Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

Bapa Pengemis, Tiga-tiga Anak Kat Universiti!

Bapa Pengemis, Tiga-tiga Anak Kat Universiti!

 

 

Membaca artikel mengenai pengemis sebelum ini, teringat saya satu kisah. Walaupun berpendapatan tetap, kita sering mengeluh, harga minyak dan barangan semakin naik, hal anak-anak nak bersekolah lagi. Tapi tahukah anda, ada seseorang yang menjadi pengemis tetapi mampu membesarkan anak-anaknya, sehingga anak-anak tersebut berjaya berada di universiti?

 

Ketika itu, saya masih menuntut di sebuah kolej di Sunway. Saya sedang berjalan keluar daripada perpustakaan kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual-bual  dengan hamba Allah tersebut.

Saya :Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis : Ya…lebih kurang sudah 8 tahun , nak.

Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..

Saya : Banyak juga ya pakcik??
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga…

Saya : Ohhhh…..keluarga pakcik ada di mana?
Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah nun, dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Saya :Wahh..hebat-hebat keluarga pakcik ni…boleh tahan juga yerrr..
Pengemis: (Sambil tersenyum😉 Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?

Saya: (Membalas senyuman..happy.gif..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : Tak arrrrrr….semuanya mengemis seperti pakcik….

Saya: Cisss..Hampehhhhhh..!!!!
Pengemis : Hehehehehe..dah, pi sambung buat kerja or assignment tu balik, kalau tak nak menerima nasib seperti pakcik

 

 

 

 

 

 

October 22, 2008 - Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | , , ,

1 Comment »

  1. bapa borek anak rintik….
    🙂

    Comment by csakura82 | October 22, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: