Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

jadi, sapa punya angkara?

 

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh Sorry..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja
           juga.

Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan
                       saya!!!….

November 25, 2008 Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | | Leave a comment

topeng

Ali : Semalam aku pergi ke Majlis Hallowen tapi…..

Abu : Tapi apa?

Ali : Malu aku siot,tiba-tiba saja pengerusi majlis suruh aku buka topeng muka, dia kata topeng yang aku pakai menakutkan..

Abu : Jadi,kau buka lah topeng tu?

Ali : Tu lah……Masalahnya aku tak pakai topeng masa tu….

November 25, 2008 Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | | Leave a comment

mat luv minah?

 

name aku Minah
aku ada balak
name balak aku Mat

kami dah lama kenal
dah lama saling sayang menyayang
kalau lepak sama-sama pun kadang-kadang dah naik bosan

tapi satu hari tu
kami keluar lah jalan-jalan macam biasa
tapi aku terasa lain macam sikit
si Mat bawa aku pergi kedai emas
dia nak beli cincin
hadiah untuk kakak dia katanya

lepas tu dia bawa pergi kedai baju pengantin
nak usha2 baju untuk kakak dia jugak katanya
aku pun ikut saja lah
tapi si Mat beriyer tanya aku yang mana yang aku
paling suka

lepas tu, kami pergi kedai bunga
Mat beli sejambak bunga ros merah
pun untuk kakak dia jugak katanya
aku pun malas lah nak tanya banyak-banyak
same saja jawapan dia dari tadi

tak lama lepas beli bunga itu
tiba-tiba Mat berenti..
dia berdiri tegak memandang ke arah aku..
mukanya agak kemerahan
panas agaknya

tapi dia senyum-senyum..
dan tunduk memandang kasut sendiri
tiba-tiba dia ‘eat a lollipop one knee’
maka secara automatik aku pun teringat lah lagu
avril
“i want to see you eat a lollipop one knee.. marry
me today…”

Mat memanggil nameku..
“Minah…”
sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi
aku terdiam….
aku terpaku di situ…

perasaanku mula bergelora
sudah terbayang pelamin indah tempat kami
bersanding
tiba-tiba terbaya! dengan keluarga dan anak2
tanggungjawab yang berat terhadap keluarga
sudah bersediakah aku…?

tetapi aku gembira
dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di
pipi Mat masih tunduk…
dia memanggil namaku lagi sekali
“Minah…”

dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke
arah Mat dan pada masa yang sama juga Mat mendongak
memandang ke arahku
mata bertentang mata..
Mat bersuara…

“Laaaa.. ni kenapa nangis2 ini?? tetiba saja.. gila
apa??
Dah lah orang panggil banyak kali tak jawab..
tolong lah pegang benda-benda ni kejap.. aku nak ikat
tali kasut ini.. cepat lah.. panas
ini.. ishhhh.. susah betul orang sentimental ini…”

Dan aku pun meraung bagai nak gila
malunya aku
kurang asam anda Mat.. bila nak masuk minang ini..??

moral of the story:
-jangan dok dating2 sebelum kawin.
-jangan mudah perasan

November 25, 2008 Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | | Leave a comment

cuti sekolah

———————————————————————–

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya ke mana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan lah cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu…ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab…

Adam : Saya nak pergi Matahari…

Cikgu : Adam… matahari kan panas mana ada manusia pergi sana….

Adam : Kita pergi malam…..

bijak bijak

November 25, 2008 Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | | Leave a comment