Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

***Ibu, letakkanlah pipiku di tanah…

Diceritakan oleh sebahagian orang-orang soleh, bahawasanya ada seorang perempuan tua yang mempunyai seorang anak lelaki yang lalai akan dirinya. Apabila lelaki itu hampir meninggal dunia, ia meminta kepada ibunya “Ibu, letakkanlah pipiku di tanah”

Ibunya pun menuruti permintaannya. Kemudian lelaki itu menangis dan memohon dengan sungguh-sungguh kepada Allah agar dosa-dosanya diampuni. Menjelang kematiannya, ia berkata kepada ibunya: “Demi Allah, janganlah ibu memberitahukan kematian anakmu ini pada seseorangpun, kuburkanlah anakmu ini di pinggir rumah ini, kerana selama ini anakmu ini telah menyakiti tetangga-tetangga anakmu yang masih hidup di dunia. Maka anakmu ini tidak ingin menyakiti tetangga-tetangga yang telah mati, di akhirat kelak”

Ibunya pun menunaikan permintaannya, ia menguburkan anaknya di dalam rumah. Pada suatu malam, perempuan tua itu bermimpi bahawa anak lelakinya itu berada di kebun yang indah yang di dalamnya terdapat istana-istana yang dihias indah. Dan di antara kedua mata anaknya tertulis dengan cahaya, kalimat yang bebunyi: “inilah hamba yang mengakui dosanya, ia bebas daripada neraka”
Ibunya berkata “berhentilah anakku, ibumu mahu bertanya, apakah puncanya engkau berada di tempat mulia ini?”

Ia menjawab “Setelah anakmu ini wafat. Aku dihadapkan kepada Yang Maha Haq, Dia berkata kepadaku

” Wahai hamba Ku, engkau dibenci dan dijauhi dengan penuh kemarahan oleh orang-orang sekelilingmu ketika hidupmu, mereka telah menutup pintu rahmat-Ku kepadamu. Seakan-akan keampunan-Ku tidak cukup bagi menebus segala dosa kesalahanmu.

Seakan-akan perbendaharaan kekuasaan-Ku memerlukan kebaikanmu. Sedangkan Aku merahmatimu kerana pengakuanmu terhadap kekuranganmu, tawaduk (rendah diri) dan permohonanmu yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan-Ku. Berangkatlah menuju nikmat-Ku. Aku telah mengampunimu”. (Petikan Kitab: Al-Mawa’idh wal Majalis: masa: 235)   Sesungguhnya rahmat Allah itu Maha Luas, berusahalah kita mendapatkanya. insyaAllah.

Ingatan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam bukunya bertajuk “insan, ingatlah…” bunyinya lebih kurang “hidup ini umpama pengiraan matematik, kita tidak tahu apakah jawapan sebenarnya selagi kita tidak sampai ke penghujung pengiraannya”.

Bermakna: hari ini mungkin kitalah seorang yang paling wara’ dan alim, tetapi jangan sesekali megah,ujub dan takabur dengan itu semua, kerana kesudahan hidup kita belum tentu lagi bagaimana. Begitu juga jika hari ini kitalah orang yang paling berdosa, tetapi jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah, kerana rahmat Allah Maha Luas, pengampunannya melebihi segala-galanya.


Wallahualam.

 

 

 sumber: http://www.hanan.com.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

April 16, 2009 Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:. | , , , | 3 Comments

Hatiku Sebesar Cawan

 

” Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung MALANG begini..? ” lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, ” bagaimanakah boleh ku NIKMATI hidup begitu juga? ” . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

” Anak muda… ” lelaki tua itu bersuara .

” Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. ” ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil…air diisi…dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

” Sekarang kamu minumlah air tersebut “. Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

” Apa rasanya? “, tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

” Masin! ” lelaki tua itu tersenyum lagi.

” Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. ”
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

” Apa rasanya, anakku? ” soal lelaki tua itu.

” Tawar, tidak masin seperti tadi “, lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

” Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? ” tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

” Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri ” .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan SENYUMAN yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!

Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

March 11, 2009 Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:., Tazkirah .:Read and Think:. | , , | 3 Comments

PuTus Cinta?

PUTUS  CINTA??

 

Alamak, isu cinta nie perkara yang biasa sangat dibincangkan..  Nak tak nak, perkataan ‘cinta a.k.a love,’ merupakan salah satu ungkapan keramat terutama mereka yang dilamun cinta.. Ahaks 😉

 

Tapi apa jadi bila putus cinta?

 

Ada beberapa STYLE cam mana menghadapi putus cinta.. (agaknya la sebab ni pun hasil pemerhatian diri sendiri yang tak berpengalaman. Muah ha ha)

 

*      Menangis Menangis Menangis  Lagak cam diri sendiri aje yang sedih.

o       Standard, kni cara yang biasa dilakukan bila sedih… tapi biarlah berpada-pada…Alahai, sampai kering air mata tu dibuatnya, membazir tul

 

*      Tunjuk Macho Berpura-pura ‘ok’ tapi padahal tengah ‘sedih’..

o       Tapi ok ke cam nie? Sampai bila nak berpura-pura tue…

 

*      Boikot dia  Kumpul barang-barang ex bf/ ex gf, then buang ataupun koyakkan gambar  dan bakar ataupun pulangkan kat empunya badan.

o       Mungkin terjadi sebab rasa sakit hati melampau-lampau melebihi rasa kasih sayang serta cinta kepadanya sampai tak tertahan rasa nak marah..tapi isk, terubat ke hati dengan cara membenci si dia?

 

*      Bertindak dengan cara agresif Marah + Kutuk si dia, especially bila dia tu dah ada pengganti baru.  (Tak pun, kalu clash disebabkan insan ke3.)

o       nie la cara bila nak tunjuk ketidakpuasan hati secara terang-terangan kerana ditinggalkan.  Mang la marah kalau pasangan tak setia..tapi patut ke marah sampai gaduh sakan?

 

*      Korbankan diri Terima insan lain yang lebih menyayangi diri ini 

o       hipokrit?

 

*      Rileks je Buat tak tahu & cari yang baru

o       ni confirm bila empunya badan tak cinta sgt kat pasangan tu, sebab tu bila dah putus cinta, boleh recover cepat.  Isk isk isk

 

*      Bunuh diri

o       ni kalau tak cukup iman, mang ada je yang buat cam nie

*      Jangan duk buat cam nie, sayang ler kat nyawa tu… iks, isk

 

 

Pendek kata, masing-masing ada cara tersendiri untuk mengatasi masalah putus cinta.. tapi amat sedikit antara kita yang buat style cam nie,

 

ü    Senyum + Berlapang Dada + Redha

o       Terima ujian itu dengan hati yang redha

o       Barangkali dia tu bukan terbaik untuk kita.. ataupun, agaknya kita nie lebih terbaik daripada dia… ahaks, sebab tu Allah nak kasi yang lebih lebih lebih baik lagi untuk jadi pasangan kita.. 

o       SABAR ler

 

ü    Muhasabah diri sendiri

o       Check diri sendiri, mana silapnya..

o       Ntah2 ‘cara’ percintaan tu tak dilandaskan pada syarak Islam..

o       Mungkin pasangan tu membuatkan kita makin jauh daripada Allah dan Islam

 

ü    Bagi EXTRA cinta kepada yang patut

o       Siapa?…tak kan dah lupa kot

o       Pada Allah, rasul, …..islam islam

o       Pada sapa lagi…..tentu pada family especially mak ayah, adik beradik…

 

ü      Banyakkan beramal..amal…amal…

o       Semoga Allah mempermudahkan kekusutan dijiwa dan memberi petunjuk serta menambahkan rezeki, Ameen

 

 

 

 

Doa Usaha Iktiar Tawakal….

 

 

March 10, 2009 Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:., Guide .:Resepi@Petua:. | , , | 2 Comments

4 Isteri disampingku?

 

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 orang isteri. Dia mencintai isteri yang ke4 dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri ke4 adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ke3. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang ke2. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang ke2 ini, dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini. Aku punya 4 orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”

********************************************************


Teman, sesungguhnya kita punya 4 orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.  Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.  Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

December 11, 2008 Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:., Tazkirah .:Read and Think:. | | 1 Comment

kisah pendayung sampan

Kisah Pendayung Sampan

 

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.
    
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang   pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

     Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit dan berdasarkan pengalamannya, dia berkata di dalam hati,

     “Hmm. Hari nak hujan.”
     “OK, semua sudah siap. Mari kita balik ke darat” kata Professor itu.
 

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.
   
    
“Kamu dah lama kerja mendayung sampan?”
tanya Professor itu.   
    
“Hampir semur hidup saya.”
jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
 
    
“Seumur hidup kamu?” tanya Professor itu lagi.

     “Ya”. Jawab pendayung.
 
    
“Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?”  

     tanya Professor itu. 


Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu   bertanya lagi,

     “Kamu tahu geografi?” 
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.   
    
“Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.”

Kata Professor itu lagi,
“Kamu tahu biologi?”
   
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. 
 
“Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?”
Professor itu masih lagi bertanya.
 
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.   
“Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.  Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.  Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.”

 

Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
 
    Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,   
    
“Kamu tahu berenang?”

 
Professor itu menggelengkan kepala.   
    
“Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.”

Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
 
 
 
Morale of the Story:
 
        Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.   
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara
JIKA tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. 

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh  dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi.     

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

November 26, 2008 Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:. | | 2 Comments

~Si Kupu Kupu & Si Semut~

 

~Si Kupu Kupu dan Si Semut~

 

 

 

Suatu malam, ketika semut ingin ke kamar, terlihat si kupu-kupu, indah sekali, cantik menari-nari di depan mata semut.  Setiap helaian sayapnya memikat hati si semut, menari-nari melebarkan sayapnya, memikat sesiapa yang melihatnya. 

 

Si semut sedar dirinya hanya semut. 

 

Semut menyeru si kupu-kupu, tapi dia si kupu-kupu yang indah, berbeza dengan si semut..tapi sayang..tika dia menari-nari dia jatuh. 

Semut lihat sayapnya patah..


Semut memandang sayu, lahir dari hatinya perasaan cinta pada si kupu-kupu.  Laksana hebatnya kuasa cinta , si semut lupa dirinya hanya semut, manakan mungkin bersama si kupu-kupu, terbang bersama melayang ke tepi langit, menerajau indah pelangi, merasai kesejukan awan dan bersama menikmati embun malam..

Dengan perasaan sayu si semut berjalan pulang, kembali ke tempat asalnya, jauh dari keindahan alam, jauh dari langit dan bintang yang hanya sesuai untuk si kupu-kupu.  Tetapi tika kaki semut ingin melangkah meninggalkan si kupu-kupu yang terdampar, si kupu-kupu memangil si semut. 

 

Si semut terus melangkah kerana sedar dirinya berbeza dengan si kupu-kupu. 

 

Setiap langkah terasa cukup berat, si kupu-kupu terus mengikut si semut dengan susah payah.  Dengan sayapnya yang patah,dia mengikuti si semut.  Setiap heretan sayapnya di tanah, cukup membuatkan hati si semut pilu.

 

Pilunya hati si semut lantas diangkatnya si kupu-kupu. 

 

Semut memang dilahirkan dengan kekuatan manakala si kupu-kupu dilahirkan dengan kecantikannya.


Bersusah payah si semut mengangkat si kupu-kupu kembali ke tempat semut.  Dalam perjalanan pulang si semut diejek,ditertawa oleh sekalian penghuni rimba.  Sekalian rimba pelik melihat si semut sedang memapah si ratu. 

 

Tidak layak sekali.

 

Si semut kuatkan hati dan semangat

membawa si kupu-kupu kembali ke tempat asalnya.  Akhirnya selamat tiba dan si semut baringkan si kupu-kupu lalu dirawatnya, dicarinya ubat-ubatan bagi merawat sayap yang patah.

Ingin sekali si semut melihat si kupu-kupu sembuh, kembali menari-nari di bawah cahaya bulan.  Dicarinya di seluruh rimba ubat-ubatan yang terbaik. 

 

Jauh sekali..

Setiap peluh dibiarkan mengalir kerana jauhnya si semut berjalan mencari ubat hingga luka kaki si semut.  Kerana hebatnya cinta si semut pada si kupu-kupu, darah yang terkeluar dibiarkan mengalir. 

 

Akhirnya si semut jumpa jua bunga yang mampu merawat sayap si kupu-kupu dan juga helaian daun dari pokok yang sama untuk merawat kaki semut yang luka.

Tetapi semut tiada daya dan masa.  Si semut hanya mengambil bunga untuk dibawa pulang.  Helaian daun terpaksa ditinggalkan kerana si kupu-kupu semakin tenat.  Perjalanan pulang semakin dekat, dengan kaki yang mengalirkan darah, dengan peluh yang memercik, si semut sampai jua..

Si semut dengan penuh perhatian merawat si kupu-kupu  Usaha si semut merawat si kupu-kupu,menyebabkan

 

…….si kupu-kupu turut jatuh hati pada si semut.

 

Si kupu-kupu berkata jika sayapnya sembuh akan dibawa semut melihat keindahan langit.  Si semut berasa gembira mendengar kata-kata si kupu-kupu lalu dirawatnya si kupu-kupu sepenuh hati..dengan kuasa Tuhan si kupu-kupu sembuh jua..

Si semut menangis tanda gembira hingga semut terlupa dirinya turut sakit akibat mencari bunga bagi menyembuhkan si kupu-kupu. Si kupu-kupu terbang dan terus menari-nari di hadapan si semut.

 

Dengan darah yang masih mengalir dari kaki si semut, si semut menyeru hiba, meminta si kupu-kupu mengotakan kata-katanya.
tapi..

si kupu-kupu lupa..dia terus menari-nari..semakin jauh..jauh dari si semut, dan semakin jauh dari pandangan si semut..

 

Si semut ingin mengejar, ingin sekali hati semut mengejar..tapi kaki semut luka berdarah..semakin teruk..tiada daya untuk mengejar..
si semut hiba
..

 

Si semut baring di atas tempat baringnya si kupu-kupu dahulu.. meratap sayu.

 

Dengan linangan air mata, si semut memanggil-manggil si kupu-kupu.. Suara si semut cukup sayu

 

..hingga seluruh alam rimba dan angkasa turut menangis lantaran sayunya suara si semut, kerana alam rimba dan angkasa lah yang menyaksikan daya usaha si semut menyelamatkan si kupu-kupu..

 

Hari berganti hari..

 

 

Si kupu-kupu terus menari-nari di bawah cahaya bulan..

Si semut semakin tenat..Darah membasahi pembaringan si semut, tempat bermula si kupu-kupu dirawat oleh si semut..

 

….Di dalam hati semut, tidak meminta si kupu-kupu membawanya ke langit, tapi cukuplah si kupu-kupu menyapu darah dan peluh yang mengalir tika menyelamatkan si kupu-kupu dahulu.. cukuplah seketika si semut merasa kehangatan sayap indah si kupu-kupu memeluk si semut tika semut diragut nyawanya…

 

Si semut memandang bulan.. mengharap dapat melihat si kupu-kupu menari-nari di depan matanya buat kali terakhir…

 

Si kupu-kupu tiada.. hanya cahaya bulan menyirami tubuh si semut tika nyawanya diragut…….

 

 

Penulis asal : farfenna

Sumber :www.ukhwah.com

 

October 25, 2008 Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:., Chosen .:Karya Pilihan:. | , , , , | 4 Comments

reQuirement

…..pening kepala….

duk teringat exam bahasa melayu yang TERPAKSA  diambil next week…paksa rela tu…sebabnya….merupakan satu KEPERLUAN untuk melayakkan diri dapat dapat title ‘staf tetap’….kuikuikui…

Menyampah sungguh bila terlalu banyak requirement yang perlu disetelkan…apatah lagi kalu syarat2 tu ‘ntah apa-apa’..

skg kena studi bahasa melayu….demi meluluskan diri untuk paper next week..susah tau exam tu..ntah bahasa melayu edisi mana ntah dia pakai sampaikan nak tak nak, kena beli buku nota yang disediakan..

Kadang2 perkara yang simple je tapi nampak terlalu ‘memeningkan kepala’ bila ia berubah mjd terlalu kompleks…susah hati la gak…

Dari zaman sekolah, sampailah universiti…sampailah dah peringkat keja, tak habis habis ada aje “REQUIREMENT” yang perlu disetelkan…kawan2 sedar tak??

hmm…tanya diri sendiri, apa ye REQUIREMENT yang Allah tetapkan untuk kita masuk syurgaNya??

October 13, 2008 Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:., My Story .:DenTisT:. | , , , | 4 Comments

Ku Redha dgn KetentuanMu

 

Kisah ini bermula dengan pertemuan 2 orang kenalan melalui org tengah.  Bila hati sudah bersedia memikul tanggungjawab, semuanya akan terlaksana.  Perkenalan lelaki dan perempuan bermula selepas lelaki ini melihat perempuan itu di masjid dan lelaki ini sentiasa mencari perempuan ini dan satu hari dia ternampak perempuan ini sedang bergembira di majlis konvokesyen kawannya.


Dan setelah semuanya selesai
kawan kepada kawan perempuan itu menyatakan bahawa kawan dia ingin berkenalan dengan perempuan itu. Tanpa diduga permintaan lelaki itu diterima oleh perempuan itu. Perkenalan tanpa perempuan itu mengenali wajah lelaki itu dan hanya lelaki itu sahaja yang melihat wajah perempuan itu.


Dan setelah beberapa bulan mereka saling kenal mengenali,
lelaki itu membuat keputusan untuk meneruskan niat yang murni itu dan dalam pada masa itu juga kedua-duanya membuat solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk dan mencari jawapan yang sebenar…setelah berkali-kali melakukan solat itu, jawapan yang ditemui adalah sama. Hanya sms penghubungnya dan tidak sekalipun perempuan itu mendengar suara lelaki itu.


Dan lelaki itu berjanji dia akan menerangkan segala-galanya melalui telefon suatu ari nanti…betapa gembiranya perempuan itu mendengar janji itu…janji itu pasti akan terlaksana kerana
lelaki ini seorang yang berpegang pada janji dan seorang yang boleh dikatakan alim…rutin harian sebagai seorang pegawai yang masih baru menjawat jawatan ini selepas tamat belajar adalah hidup dgn cara islam, solat berjemaah dgn kawan2. Menjadi tanggungjawb dia membela nasib keluarga agar dapt hidup senang.


Dan tiba masanya lelaki itu menyempurnakan niatnya.  Setelah selesai berbuka puasa dan diumumkan esok adalah hari raya aidilfitri, lelaki itu pulang ke rumah bersama-sama dengan kawannya. Semasa dalam perjalanan pulang dia mengarahkan kawnya berhenti di suatu tempat dan dia membelikan topup sebanyak RM60 untuk membuat panggilan itu. Bagi lelaki itu panggilan telefon itu amat bermakna bagi dia kerana janji harus ditunaikan.

Malangnya dalam perjalanan pulang mereka cuba mengelak seorang budak yang sedang melintas jalan tapi takdir yang menentukan segala-galanya…mereka berdua terlantar di hospital yang mana seorang cedara di paha dan lelaki itu berada dalm keadaan koma.

Di waktu itu laungan takbir raya bergema di semua tempat tapi dia tidak dapt bersama-sama melaungkan takbir itu…dan di saat dia sedang bergelumang dengan sakaratul maut, janji dia pada perempuan itu tidak tertunai kerana  janji dia dengan penciptanya lebih penting dari janji di dengan perempuan itu. Janji yang telah ditetapkan oleh penciptanya untuk dia kembali ke alam lainpada waktu yang sama.


Akhirnya dia menunaikan janjinya dengan Allah..
terpisah lah roh dari badan walaupun banyak janji lain yang tidak dapt dilaksanakan.., dan di saat itu perempuan itu menantikan lelaki itu mengotakan janji tapi malangnya lelaki tu senyap tanpa berita…Keesokan harinya perempuan itu mendapat berita bahawa lelaki itu di timpa kemalangan pada malam mereka berjanji,TANPA sempat perempuan itu menziarahi lelaki itu untuk melihat wajah lelaki itu, lelaki itu telah meninggalkan perempuan itu buat selama-lamanya

Betapa remuk hati perempuan itu mendengar berita yang pilu di saat org lain sedang berseronok menyambutkan hari raya yang penuh bermakna itu.  Setelah kematian lelaki itu, perempuan itu membaca catatan lelaki tu yang tertera janji lelaki itu pada perempuan itu.

Dalam catatan itu dia sebenarnya ingin melangsungkan perkahwinan secepat yang mungkin kerana TIDAK MAHU lebih banyak perkara yang tidak elok terjadi dek hubungan yang tidak sah. Janji itu membuatkan lelaki itu mengorbankan hajat keluarganya iaitu menggunakan wang hasil titik peluh dari pekerjaannya sendiri.


Katanya dia mengumpulkan duit itu untuk melaksana perkahwinan itu tapi
malangnya duit digunakan juga oleh keluarganya tapi BUKAN untuk urusan lain tapi urusan pengebumiannya….Hajat lelaki itu ingin berjumpa dengan keluarga perempuan dan melihat bakal isteri dengan lebih dekat tidak kesampaian.


Dan di dalam dompet lelaki tersebut terdapat gambar perempuan itu. Gambar itu diambil sendiri oleh lelaki itu semasa majlis konvokesyen pada ari tu tanpa pengetahuan sesiapa walaupun kawan lelaki tersebut.

 

Semuanya sudah ditentukan oleh ilahi.


Terbuktilah bahawa petunjuk hasil dari solat istikharah itu adalah BENAR. 

 

Dalam mimpi itu menyatakan bahawa mereka bersama-sama di jalan yang satu dan apabila terjumpa persimpangan jalan, mereka terpisah.

 

Berpisah di antara dua alam….dan setiap kali takbir raya bergema ingatan itu tidak akan luput.  Qada’ dan qadar telah ditentukan.

 


Betapa
SUKAR untuk mencari orang yang sanggup berkorban demi kita, walaupun kesanggupan itu tinggi melangit, dia BUKAN milik kita.  Dia milik penciptanya….

 

 

Kita mengharap panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari &

disebalik hujan kita dikurniakan pelangi yang indah dan jarang dapat dilihat…..

lihatlah disebalik kejadian pasti ada hikmahnya

hadiah yang tidak ternilai.

 

Al-fatihah…

 

sumber: www.raudhah.com

October 11, 2008 Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:., Chosen .:Karya Pilihan:. | , , , , , , , , , , , , , , , | 6 Comments

KISAH SEKAWAN KATAK

 Cerita tentang katak kecil

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,…
… yang berlumba lari
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama  mengelilingi menara untuk menyaksikan  perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta…
 
Perlumbaan dimulai…

Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahwa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:

“Oh, jalannya terlalu sukar!! Mereka  TIDAK AKAN

sampai ke puncak.”

atau:

“Tidak ada kesempatan untuk berhasil…Menaranya terlalu tinggi…!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu…
… Kecuali mereka  yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi…dan semakin tinggi..

 

Penonton terus bersorak

“Terlalu sukar!!! Tak seorang pun akan berjaya!”

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah…
…Tapi ada  SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi…
Dia tak akan menyerah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali  satu katak kecil yang telah berusaha keras  menjadi  satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

 
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata…
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

 

Kata bijak dari cerita ini adalah:

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis…
 …kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu & menjauhkannya darimu.

Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada….Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu, tetaplah selalu…. POSITIVE!

Dan yang terpenting:

Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
                                       I can do this!

 

 

 

October 10, 2008 Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:. | , | 1 Comment

PAKU DI DINDING HATIMU

PAKU di DINDING HATImu___________________________________________________________________________

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak
37 batang paku pada tembok batu tersebut.  Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. 

 

 

 

 

 

October 10, 2008 Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:., Chosen .:Karya Pilihan:. | , , | 1 Comment