Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

GangSter

LAWAK GANGSTER

 

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan Berjaya memperolehi RM50,000. Walau bagaimanapun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Si bisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…

Si bisu menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ke3 dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah…”

 

October 22, 2008 - Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | , , ,

3 Comments »

  1. mang terer encik pakar bahasa tu….kecian pulak kat si bisu..huhuhuhu..

    Comment by csakura82 | October 22, 2008

  2. Hiihih. Ksian si bisu tu.But moral of the story, jangan lah libatkan diri dengan benda2 tak betui nie. kan?

    Comment by HikaruMuslim | October 22, 2008

  3. yup..betul tu HikaruMuslim..

    kalu nak libatkan diri dengan gengster kat masjid, tu lain citer..😉

    Comment by csakura82 | October 22, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: