Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

Pengalamanku:umrah:SEBULAN SEBELUM

 

Begitu lama, baru sempat untuk saya kembali bercerita tentang pengalaman di Tanah Suci, tempat yang paling diberkati Allah, yang dikunjungi saban hari oleh semua rakyat pelusuk dunia.  Kita merancang, Allah jua merancang.  Ikhlas saya katakan, tak terlintas dihati ini untuk menunaikan umrah pada tika itu namun takdir Allah menetapkan semuanya.

“….bila Allah memberi hidayah, jangan ditolak..takut nanti akan ditarik semula nikmat hidayah tersebut.” 

 

::Merisik::

Ada seorang kakak A mengajukan soalan, “ Doktor nak pergi umrah tak? “

Saya terdiam sambil berfikir… maklumlah tika itu sikit pun tak terfikir nak pergi umrah.  Ingatkan kalau pergi biarlah dengan ahli keluarga.  Bukankah lebih meriah sebegitu..

Katanya lagi, “Mmm, pakej murah je nie.. RM4800 untuk 15 hari.” Hmmm, saya terdiam lagi.  Biasanya kita  akan lebih terdorong berminat dengan tawaran yang menarik, bukankah ‘harga murah’ tu suatu tawaran yang menarik..

Manusia digalakkan untuk melakukan solat istikharah bila menghadapai masalah a.k.a persimpangan, kekeliruan antara ya atau tidak…tapi hakikatnya bila sesuatu perkara itu merupakan perkara yang mendatangkan kebaikan (contohnya dalam kes sekarang, mengerjakan umrah) TAK PERLU buat solat istikharah.

“Nantilah ye kak, saya nak tanya ma dulu.  Manalah tahu ma saya nak ikut sama.  Nak lah berteman bila pergi sana.  Lagipun, bukankah kena ada muhrim? ….inilah jawapan permulaan.

 

::Masalah Masalah Masalah::

Seminggu berfikir, akhirnya hati nie memang dah nak sangat pergi umrah tapi ada masalah lain muncul.  Daripada ahli keluarga termasuk ma dengan nenek,  sampailah sahabat rapat, rakan sekerja…takde yang nak ikut serta dengan pelbagai alasan, ‘tak cukup duit la, ada hal lain, hmmmm saya nak pergi dengan suami saya, susahla nak dapat cuti….. exam , bla bla bla.. ‘  Saya faham tu….tapi hakikatnya, sedihnya hati bila tak ada geng nak pergi umrah

Terdetik kat hati ni, agaknya tiada rezeki tunaikan umrah tahun nie kot.  Takpelah, nak buat cam mana kan… 

Bukankah takdir Allah itu merupakan yang terbaik buat hambaNya?… 

 

::Nekad bersendirian::

Dalam al Quran ada terselit ayat Allah yang bermaksud, “….bila kata jadi, maka jadilah ia..’   Begitulah jua, apabila sudah termaktub dalam qada’ dan qadar Nya bahawa saya telah terpilih menjadi tetamu di rumah Allah pada tahun ni. 

Begini ceritanya….  Kebetulan saya ada kenal seorang kakak B (merupakan tukang jahit) yang akan menunaikan umrah dalam waktu yang sama.  Dengan ringan mulutnya (secara spontan) , saya menyatakan hajat nak ‘join’ kumpulan umrah kakak tersebut.  Biarpun saya tak begitu rapat dengan kakak tersebut tapi panggilan Allah itu terlalu kuat.  ‘argh, tak kisahla pergi tak berteman pun, bukankah Allah itu merupakan teman yang paling terbaik?  InsyaAllah bila mana Allah memberi keizinan untukku  sampai dalam keadaan bersendirian, pasti Dia akan memeliharaku di sana nanti………” hati kecil saya berkata-kata untuk menyedapkan hati sendiri…

Akhirnya, saya mengambil keputusan yang nekad, ‘oklah akak, saya nak ikut akak nie.  Nanti, saya akan bagi dokumen yang diperlukan’. 

 

::Kerisauan??::

Tapi sungguh, hakikatnya saya masih risau memikirkannya.  Bukankah umrah untuk pertama kali merupakan suatu ibadat yang WAJIB dilaksanakan? 

Risau sungguh…..Risau jika saya tersilap membuat pilihan, gara-gara kerana nak pakej murah, serba serbi kekurangan.  Takut pula mengganggu perjalanan umrah nanti..  Takut juga kalau2 ditipu….takut juga jika tinggal di tempat penginapan teruk…. tak ke haru biru jadinya

Lantaran itu saya meminta jasa baik kakak A untuk telefon dan bertanyakan ‘soalan yang patut ditanya’ kepada pengurus pakej yang saya nak join bersama kakak B.  Kebetulan kakak A dah biasa sangat ‘handle’ urusan umrah, haji jadi sememangnya dia lebih arif berbanding saya yang masih mentah dalam selok-belok urusan sebegini.

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya pakej yang saya nak join dengan kakak B merupakan pakej yang sama dengan kakak A.  Terkejut, memang terkejut dibuatnya tapi inilah yang berlaku.  Memang tak sangka. 

Alhamdulillah, sungguh besar Kebesaran Allah.  Barangkali ini petunjuk Allah, menguatkan lagi keinginan saya untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci.  Tiada lagi kata dua, tiada lagi ragu-ragu kerana sesungguhnya saya mula meletakkan kepasrahan yang cukup tinggi. 

Bukankah ini merupakan niat yang baik, jadi kenapa perlu takut dan susah hati?

 

::Akhirnya::

Perasaan untuk menjejakkan kaki mengoncang sanubari ini, rasa cemas memandangkan belum lengkap persiapan mental untuk menjadi tetamu Allah.  Sebulan tak cukup untuk membuat 100% persiapan namun, apabila kita meletakkan keyakinan, insyaAllah Dia akan memberi kemudahan.  Mujur ada sahabat yang membantu memberi tunjuk ajar selok belok melakukan umrah..  Terima kasih kak ze, banyak manfaat yang saya perolehi daripada buku kak ze…nanti saya pulangkan 🙂

 

July 20, 2009 - Posted by | My Story .:DenTisT:. | , ,

2 Comments »

  1. Baguslah macam tu. Sy doakan smg niat saudari itu tercapai tanpa sebarang halangan. Insyaallah.

    Comment by HikaruMuslim | July 22, 2009

  2. alhamdulillah… saya selamat tunaikan umrah

    Comment by csakura82 | July 22, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: