Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

kisah aku lagi

aku dengan UJIAN dulu, kini & selamanya

 

 

Kali ini jom kita borak tentang perkara ‘tak best’…

 

Ketika bergelar ‘pelajar sekolah rendah’memang tak sah kalau takde ujian penggal.  Tiap-tiap tahun kena berdepan dengan perkara yang sama.  Lagi tak best kalau ujian tu diadakan secara tergempar, maunya dapat telur ayam kalau tak ready.  Kantoi ar… tapi time sekolah rendah, peduli apa aku kalau dapat banyak telur ayam pun…janji idup perlu diteruskan..Wah, best sungguh pemikiran time jadi budak sekolah yang belum matang..

 

Masuk sekolah menengah, ada lagi ujian-ujian tapi lagi kronik payahnya dari zaman sekolah rendah.  Uih, saat-saat nie dah mula matang sikit jadi ada la buat pembaharuan untuk memajukan diri.  Jadi bila ada ujian, kenalah ‘get ready’ sekurang-kurangnya tak dapat telur ayam pun jadiler.

 

Dalam aku pening-pening lalat belajar, dapat juga aku masuk universiti siap ambil kursus jadi doktor gigi lak tu. 

 

“Sumpah, aku paling takut jumpa doktor gigi.  Aku paling ngeri buat rawatan dengan doktor gigi.  Ingat lagi zaman kecik dulu, aku menangis + marah kat mak sebab dia bagi kebenaran dalam kad rawatan pergigian.  Sungguh, kisah benar, aku tak tipu. 

 

Tahun pertama dalam kursus nie, aku GAGAL dalam semua subjek! Gagal…

Huhuhuhu, sedih sungguh..malunya..aku yang dapat pointer hampir 4 flat kat matrikulasi dapat gagal semua subjek. 

Apa aku buat?.. semester ke-2, aku pulun habis-habisan studi padahal aku tak ingin jadi doktor gigi..

 

Tapi Life goes on, aku dah jadi pun doktor gigi sekarang nie.  Macam mimpi pun ada, macam citer lawak pak pandir pun ada.  Paling lawak bila aku gatal tangan isi borang nak jadi ‘trainee lecturer’ lak.. Hilang akal ke apa aku ni?..

Hehehe,

 

Kalau dulu ujian kat sekolah ada tarikhnya, dapt soalan bocor daripada cikgu, ada ‘hint’ daripada lecturer…tapi ujian yang aku kena hadapi sekarang, bila-bila je muncul, bila-bila ja menjengah datang.  Aku ready atau tak, mahu atau tak, rela atau tak, sanggup atau tak, aku kena gak bersedia setakat mana termampu.  Tiada lagi soalan bocor, tiada lagi ‘hint’, tiada lagi minggu persediaan ujian.  Ia akan dating bila-bila masa sahaja..tak boleh dihalang, tak boleh dielak, tak boleh dibiarkan..

Kadang-kadang yang paling menyakitkan bila ujian tu masih tiada keputusan rasmi..gagal ke, lulus ke.

 

Uih, jenuh tunggu jawapan..kapan ku ketemui jalan penyelesaiannya.

 

November 27, 2008 - Posted by | My Story .:DenTisT:. | ,

4 Comments »

  1. bila ek….
    sampai masanya insyaAllah, semua persoalan akan terjawab

    Comment by csakura82 | November 27, 2008

  2. InsyaAllah , berkat dengan segala usaha yang telah anda buat, akan ada “ganjaran” dari NYA…

    Comment by HikaruMuslim | December 1, 2008

  3. insyaAllah….moga itu la yg terjadi..

    Comment by csakura82 | December 3, 2008

  4. gagal…..kita bangkit smula.. tak salah utk trus jatuh dan jatuh tapi jgn pernaj mengaku kaha dan terus tersungkur

    Comment by csakura82 | December 4, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: