Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

aku masih ada Lidah

 

 

Sampai sahaja di pejabat, terasa macam-macam keja nak buat sampai tak ‘menang tangan’ jadinya.  Teringat ada satu tugasan yang perlu kuselesaikan segera iaitu tulis ‘medical report’..  “uih, tebalnya folder patient nie, malasnya”..

Kebiasaannya, ‘medical report a.k.a laporan perubatan’ perlu ditulis apabila diperlukan oleh peguam bagi kes kat mahkamah…sebenarnya, keja tulis nie nampak macam senang tapi risiko tinggi untuk masuk lokap lebih2 lagi kalau tersilap tulis maklumat..jadi, nak tak nak…ku perlu membaca folder yang TEBAL nie sebelum memulakan catatan laporan perubatan tentang pesakit ini.

….aku memulakan pembacaan ku tentang kisah seorang pesakit yang terlantar lama di sini…..

Folder pesakit yang setebal 2 inci menceritakan kisah tentang seorang pesakit yang mendapat SCC (squamous cell carcinoma) ataupun bahasa yang mudah, kanser mulut.  Teringat suatu ketika dulu pada Ogos 2008, aku pernah berjumpa dan sempat mengenali pesakit ini.  Usianya 27 tahun, agak muda berbanding pesakit lain yang pernah mendapat kanser.  Cekung wajahnya mencerminkan keperitan penderitaan yang sukar digambarkan namun isterinya yang berada disisi membuatkan dia bersemangat untuk meneruskan kehidupan. 

Sesi pertemuan yang sekejap itu tetap kuselit soalan cepu emas..

“saya dulu memang hisap rokok doktor tapi 7-8 batang je”…. ternyata , dia seorang ‘smoker’..mungkin itu kebarangkalian punca utama bermulanya kisah pembentukan kanser.  ‘ 

Kanser mulut memang tak mengenal usia…paling menakutkan apabila mengesan kewujudannya pada tahap kritikal…pasti dilema membuat keputusan

…kuteruskan pembacaanku..

Kanser pesakit ini berasal dari lidah sebelah kanan dan mujurlah belum lagi merebak ke tempat lain..  namun begitu, rawatan yang telah dia lalui untuk kanser yang bersaiz 4 cm itu, ialah pembedahan iaitu pembuangan lidah!..‘ah, bagaimana pesakit ini melalui kehidupannya tanpa lidah’…

syukur, aku masih mempunyai lidah untuk merasai makanan, untuk berkata-kata, untuk…sungguh, nikmatnya mempunyai lidah kurnia Allah

 

 

October 29, 2008 - Posted by | My Story .:DenTisT:. | , , , , ,

2 Comments »

  1. banyakkan bersyukur…terlalu banyak nikmat yang Allah beri tapi kenapa perlu ditangisi tentang kesuraman yang tak setanding dengan nikmatnya

    Comment by csakura82 | October 29, 2008

  2. hargai…..hargai selagi ada

    Comment by csakura82 | November 3, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: