Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

Air mazi,air wadi vs air mani

 

1.Air mani

Air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.

Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani. Air mani ini suci dari segi syarak.


2.Air wadi

Warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.

Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut. Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.


3. Air Mazi

Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita aoabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat). Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut, Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan tidak boleh dibawa solat.

 

 

About these ads

October 7, 2008 - Posted by | I Luv Islam.:Agamaku:. | , ,

13 Comments »

  1. bukan ke air wadi tu berwarna kuning kekuningan??

    Comment by amir | March 19, 2009

  2. ada penyataan mengatakn bahawa, apabila mubasyarah, air mani akan keluar. tetapi maklumat di ats mengatakan ianya air mazi. setakat yg sy tahu, mubasyarah bermksud permulaan seksual seperti berpelukn atau lbih tepat apabila seseorg dalam keadaan yang ghairah. boleh terangkan dengan lbih mendalam tentang hal ini?

    Comment by in | April 18, 2009

  3. Salam…
    Pertama sekali saya nak katakan terima kasih sebab baca blog saya yang memang serba kekurangan..

    sebenarnya, saya bukanlah terlalu arif tentang agama, rasa takut pula kalau isi yang diberikan salah.. sebab itu, saya nyatakan sumber yang saya perolehi agar pembaca dapat membuat rujukan semula.

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

    Boleh membuat rujukan lbih lagi pada link ini, http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

    semoga info yang sedikit ini dapat menjelaskan keraguan buat kita semua..

    Comment by csakura82 | April 18, 2009

  4. macam mana nak beza air mani dan keputihan jika seseorng perempuan itu sering mengalami keputihan? harap komen balik via my email

    Comment by nafisah | February 20, 2010

  5. aslkm, boleh jer bagi pandangan kita…yang selebihnya rujuk pada yang lebih arif…

    Comment by arif | March 20, 2010

  6. yee, sebaiknya tnya yg arif ttg bab agama, sbb ini berkaitn dgn hukum..Posting saya ni ditulis bukan berdasarkn pandangan saya, itu pun diambil daripada rujukan yang telah dinyatakan. Harap maklum

    Comment by csakura82 | March 20, 2010

  7. salam…. adakah air mani perempuan berwarna putih pekat?
    macam mana pula dengan keputihan yang berwarna putih pekat?

    Comment by zuwaz | May 15, 2010

  8. salam…. adakah air mani perempuan berwarna putih pekat?
    macam mana pula dengan keputihan yang berwarna putih pekat?adakah itu air mani?

    Comment by zuwaz | May 15, 2010

  9. assalammualaikum…
    emm…apkh cecair kuning(jernih) yang ada pda kmluan wanita?
    adkh cecair tersbt ada kaitan dgn air wadi & mazi??
    perlukah mandi solat & sah ke klo bwk ke solat?

    Comment by nazirah | June 18, 2010

  10. Nazirah, elok jika adik masuk website jakim/yg dikhaskn utk ptanya agama yg dikendalikn dan dijwb oleh pihak yg lebih arif. itu yg sebaiknya.

    Comment by csakura82 | June 30, 2010

  11. Assalamualaikum,
    1. adakah kemungkinan air mani bercampur dgn air kencing?
    2. adakah kemungkinan air mani bercampur dgn air mazi?bgmana kelihatanya…

    Comment by azri | December 18, 2010

  12. adakah air mani yang terkena pada pakaian, boleh dipakai ketika solat, sedangkan air mani itu suci mengikut syarak?

    Comment by amir | February 13, 2011

  13. setahu saya, mengikut mazhab shafie, air mani bukanlah najis. maka jika terpaksa boleh dibawa solat. cuma adabnya tidak sesuai. sama seperti peluh yang busuk, tidak najis,boleh dibawa solat. tetapi, jika kita mengadap seorang raja, adakah kita akan mengadap di dalam keadaan berpeluh dan tidak sempurna pakaian kita? lagipun, benarkan ia air mazi, takut tercampur dengan air kencing, mazi dll. sukar untuk dipastikan. tanyalah kepada ustaz ye, untuk dapatkan kepastian, saya bukanlah ahli di dalam bidang ini. wallahu a’lam

    Comment by csakura82 | April 2, 2011


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 82 other followers

%d bloggers like this: