Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

telinga periuk a.k.a telinga tak telap??

…..

jangan suka lengahkan kerja, itu perangai syaitan

…..

Memang biasa kalau dengar ayat-ayat macam tu kan, tapi telinga nie ada laluan keluar masuk.  jadi, ayat-ayat cam nie tak telap bak kata pepatah Melayu, “……ibaratnya telinga periuk ” (eh, betul ke nie perumpamaan aku??)

Isk, isk, isk….apa nak jadi

Sekarang nie, ku sedang bertungkus lumus menyudahkan kerja yang sepatutnya ku selesaikan zaman dulu.  Mak aih, lamo beno aku perap kerja nie sampai time ler nie baru duk kelam kabut…  jangan ikut cam syaitan…tu ler, tak dengaq kata.  Lor nie, rasakan tempias nya.. samapiakan tak sempat update blog sendiri gara-gara bertangguh keja lama

Harusnya, sepatutnya, bila ada kerajinan dalam diri kena cepat-cepat selesaikan keja mana yang patut.  Jangan duk ikutkan ‘mood’… Biasa la, ada orang keja ikut mood… tapi bukan ke mood tu emosi dalaman diri kita?  Jadi kita yang kawal..  kalau meletakkan mood dalam keadaan ‘BAD MOOD’, confirm keja pun teruk terganggu.  Alahai, normal la tu persekitaran mempengaruhi keadaan mood tapi…tapi..tapi… jangan ikut hati, nanti mati.  jangan ikut rasa, nanti binasa… tapi ikutlah iman..  

…….tapi iman nie pun ada turun naik nya..  macam mana lak tue..  (erk, pikirlah sendiri)

 

Tips untuk buang tabiat lengahkan kerja?

1) Tetapkan matlamat.. ‘aim’… Buat ‘list’ a.k.a senarai tugasan yang perlu diselesaikan.. siap tulis samada urgent ataupun tidak.  sekurang-kurangnya minda kita akan lebih alert.  Lagi bagus kalau boleh letak due date @ expired date… 🙂

2) Sebelum mula keja keesokkan harinya, masa nak tidur malam tu, doalah ..Minta dengan Allah.  Bukankah Dia itu Pencipta Yang Maha Agung.  Semua ketetapan diaturkan olehNya.  Jadi, tak salahkan kita berminta-minta dan bermohon tanpa henti kepadaNya agar Dia Memudahkan semua urusan kita. 

Pernah seorang sahabat saya mengesyorkan saya membuat solat hajat 12 rakaat (oih, 12 rakaat tu, aku nie bukannya rajin sangat) kerana saya mengalami musibah yang agak mendukacitakan..  Katanya lagi, bila berdoa kepada Allah, minta sesuatu doa yang paling simple contohnya, “Ya Allah, Kau mudahkanlah aku agar aku dapat jadi pengerusi majlis esok hari dengan jayanya”… 

Perasan tak? Sedar tak? Kita nie, selalunya kalau berdoa, mesti guna doa yang terlalu umum dan besar contohnya “Ya Allah, Kau Mudahkan aku hidup di dunia dan akhirat”..

3) ……..renungkan, fikirkan sejenak… kalau bertangguh keja, apa akibatnya nanti??..  macam aku sekarang, sibuk sungguh nak uruskan masalah dengan JPA nie…dah pening dah

 

pendek kata, bila ada kesempatan, ada peluang, gunakan ia dengan sepenuhnya. 

Ingatlah kamu 5 perkara sebelum 5 perkara… 

“…..ingatlah kamu waktu lapang sebelum waktu susah…….”

 

December 15, 2008 - Posted by | Guide .:Resepi@Petua:., My Story .:DenTisT:. |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: