Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

aku PEMANDU BERHEMAH

Aku PEMANDU BERHEMAH …

keretaku

Eh, apasal kereta depan nie, tak bagi signal pun nak membelok ke kanan…Menyampahnya….

Ni apa lak nie, tersemput-semput bawa kereta….Aku nak cepat nie..makan angin sungguh driver depan nie,… 

Apa lak nie bawa kereta makin ke tengah, aku nak memotong pun susah… Bengang sungguh..

Teruk sungguh kereta depan , lampu brek kereta tak nyala…bahaya tuuu….

 

Itu antara ayat-ayat cinta kalau bercinta sambil bawa kereta di jalan raya..  Ahaks..

Tak ramai yang nak mengaku dirinya pemandu yang cuai…Takkan lah nak buat pengakuan yang memburukkan diri sendiri. Jadi, tak perlu nak menuding jari pada orang lain, biar saja saya sendiri membuat pengakuan..

Saya pemandu berhemah….tapi saya pernah juga melakukan kesilapan.

:) Komen komen komen…Tengah nak drive, lebih-lebih lagi bila jalan sesak…memang nampak aje yang tak berkenan dihati..  lampu kereta tak nyala, tak bagi signal, slow dan lembap,  kemek…dan macam-macam lagi…  Pendek kata, mulut mungkin hanya akan berhenti memberi komen bila memang tak jumpa sebarang kenderaan pun, atau dengan kata lain, bila jalan itu menjadi milikku..  Hehehehe

 *****

Saya memang pantang tengok kereta yang slow tahap menyusahkan pemandu yang lain.  Tapi ada juga kereta yang laju sangat yang boleh menyusahkan..  tapi hakikatnya, saya mengaku yang saya tak bawa kereta ikut had kelajuan yang ditetapkan.. Alhamdulillah, Allah sayangkan saya sebab saya tidak diberi ujian dengan saman.  

 *****

Saya geram sungguh bila ada yang tak bagi signal masuk simpang, lebih-lebih lagi motor.  Kalau jalan kecil, tersemput-semput ikut kereta di belakang tapi bila tetiba je kereta tu turn kiri/kanan ataupun berhenti kat tepi jalan secara tiba-tiba..Memang rasa berasap nak marah.  Tapi kadang-kadang, saya pernah juga terlupa nak bagi signal..Opps, sori ye..

 *****

Selalu juga saya komen kereta yang tak menyala lampu brek..tapi kadang-kadang saya sendiri terlupa check lampu brek kereta saya.  Rupa-rupanya rosak jugak..huhuhu

 *****

Biasalah, ada yang bawa kereta perlahan sampaikan saya nak memotong..tapi yang jadi geramnya, bila kita nak potong, driver tu sibuk pulak nak bawa laju-laju.  Pernah tak jadi cam nie?  Tapi, kadang-kadang saya pun nakal juga, bila nampak kereta belakang macam nak memotong, saya maintain je kelajuan kereta..hahaha, bila dah puas, bagi je lah laluan..

 *****

Lampu merah……kena berhenti…Tapi saya pun kadang-kadang terpaksa langgar je sebab nak kena cepat sampai hospital.. Boleh ke cam tu?..

*****

Itulah antara kisah saya bersama kereta atos gold… 😉 agak-agak boleh tak dilabelkan sebagai ‘pemandu berhemah’ ?

Apa jua kisah antara anda dengan kenderaan anda, cubalah kita sama-sama jadi pemandu yang berhemah.  kalau semua mencuba, insyaAllah makin kuranglah komen tantang itu ini di sepanjang perjalanan…Bolehlah guna ruang yang ada itu dengan bermunajat kepadanya…dapat gak pahala, bukan dosa..😉

wallahua’alam

August 12, 2009 - Posted by | My Story .:DenTisT:., Tazkirah .:Read and Think:. | , ,

1 Comment »

  1. rindunya kat atos ku.. hmmm, dah lama tak bawa kereta

    Comment by csakura82 | February 13, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: