008 - Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:. |

4 Comments »

  1. tak payahlah cerewet dengan lelaki yang ada di zaman akhir kamu ni…. nanti tak terlayan rugi sendiri….
    lelaki yang memang ada dalam dunia cuma yang ini-ini je…
    tiada yang sempurna dlm kehidupan ini sebab kita ni…menusia je…..

    ……………..{yg penting ialah,,,,, lelaki yang mampu mendidik anak2nya kepada kehidupan yang berkekalan, kehidupan yg penuh kasih sayang utknya, hingga ke genarasi ke genarasi….sampai ke akhir zaman}…………………………..

    Comment by dara | October 2, 2008

  2. betul,……tak boleh cerewet….
    saya setuju tu….

    tapi kriteria utama untuk memilih pasangan ialah agamanya….insyaAllah, jika dia menjaga agamanya…pasti dia mampu menjadi ketua keluarga….insyaAllah

    Comment by csakura82 | October 4, 2008

  3. Nak cae LelaKi terbeK seNang nK dptkn…haNya mencipta dri kta sendri sperti yg kta inginkn

    Comment by Glid | January 15, 2009

  4. 🙂 yup… betul tu…
    nothing is perfect..

    Comment by csakura82 | January 16, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: