Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

PenCUNGKIL gigi

   PENCUNGKIL

GIGI

 

 

Apa itu?

Kenal atau tidak?

Pernah guna?

 

 

Kebiasaannya pencungkil gigi diperlukan bila selesai menjamu selera…

Ia juga dipanggil sebagai tusuk gigi. Fungsinya ialah untuk membersihkan cebisan makanan yang terlekat di antara gigi kita. Ia berperanan sama seperti benang flos. Bezanya ia dibuat daripada bahan kayu atau plastik.

 

Jom kita imbas sedikit tentang sejarah Pencungkil GIGI…

 

Sudah lama diperkenalkan kepada masyarakat awam.

Ia mula digunakan 200 atau 300 tahun yang laIu.

Dalam beberapa kebudayaan kuno prasejarah, pemberian cungkil gigi mempunyai erti yang amat tinggi nilainya. Ia menggambarkan kasih sayang si pemberi kepada si penerima.

Pencungkil gigi dalam masyarakat di zaman lain itu juga boleh merupakan sebahagian daripada “mas kahwin” untuk menikah.  

 

Dalam kebudayaan kaum Romania dan Greek pula, pencungkil gigi menunjukkan darjat dan kedudukan si pengguna. Lebih tinggi kedudukan seseorang, lebih biasalah ia akan menggunakan pencungkil gigi ini. Pencungkil gigi juga tidak dibuat daripada kayu sahaja tetapi boleh juga daripada belalai gajah ataupun logam mahal.

Pencungkil gigi juga pernah dihubungkaitkan dengan kepercayaan agama. Agama Hebrew menggalakkan penganutnya menggunakan pencungkil gigi pada majlis makan hari rayanya. Agama Hindu pula menganggap menggunakan pencungkil gigi daripada dahan sejenis pokok buah “fig” untuk membersihkaan gigi adalah amalan yang terpuji.

 

Sementara itu, Nabi Muhammad s.w.t. sendiri dikatakan oleh para sahabatnya pernah membuat permintaan terakhir untuk diberikan sebatang cungkil gigi sebelum beliau kembali ke rahmatullah.

Kemasyhuran pencungkil gigi juga banyak dikaitkan dengan dunia kesusasteraan. Penyair terkenal di negara Persia, Omar Khayyam, sebelum meninggal dunia melakukan tiga perkara penting. Salah satu ialah membersihkan mulutnya dengan cungkil gigi sebelum menghembuskan nafasnya.

 

SEKARANG

 

Di zaman moden ini, pencungkil gigi selalu disediakan di restoran makan. Ia dibuat daripada kayu dan boleh berbentuk leper macam papan atau bulat. Ia mesti digunakan dengan betul jika tidak, boleh mengakibatkan gusi yang terdapat di antara dua gigi tertekan ke bawah sehingga membentuk lubang.

Ini lebih berbahaya kerana lebih banyak dan lama cebisan makanan tertinggal di situ menyebabkan ia akan menjadi tumpukan bahan makanan bakteria mulut yang banyak. (food impaction)
Ini akan menyebabkan asid lebih banyak terbentuk
à akibatnya gigi lebih cepat reput.

 

 

Nasihat doktor, jika ingin menggunakan pencungkil gigi….

 

1)     Pilih saiz dan bentuk yang bersesuaian, jangan sampai terluka gusi

2)      Guna cara yang betul..

3)     Jika tidak begitu pandai menggunakannya, gunalah pencungkil gigi yang berbentuk berus gigi segi tiga kecil yang dibuat daripada bahan nilon. Berus kecil ini lebih terkawal. Ia tidak hanya membersihkan celah-celah gigi tetapi juga mengurut gusi anda

 

 

Sumber: http://www.mda.org.my/07_public.htm

 

 

p/s : lebih baik gunakan flos daripada pencungkil gigi…

 

 

 

April 14, 2009 - Posted by | Gain Knowledge .: Health:., My Story .:DenTisT:. | , ,

2 Comments »

  1. biasa guna pencungkil gigi tapi tak pandai guna flos.

    Comment by am | April 29, 2009

  2. Flos ….senang aje…:)

    Comment by csakura82 | May 12, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: