Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

::perbezaan::

 

mazi: Air yang bewarna keputihan ,jernih dan berlendir.Ia keluar disebabkan hasil permainan(alat sulit ataupun sentuhan lelaku dan wanita) dan ciuman. Ia tidak memancut dan tidak menyebabkan keletihan. Kadangkala ia keluar tanpa disedari dan berlaku kepada lelaki dan wanita.


Mani: Air pancutan yang keluar selepas mencapai tahap klimaks.Ia berlaku pada lelaki dan wanita.

Sumber rujukan: wuduk dan solat menurut sunnah dan mazhab syafie oleh Abu ruwais al-syubrawi.

Cara-cara penyucian:

Bagi air mazi:
Cukuplah sekadar merenjis air di tempat yang terkena.
Ini berdasarkan sebuah hadith dari Abu Daud,Ibnu Majah dan al-Tirmidzi.Al-Tirmidzi mengatakan hadiht ini sebagai hadis hassan sahih.
Diriwayatkan dari Sahl bin Hunaif,dia berkata,”Aku selalu menghadapi masalah terlalu banyak keluar mazi.Aku dapat rasakan bahawa akulah orang yang paling banyak mandi junub.Lalu,aku ceritakan kepada Rasullullah saw.Baginda bersabda: Sebenarnya,memadai hanya engkau berwuduk.Aku bertanya: Ya rasullullah saw bagaimana jika ia terkena pakaianku? Baginda menjawab: Memadai engkau mengambil seceduk air kemudian merenjis pada pakaianmu di mana sahaja kamu lihat ada kesan mazi.”

Bagi air mani:
Air mani yang dah kering cukuplah sekadar mengikisnya atau membasuhnya.
Dalilnya:
hadith riwayat muslim:
Aisyah berkata,”Aku mengikis kesan air mani pada pakaian Nabi saw yang telah kering.Kemudian baginda memakainya untuk solat.”

Hadith riwayat bukhari dan muslim:
Aisyah berkata, “Aku membasuh kesan air mani pada pakaian Nabi saw.Kemudian baginda memakainya untuk solat.Sedangkan masih basah(baju yang dipakaii Nabi) kesan air basuhan tu pada bajunya.”

Dalam perkara ini,para ulama berselisih pendapat sama ada air mani perlu dibasuh atau dikikis. Yang paling rajih,ia perlu dibasuh jika ia masih basah,jika sudah kering memadailah dengan mengikisnya kerana tsabit dari perbuatan Saiditina Aisyah.,berdasarkan sebuah hadith yang direkodkan oleh al-Daruqutni, “dari Aisyah : Aku mengikis kesan air mani Nabi saw yang telah kering,dan membasuhnya jika masih basah.”

JIka seseorang terlupa untuk membasuhnya ketika masih basah maka solatnya tetap sah.Kerana terlupa.

 

WaAllahualam….

 

sumber: http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=46&thread_id=1539&rowstart=60

March 31, 2009 - Posted by | I Luv Islam.:Agamaku:., Ibadat | , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: