Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

Saya Nak Jadi Isteri Kedua ^_*

 

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… ” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa.Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning.

Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.

 Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin. Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit.

Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibahyakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu. “Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.  Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

PERJUANGAN, ” jawab Fikri.

*******************************************************************************

Ya Allah, semoga aku dapat menjadi isteri kedua kepada seorang pejuangMU, menjadi madu kepada Perjuangan pejuangMU, dan semoga aku menjadi sayap kiri yang begitu berharga buat suamiku yang Kau jodohkan untukku..amin..amin ya rabbal alamin….

Sweet_Autumn_Morning

June 1, 2009 - Posted by | Chosen .:Karya Pilihan:. | , ,

15 Comments »

  1. indahnya bermadu dengan perjuangan😉 ..

    Comment by csakura82 | June 1, 2009

  2. sudah tentu….. tapi bermadu yang lagi satu tu memang fahit…….

    Comment by norra | June 6, 2009

  3. 🙂 susah nak tafsir isu bermadu… berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. cuma bagi mereka yg diuji sebegitu,.. kenalah yakin dgn janji Allah. InsyaAllah, Allah akan tunaikan ..

    tak semua nak bermadu, tak semua nak jadi madu.. tapi bila diuji sebegitu, apakan daya. kadang2, saya cuba letakkan diri dalam kedudukan kedua-dua belah pihak.. susah sbnarnya nak berkongsi kasih.

    bagi saya, paling penting…bilamana seseorg suami dpt menjalankan tanggungjwb seperti tuntutan Islam, insyaAllah akan terasa manisnya .. bilaman mempunyai seorg pemimpin, imam keluarga yg tahu mana yang hak, mana yg wajib, mana yg patut… insyaAllah, terjamin kebahgiaan dunia dan akhirat.

    tanyala semua perempuan, pernahkah kita terpikir mjadi madu?.. hakikatnya, itu takdir bukan dlm gengaman kita.. 🙂
    doalah byk2, smg tak diberi ujian sebegitu..

    Comment by csakura82 | June 6, 2009

  4. Asm.
    apa yg Islam kata baik maka baiklah ia. apa yg Islam kata tak baik maka tak baiklah ia. dlm bab bermadu ni sya faham perasaan wanita mmg berat. yg jadi berat tu sbb masyarakat kata poligami tu tak elok. sedangkan poligami tu ada di dlm agama kita. apa yg perlu kita buat ialah kita adapt diri kita utk menrima Islam secara syumul. jangan kita ikut apa kata orang ramai. kalu kita ikut kata org ramai maka masa bila syariat Islam tu nak berjalan. kita kena belajar mentarbiyah/mendidik/memujuk diri/hati kita supaya ambil Islam secara total biar apa pun org ckp jgn peduli sbb kat akhirat nanti camne kita nak mengaku yg kita ambil Islam sbg cara hidup kita sedangkan yg bab poligami kita tak boleh accept. sya mengajak hati saya dan saudari2 semua agar menerima Islam secara total. Amin.

    http://milkyway27.wordpress.com

    Comment by milkyway27 | June 8, 2009

  5. Salam.. saya setuju tu.🙂 bersangka baiklah dengan ketetapan yang diaturkanNya
    kerana itu kita sebagai hambaNya , kena pegang betul2 konsep bersyukur dan meredhai, serta berlapang dada dengan rezeki yang diberi setelah berusaha dengan sehabis daya, wallahu’alam

    Comment by csakura82 | June 9, 2009

  6. Wsm. Setuju dgn pendapat Pn. Doktor. Lagipun hidup di dunia ni sekejap saja jika nak dibandingkan dgn kehidupan di akhirat. satu hari di akhirat bersamaan dgn 1000 tahun di dunia…nah bayangkan sekejapnya kita hidup walaupun ada yg hidup 20 thn, 30 thn, 40, 50, 60 thn tapi bila dihitung umur di dunia ini sekejap sangat. kalu org tu hidup 100 thn atas dunia maknanya 100/1000 = 0.1 hari saja di akhirat.

    saya seorg pensyarah, kalau student saya fail dia boleh repeat. next semester jumpa lagi ada chance lagi nak graduate tapi kalu kita fail kat akhirat dah tak boleh repeat…terpaksa terima result yg fail tu…sbb selepas mati tu dah tak boleh nak taubat lagi..masa hidup ni..nyawa belum sampai halkum pintu taubat kita masih terbuka..itulah Maha Pengampunnya Allah, beri peluang kita sampai saat nak mati pun..astaghfirullah 3x.
    sori panjang pulak tulisan ni..

    Comment by milkyway27 | June 9, 2009

  7. 🙂 takpe, panjang…

    sekadar nak buat pembetulan skit, bukan Pn doktor ye..

    Comment by csakura82 | June 9, 2009

  8. asm. saya xfaham…

    Comment by milkyway27 | June 12, 2009

  9. 🙂 ..
    tak perlu la sebut puan doktor.. sebab saya tak smpai status puan lagi.. itu aje mksudnya

    Comment by csakura82 | June 12, 2009

  10. sori.

    Comment by milkyway27 | June 12, 2009

  11. hmm…

    Comment by ADA | October 1, 2009

  12. hmm…???

    Comment by milkyway27 | October 5, 2009

  13. 🙂 kenapa…?

    Comment by csakura82 | October 5, 2009

  14. xfhm ape itu hmm…

    Comment by milkyway27 | October 6, 2009

  15. oo..yg tu kena tanya cik ADA

    Comment by csakura82 | October 6, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: