Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

::bila doaku termakbul…

 

Alhamdulillah….Alhamdulillah…Alhamdulillah 

my destinySetinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya tercapai sikit demi sikit hajat dihati..

Jika dulu, terasa bayangan untuk mencapai impian ini terlalu jauh di hadapan mata, terlalu susah digenggam apatah lagi nak dikecapi…namun dengan izinNya, semuanya tercapai…syukur, teramat bersyukur…sungguh tak diduga, tak disangka impian jadi kenyataan.

 

Saya pasti, bait-bait ayat di atas merupakan antara cetusan rasa di hati apabila doa / impian/ hajat/ cita-cita/ harapan yang kita inginkan telah tercapai … Andaikata kalu hati dah tak rasa nak bersyukurdengan pemberian Allah, itu dah kes BAHAYA….tandanya hati kita dah mati..isk,isk,isk….nau’zubillah

Semua mempunyai ‘macam-macam’ cita-cita..dari kanak-kanak sampai ke peringkat usia lanjut, semua ada “hajat” tersendiri, tak kiralah samada terpendam, terluah, tersirat ataupun tersurat :)  yang pastinya, apabila apa yang dihajati tercapai, confirm kita akan ‘extremely hepi’ + rasa puas hati + bangga?? + syukur giler-giler + ….dan macam-macam perasaan lagi akan terasa dihati..

TAPI, bila mana hajat tak kesampaian, tentu sahaja rasa duka lara, sedih masam mencuka, moody semacam je.. apa-apa ja yang tak bez kerana kesedihan itu.. ye tak?  Gerenti semua sahabat pernah merasai, penat lelah usahakan sesuatu tapi tiba-tiba tak jadi cam yang diharapkan..memang ler nak marah.  Saya pun pernah laluinya, bukan sekali dua tapi kerap kali jatuh dan jatuh dan jatuh…

🙂 Jatuh sekali tak bermakna jatuh selamanya…. Kalau jatuh, bangunlah semula

Kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang & sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah”.  Jadi, bila doa kita tak termakbul lagi, pandanglah ke depan dan bersangka baik kepada Allah kerana apa jua yang berlaku itu pastinya yang terbaik untuk kita..itulah dinamakan redha dengan qada’ dan qadar Ilahi..

Seketika nanti, bila kita dah melalui fasa yang teramat perit, dalam tak sedar tetiba Allah memberi sesuatu yang tak disangka-sangka…ketika itu, baru kita akan tersedar yang doa kita telah termakbul..

p/s: Kini, doaku termakbul….terasa pantasnya masa berlalu namun tak terjangkau betapa hebatnya nikmat pemberian Allah mengatasi tangisan yang lalu..Alhamdulillah

 

July 15, 2009 - Posted by | My Story .:DenTisT:., Tazkirah .:Read and Think:. | , , ,

1 Comment »

  1. doa kan senjata mukmin…. jom kita doa banyak2

    Comment by csakura82 | July 15, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: