Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

Ayaq dalam besi, api dalam kaca

Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya.
Kampung ni tidak ada bekalan karen dan ayaq.

kat kampung tu tinggailah satu keluarga yang miskin, Awang, dan mak
dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak
dia supaya belajaq betul-betul untuk masa depan yang lebih vogue dan anggun.
Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran,
Awang telah berjaya didalam pelajaran.

Dengan kelulusan yang ada, Awang telah berjaya dapat kerja dengan gomen
tapi masalah dia tempat kerja dia tu kat Penang. Sayu juga hati dia nak
tinggai Cik Kiah seorang seorang. yalah takut juga nanti org tackel mak dia..
sapa susah ? dia juga nanti yang susah tak pasai pasai dapat bapak tiri…

“Mak, bolehkah Cek pergi kerja kat Penang tu ?” kata Awang. “Cek
risaulah kat mak” sampuknya lagi. “lah, kalau kat mak hang nak risau tak
payah lah, mak tau lah nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan
mak tak tau nak buat, hang pergi lah, untuk masa depan hang juga,” balas maknya.
“Lagipun bukan senang o nak dapat kerja dengan gomen, hang carilah satu
kampung mana dapat, hang ni kira campian oo” kata maknya bangga. ” T. Q
mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawa
mak pergi sana” kata Awang janji kat mak dia.

Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana
gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) untuk dia. Berbeza dengan
keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat
kat kuartes dia duduk tu. “Wah selesanya” kata Awang. “Aku musti bawa mak
aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni” bisik Awang.

Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia.
Balik bercuti lah tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok
anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock
lah ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak.
“Mak, siok lah dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau budak kat sana kan
ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca” kata Awang
mengklentong mak dia.

“Apa dia ? ayaq dalam besi, api dalam kaca ?, Awang oi hang bawa lah
mak pergi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu”
kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh.

Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya
Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam
perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai
temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah
tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada
kusyen dll. “Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang
canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudlah
Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. “Balik nanti bolehlah aku habaq kat
semua org kampung” bisiknya.

“Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam
kaca, mana dia ?” bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. ” “Ni
ha dia api dalam kaca tu” sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang
dalam rumah tu pun menyalalah. “Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu”
kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. “Eh budak aih
mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, lah ni mak
tak payah susah-susah pasang pelita bila malam” kata Awang meyakinkan mak
dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah tentang api dalam kaca sudah terjawab.
“Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni” kata
Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah
dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti.

“Awang oi… tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?”
kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. “Tu ha, ayaq dalam besi tu” tunjuk Awang
kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. “Oh ayaq dok dalam besi
ni, jadi tak payah lah mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??” kata Cik
Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran
kampung dia nanti.

“Eh mak, Cek lapaq lah, lah ni Cek nak pergi kedai sat beli makanan, mak
dok sat, sat ni cek balik lah”, kata Awang. “Tak pa lah, pergi lah, mak pun nak
sembahyang ni” jawab Cik Kiah.

Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk
saja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex saja. ” Ha, mak dah
sembahyang ka ?” tanya Awang. “Dah” jawab Cik Kiah. “Ni nak tanya hang
satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat ? tadi payah
betul mak ambik ayaq sembahyang tau ?” tanya Cik Kiah lagi.

“Telaga ? mana ada telaga dalam rumah macam ni ? kat kampung kita
ada lah” tanya Awang. “Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang
pebesaq sikit telaga tu taklah payahlah mak ka, hang ka, nak ambik ayaq
nanti” kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet
rumah Awang.

lah Usurpadora… Awang seakan akan terpengsan bila mendengar
penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena
pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam “telaga kecik
tu” uwaaaaaaa.

Demikian adanya.

October 7, 2008 - Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: