Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

::Di Saat Aku Istikharah::

::Di Saat Aku Istikharah::

 

Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah… Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! Wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu… yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar!

 

Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam! “Ayang tengah makan..Abang dah makan ke”… telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua…!

 

Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda… Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian… hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui… cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku… aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan. Aku juga mahu bunga, teddybear… mahu perfume… dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan…..!

 

Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan… menemani kesepian hatiku yang merayu minta diisi segera dengan kasih lelaki….!

 

Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku!

Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu, menggesa…maka kepadaMu kupohon petunjuk…kembalikan hati ini mengingatiMu…hanya Mu!


Ramai juga yang menyapaku,” tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki…” …tapi semua soalan-soalan itu… aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri… ku keluarkan di telinga kanan!!!


Akhirnya aku kalah …..

Kalah juga pada ajakan kawan-kawan… sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si “A” . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT… Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju… di depan Nurul aku mengangguk tunduk… Nurul tersenyum… melihat telatahku!


Setelah persetujuan aku dan Si “A” diterima, Nurul mengatur perbualan telefonku dengan si “A”… Aku tidak memiliki handset sendiri… jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara!

Itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku! Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam… tak banyak yang kami borak… sekadar menyentuh hal keluarga… dan butir-butir peribadi… Itu Saja!


“Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa… Aku begitu ingin dengan cinta? ………Selang beberapa hari… perbualan telefon antara aku dan si “A”, hatiku merintih hiba… aku, …

Aku Menyesal!

 

Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si “A”… aku tidak mahu berkawan dengan lelaki… aku tidak mahu bercinta!” aku mula bertekad… aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang perlu hentikannya!

 

Lalu aku istikharah kepada Allah….

Semalaman aku masih tak dapat jawapan! Masuk 2 hari, 3 hari… Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas…

 

Dialah Bakal Suamiku… Pembimbingku Dunia Akhirat!

Orangnya tinggi, berjanggut… kulitnya hitam manis… bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah… wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku… tempat yang pernah kuimpikan… mungkinkah syurga! Detus hatiku… Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku. Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikarahku… siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku.

Aku tersenyum gembira dengan mimpiku malam itu…

Ya Allah…dimanakah suamiku!

 

Suatu hari, Nurul ke bilikku… sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si “A”… Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! …Inilah Si”A”… Dia poskan!” kata Nurul… Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu… lelaki itu seperti kukenal… seperti pernah kujumpa sebelum ini… tapi dimana… ingatanku semakin jelas… MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!  Wajahnya, janggutnya… cahaya di wajahnya… Ya Allah! Berkali-kali aku menampar pipiku… ternyata aku bukannya bermimpi…

“Ya Allah… Dialah jodohku…!


Bermula dari hari itu. Aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya… Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!”Sehingga ke hari ini… ukhwah itu masih terjalin… masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun…! Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya…

 

 


Kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam… Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya… kini dah jadi koleksi peribadi… yang masih kutatap sehingga ke hari ini…


Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham bukan antara aku dan si “A”… tapi antara ibuku dan ibunya… antara ahli keluargaku dan keluarganya…!

Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini… Moga ia kekal selamanya…


Adab tidur… makan … dan segalanya masih kuamalkan…! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu…

Tahun pertama, dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran. Aku membalasnya dengan sehelai sejadah…

Tahun ke2 diberinya aku buku agama “Isteri Solehah Igauan Suami” …aku membalasnya dengan senaskah buku agama “Suami Idaman Isteri Solehah”…

Tahun ke3… Harijadiku semakin hampir… dan aku sedang menanti hadiahnya… kerana hadiah darinya begitu berharga… begitu bermakna… malah kupercaya, bukan saja bagiku… tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana!

Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini… di kala itulah kau hadir… membuktikan ada lagi Lelaki sejati…

 

 

Ada lagi Cinta yang diredhai Allah….

 

Walaupun ramai yang meminati si “A” di IPTnya… Tapi aku yakin..Dia Milikku…!  Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku… dan aku tidak akan mengalah… aku akan terus berdoa..!

“Ya Allah…Andai dirinya tercipta untukku… menjadi milikku…Baik untuk duniaku… untuk akhiratku… untuk agamaku… maka satukanlah kami dunia   dan akhirat… Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!”


Inilah doaku sejak dirinya ku kenal… dan sehingga hari ini… doa ini masih kupanjatkan… dan sehingga kini jugalah… ukhwah ini masih terbina kukuh… masih utuh…



Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya…

Dia Selalu Berikanku…

Yang Terbaik!!!

 

(Sumber: http://www.hanan.com.my/article.php?sid=134)

September 28, 2008 - Posted by | Chosen .:Karya Pilihan:. | , , , , , ,

5 Comments »

  1. Perbanyakkan doa…..moga terbentang luas jalan di sebalik kekelaman hati yang penuh dosa….

    Comment by csakura82 | September 28, 2008

  2. […] ::Di Saat Aku Istikharah:: ::Di Saat Aku Istikharah:: […]

    Pingback by ::Di Saat Aku Istikharah:: « Stairway To Heaven | September 28, 2008

  3. […] ::Di Saat Aku Istikharah:: ::Di Saat Aku Istikharah:: […]

    Pingback by ::Di Saat Aku Istikharah:: « My Weblog | October 4, 2008

  4. Salam Dr.Waina,
    hows ur raya?
    sometimes bile ade kelapangan sy slalu bc ur blogs.its all bout life kan.n interesting tuk d bc.thnx for the ilmu yg u share😉

    some of it ade kene mngena wit my life so amik skit ikhtibar n ilmu dr ur blogs.

    gud luck & wish u all the best😉

    Comment by nurul | October 4, 2008

  5. Salam Nurul..

    Anyway, Thanx sebab sudi singgah n baca blog saya yg serba kekurangan nie… saya bukanlah seorang penulis yg kreatif, cuma seorang doktor gigi yg kreatif ukir gigi dalam mulut..hehehehe

    manusia nie kena diingatkan selalu…at least 3 ari…almaklumlah ‘insan’ nie kan seorg pelupa..kalu tak digilapkan hati, lama kelamaan hati boleh mati…

    Kebanyakan saya letak dlm blog nie memang byk berkisar ttg kehidupan yg turut memberi kesan kepasa diri saya…that’s why saya nak sgt berkongsi dgn kwn2 semua apa yg saya fikir boleh diambil iktibar sama…

    “letakkan dunia di tanganmu dan akhirat di hatimu”
    (*_*)

    Comment by csakura82 | October 5, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: