Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

UMRAH:tawaf:DO’s & DONT’s

Baitullah

…TAWAF…

Tawaf adalah mengelilingi Ka’bah sebanyak 7 kali, dimulai dari arah yang sejajar dengan Hajar Aswad dan Ka’bah selalu ada di sebelah kiri (berputar berlawanan arah jarum jam).
Syarat tawaf adalah:

  1. Suci dari hadas besar, hadas kecil, dan najis
  2. Menutup aurat
  3. Melakukan 7 kali putaran berturut-turut
  4. Mulai dan mengakhiri tawaf di tempat yang sejajar dengan Hajar Aswad
  5. Ka’bah selalu berada di sisi kiri
  6. Bertawaf di luar Ka’bah

Sedangkan sunah tawaf adalah:

  1. Menghadap Hajar Aswad ketika memulai tawaf
  2. Berjalan kaki
  3. al-idtibâ, yaitu meletakkan pertengahan kain ihram di bawah ketiak tangan kanan dan kedua ujungnya di atas bahu kiri
  4. Menyentuh Hajar Aswad atau memberi isyarat ketika mulai tawaf
  5. Niat.
    Niat untuk tawaf yang terkandung dalam ibadah haji hukumnya tidak wajib karena niatnya sudah terkandung dalam niat ihram haji, tetapi kalau tawaf itu bukan dalam ibadah haji, maka hukum niat tawaf menjadi wajib, seperti dalam tawaf wada’ dan tawaf nazar.
  6. Mencapai rukun yamanî (pada putaran ke-7) dan mencium atau menyentuh Hajar Aswad
  7. Memperbanyak doa dan zikir selama dalam tawaf
  8. Tertib, dilaksanakan secara berurutan

Jenis-Jenis Tawaf:-

Tawaf Haji
Tawaf Umrah
Tawaf Qudum/ Tawaf Ziarah
Tawaf Sunnat
Tawaf Nazar
Tawaf Wada

Nasihat Di Dalam Tawaf:

  1. Ketahuilah wahai saudaraku bahawa Tawaf adalah Tahiyat di Al-Haram dan ia adalah sama seperti sembahyang cuma diharuskan bercakap, oleh sebab itulah ia disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat.
  2. Elakkan dari berdiri terlalu lama di Hajarulaswad untuk memberi isyarat kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan berlaku kesesakan yang sangat dahsyat.
  3. Elakkan dari bersesak untuk mengucup Hajarulaswad kerana mengucupnya adalah sunat dan tidak menyakiti diri anda serta orang lain adalah wajib, malah perkara wajib lebih patut diikuti berbanding dengan perkara sunat.
  4. Jemaah Haji disunatkan supaya khusyuk dan tenang di dalam tawafnya.
  5. Muwalat (berturut-turut) di antara pusingan-pusingan di dalam tawaf adalah sunat muakkad.
  6. Elakkan diri anda dari mematahkan jari-jari anda supaya mengeluarkan bunyi dan juga menyilangnya di dalam tawaf sebagaimana di dalam tawaf juga makruh makan, minum dan bercakap selain dari berzikir dan berdoa.
  7. Makruh tawaf dalam keadan menahan kencing dan berak atau kentut.
  8. Berhati-hati supaya melakukan tawaf melalui bahagian luar binaan Hijir Ismail, bukan melalui bahagian dalamnya kerana cara yang sedemikian bermakna jemaah Haji melakukan tawaf di sebahagian Kaabah sahaja dan tindakan itu membatalkan pusingan tawaf yang sedang dia lakukan.
  9. Elakkan dari mengangkat suara di dalam tawaf kerana mengangkat suara kadangkala boleh mengganggu orang lain yang melakukan tawaf.
  10. Elakkan dari berlari-lari anak di dalam setiap pusingan tawaf kerana berlari-lari anak adalah sunat pada tiga pusingan pertama tawaf sahaja yang selepasnya disusuli dengan saie.
  11. Sunat berlari-lari anak pada tiga pusingan tawaf yang pertama dan ittiba’ (sopan) di dalam pusingan-pusingan yang lain yang disusuli dengan saie selepasnya.
  12. Wanita tidak disunatkan berlari-lari anak di dalam tawaf begitu juga di dalam saie.
  13. Elakkan dari ittiba’ (sopan) ketika selawat.
  14. Elakkan dari menyentuh maqam Ibramim dan menciumnya kerana perbuatan ini adalah bidaah bercanggah dengan sunnah begitu juga dengan berpegang pada dinding kaabah.
  15. Elakkan dari terlalu berusaha untuk sembahyang di belakang maqam Ibrahim selepas tawaf ketika keadaan terlalu penuh sesak dan harus sembahyang di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam.

SOAL JAWAB: ketika tawaf

(1)Adakah sempurna satu pusingan tawaf seorang yang terjatuh semasa melakukannya dan beberapa kali terlepas dari mengirikan bahunya ke Kaabah kerana ditolak?

Jawapan:
Kalau ia yakin bahawa bahu kirinya telah terpesong dari Kaabah semasa ditolak atau terjatuh itu dan ada bahagian tembok Kaabah itu yang tidak sempurna dikelilingi maka hendaklah ia berundur ke belakang untuk menyempurnakan perjalanan tawafnya, jika tidak munkin, hendaklah ia menambah bilangan untuk menyempurnakan tujuh pusingan yang sempurna.

(2)Adakah sah tawaf seorang yang bercakap-cakap atau memberi isyarat kepada orang lain semasa melakukan tawaf?

Jawapan:
Sah tawafnya. Tetapi perbuatannya itu makruh melainkan jika perlu atau bercakap sesuatu yang baik. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: Bertawaf di Baitullah itu adalah salat (sembahyang), hanya Allah menghalalkan bercakap semasa tawaf, maka sesiapa yang perlu bercakap, bercakaplah dengan sesuatu yang baik.

 

 

sumber:

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5018.0

http://islam.elvini.net/haji.cgi

http://www.dalil-alhaj.com/my/advice.htm

May 20, 2009 - Posted by | I Luv Islam.:Agamaku:., Ibadat | , ,

1 Comment »

  1. terdetk nak share ttg nie sebab apa yg saya perhatikan semasa umrah yg lalu, ada byk style manusia ketika buat tawaf..

    bila mana kita melaksanakan sesuatu tidak seperti yg disuruh, maka sia-sia lah amalan tersebut. Jadi, info ini utk ingatan diri saya sndiri juga buat sahabat2🙂

    Comment by csakura82 | May 20, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: