Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

Kisah Sedih

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dengan seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang untuk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dengan mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak perempuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang untuk berkahwin dan persiapan untuk majlis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.

Malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada…

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa…Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya…Bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap ada…

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan muncul lah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan…Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru…

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu “apa ini…?”

Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang… err…yang ni adalah pakej percubaan saja, kalau nak yang besar, beli kat kedai ye…

hehehe…

November 18, 2008 - Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: