Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

Kisah benar.. Nak kaya

Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh (Nama samaran Mamat) kepada wartawan KLM.
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian.
Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

“Anak nak ke mana?”.

Si mamat menjawab ringkas, “KL”

Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh si mamat tadi “Ehm… bolehlah.” Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, “Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???” Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, “Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya
pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?”
Si mamat pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”
Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?”
Si mamat jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”.  Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.
Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta.
Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, “Terima kasihlah pakcik” lalu
meneruskan perjalanan.
Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya minta dia roti sekali.
Itulah ceritanya….

September 20, 2008 - Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. |

4 Comments »

  1. aku tertipu….hehehe

    Comment by csakura82 | September 20, 2008

  2. bila baca lagi…hehehehe, masih lucu..

    Comment by csakura82 | October 29, 2008

  3. he,he,he,den ingat pak cik tu nak bagi duit ko apo, ruponyo kaya.

    Comment by Black Saber | November 11, 2008

  4. 🙂

    Comment by csakura82 | November 12, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: