Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

FAKTA “kentut”

 

Salam pembuka bicara, kali ni nak share info yang baru je dapat tadi..

Rasanya bila sebut je tentang kentut, semua orang pasti ‘familiar’…dan saya pasti semua ada pengalaman indah..

Malu ke?  Topik nie bunyinya macam tak bez tapi saya terpanggil nak share jugak hal nie memandangkan kentut nie juga merupakan antara nikmat Allah yang memang patut kita bersyukur..

 

uih, huhuhu…ingat tak sakit ke bila perut nie memulas tak kuar angin?  sikap hari bulan, bermalam dalam bilik air ler jawabnya.

 

Jom kita teliti  info yang saya dapat dari http://comelnya.com/ibu-dan-anak/fakta-kentut

 

Kenapa kita kentut?

 

Kentut merupakan fenomena semulajadi yang berlaku pada manusia. Berbohonglah sesiapa yang mengaku tidak pernah kentut. Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan.

Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.

uiks, lelaki lebih kuat kentut?? !! &%$

Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.

Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:

  • Makanan
  • Udara yang disedut
  • Jenis bakteria dalam usus
  • Tempoh masa kentut ditahan keluar

Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen

Kenapa kentut berbau?

Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.

Kenapa kentut berbunyi?

Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kuantiti gas yang akan keluar. 🙂

sapa nie kentut? busuknya

June 9, 2009 Posted by | Gain Knowledge .: Health:. | , | 2 Comments

HOW SMART IS YOUR RIGHT FOOT?

You  have to try this please, it takes 2 seconds. I could not believe  this!!!  It is from an orthopedic surgeon….. ……. This will  boggle your mind and will keep you trying over and over again to  see if you can outsmart your foot, but, you can’t.  It’s  pre-programmed in your brain!

     1.  Without anyone watching you (they will think you are  GOOFY……)  and  while sitting at your desk in front of your computer, lift your right  foot off the floor and make clockwise  circles.

    
2.  Now, while doing this, draw the number ‘6’ in the air with your right  hand. Your foot will change direction.

    I  told you so!!! And there’s nothing you can do about it! You and  I both know how stupid it is, but before the day is done you are  going to try it again, if you’ve not already done so.

😉

May 25, 2009 Posted by | Gain Knowledge .: Health:., Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | | 1 Comment

PenCUNGKIL gigi

   PENCUNGKIL

GIGI

 

 

Apa itu?

Kenal atau tidak?

Pernah guna?

 

 

Kebiasaannya pencungkil gigi diperlukan bila selesai menjamu selera…

Ia juga dipanggil sebagai tusuk gigi. Fungsinya ialah untuk membersihkan cebisan makanan yang terlekat di antara gigi kita. Ia berperanan sama seperti benang flos. Bezanya ia dibuat daripada bahan kayu atau plastik.

 

Jom kita imbas sedikit tentang sejarah Pencungkil GIGI…

 

Sudah lama diperkenalkan kepada masyarakat awam.

Ia mula digunakan 200 atau 300 tahun yang laIu.

Dalam beberapa kebudayaan kuno prasejarah, pemberian cungkil gigi mempunyai erti yang amat tinggi nilainya. Ia menggambarkan kasih sayang si pemberi kepada si penerima.

Pencungkil gigi dalam masyarakat di zaman lain itu juga boleh merupakan sebahagian daripada “mas kahwin” untuk menikah.  

 

Dalam kebudayaan kaum Romania dan Greek pula, pencungkil gigi menunjukkan darjat dan kedudukan si pengguna. Lebih tinggi kedudukan seseorang, lebih biasalah ia akan menggunakan pencungkil gigi ini. Pencungkil gigi juga tidak dibuat daripada kayu sahaja tetapi boleh juga daripada belalai gajah ataupun logam mahal.

Pencungkil gigi juga pernah dihubungkaitkan dengan kepercayaan agama. Agama Hebrew menggalakkan penganutnya menggunakan pencungkil gigi pada majlis makan hari rayanya. Agama Hindu pula menganggap menggunakan pencungkil gigi daripada dahan sejenis pokok buah “fig” untuk membersihkaan gigi adalah amalan yang terpuji.

 

Sementara itu, Nabi Muhammad s.w.t. sendiri dikatakan oleh para sahabatnya pernah membuat permintaan terakhir untuk diberikan sebatang cungkil gigi sebelum beliau kembali ke rahmatullah.

Kemasyhuran pencungkil gigi juga banyak dikaitkan dengan dunia kesusasteraan. Penyair terkenal di negara Persia, Omar Khayyam, sebelum meninggal dunia melakukan tiga perkara penting. Salah satu ialah membersihkan mulutnya dengan cungkil gigi sebelum menghembuskan nafasnya.

 

SEKARANG

 

Di zaman moden ini, pencungkil gigi selalu disediakan di restoran makan. Ia dibuat daripada kayu dan boleh berbentuk leper macam papan atau bulat. Ia mesti digunakan dengan betul jika tidak, boleh mengakibatkan gusi yang terdapat di antara dua gigi tertekan ke bawah sehingga membentuk lubang.

Ini lebih berbahaya kerana lebih banyak dan lama cebisan makanan tertinggal di situ menyebabkan ia akan menjadi tumpukan bahan makanan bakteria mulut yang banyak. (food impaction)
Ini akan menyebabkan asid lebih banyak terbentuk
à akibatnya gigi lebih cepat reput.

 

 

Nasihat doktor, jika ingin menggunakan pencungkil gigi….

 

1)     Pilih saiz dan bentuk yang bersesuaian, jangan sampai terluka gusi

2)      Guna cara yang betul..

3)     Jika tidak begitu pandai menggunakannya, gunalah pencungkil gigi yang berbentuk berus gigi segi tiga kecil yang dibuat daripada bahan nilon. Berus kecil ini lebih terkawal. Ia tidak hanya membersihkan celah-celah gigi tetapi juga mengurut gusi anda

 

 

Sumber: http://www.mda.org.my/07_public.htm

 

 

p/s : lebih baik gunakan flos daripada pencungkil gigi…

 

 

 

April 14, 2009 Posted by | Gain Knowledge .: Health:., My Story .:DenTisT:. | , , | 2 Comments

Yang Mana Satu??

Dulu dengan sekarang banyak bezanya…

..khir-akhir ini, pilihan ubat gigi TERLALU banyak yang berada ..  Pendek kata semuanya mempunyai ‘keistimewaan’  tersendiri sampaikan tak tahu nak memilih yang mana terbaik.. 

Umumnya, sudah tentu kita akan mencari yang terbaik agar memperolehi manfaat yang terbaik..ye tak?

Dahulu, Rasulullah S.A.W bersugi untuk membersihkan gigi..  Zaman sekarang nie, macam-macam brand ada..macam-macam ‘style’ berus gigi.. 

Kadang-kadang ada sesetengah pesakit bertanyakan tentang pemilihan ubat gigi dengan berus gigi

Susah saya nak menjawabnya sebab masing-masing mempunyai citarasa sendiri..ada yang suka rasa madu, pudina, oren dll.. “macam-macam ada”

 

Jadi, di sini saya sertakan sedikit tips untuk membuat pilihan..

1) Produk itu halal pembuatannya dan kandungannya…. (PALING penting tu!)

2) Belilah ubat gigi berflourida (biasanya ubat gigi mempunyai kandungan flourida dengan kepekatan tertentu), berbeza antara budak dan orang dewasa..

3) Check betul-betul..”Manufactured Date” dengan “Expired Date” … (takkan nak guna produk yang dah expired???)

4) Baca kegunaan ubat gigi yang disyorkan oleh pengedar..  Ada sesetengah brand mempunyai pelbagai jenis ubat gigi tetapi setiap jenis itu mempunyai fungsi berbeza..  Jika anda mempunyai masalah sensitif pada gigi, seeloknya guna ubat gigi yang bersesuaian untuk itu..

 

🙂 🙂 🙂

Semoga dengan tips yang sedikit dapat membantu anda  yang mengalami dilema memilih ubat gigi idaman hati ..

March 24, 2009 Posted by | FAQ, Gain Knowledge .: Health:., My Story .:DenTisT:. | , , , | 1 Comment

TREAT b4 it’s too LATE!

Rawat Sebelum terlambat!

Minggu ini, rasa bersemangat ingin berkongsi cerita dengan semua..setelah sekian lama saya berdiam seketika menulis blog =)

 

Kisah yang nak saya kongsikan dengan semua ini bukanlah kisah sehebat gossip panas tentang artis, bukan juga tentang isu politik, bukan tentang sukan..sekadar cerita tentang sahabat baik saya.. [sapa tu]

 

Macam kata peribahasa Melayu, jangan disangka air yang tenang tiada buaya….macam itu jua ingin saya beritahu kepada semua…jangan disangka tunggul gigi yang kecil tak mampu membawa musibah..

 bengkak

KENAPA??

kenapa perlu risau…….

APA HEBATNYA TUNGGUL GIGI tu SAMPAI BOLEH MEMBAWA MUSIBAH?

alaaa, kecik je tunggul gigi tu..dah la tak sakit pun…napa perlu cabut kalau tak sakit

 

 

TIPS [bila perlu risau dan dapatkan rawatan SEGERA]:

1) Perhatikan keadaan kawasan yang bengkak

    Bengkak tu makin membesar + merah permukaan kulit serta  

    panas + sakit jika disentuh

 

2) Demam…Petanda perlu makan ubat antibiotik

 

3) Susah buka mulut (tak seluas dulu-dulu) + Selera makan mula

    berkurang.. Petanda perlu dimasukkan hospital

 

4) Mula rasa sesak nafas à terutama bengkak di kawasan rahang

     bawah  Perlu datang segera klinik gigi/kecemasan hospital

 

Kenapa doktor risau sangat nie??

à kerana bengkak yang berada ‘stage’ macam nie boleh membawa MAUT!

 

March 13, 2009 Posted by | Gain Knowledge .: Health:., My Story .:DenTisT:. | , , | 1 Comment

Kenapa JARANG datang klinik GIGI

Kenapa JARANG datang klinik GIGI  

 

Sebagai doktor gigi, saya memang mengesyorkan semua sahabat handai, rakan-rakan serta pembaca-pembaca blog saya nie untuk melakukan pemeriksaan gigi ‘at least 2 kali setahun’..

Gerun!

 

Tapi yang sedihnya,… ramai pesakit yang datang bila ‘terpaksa’

 

Antara alasan pesakit jarang datang klinik gigi…

 

1)     Tiada masalah a.ka. Tak sakit… takde bengkak.. jadi napa nak datang..

 

2)   Ehm, tak sempat datang check up.. Bz !

 

3)    Malas, nak kena tunggu lama.. Ramai sangat orang..

 

4)   Isk, fobia & takut jumpa doktor gigi.. nanti tak pasal-pasal kena cabut gigi lak

 

5)    Tak Kisah Sangat … Takpe, nanti jelah datang check, bukannya penting sangat.  Boleh guna lagi gigi nie

 

6)   Malu?? Tak macho la datang klinik gigi, nanti nampak sangat macam tak pandai jaga gigi..

 

7)    ……….dll…….

 

p/s : Pendek kata, ada 1001 alasan

 

 

HENTIKAN memberi alasan…

Mencegah lebih baik daripada Merawat!

Datang Sebelum Terlewat… 😉

March 12, 2009 Posted by | Gain Knowledge .: Health:., My Story .:DenTisT:. | , , | Leave a comment

AMARAN : ubat sumber daripada babi

 

Salam Ukhuwah,

Seketika tadi, membaca email forward daripada sahabat2, ku terbaca satu email yang cukup penting untuk dikongsikan bersama sahabat yang lain. 

Sebagai seorang doktor gigi, saya agak ‘familiar’ dengan nama-nama ubat yang dinyatakan di bawah terutamanya ubat untuk ulser mulut.  Fakta yang di’forward’kan nie daripada sumber yang boleh dipercayai jadi saya nak share dengan semua. 

Semoga kita semua dapat berhati-hati dalam apa jua bahan makan minum yang kita ambil. 

wallahu’alam.

#############################################

UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA

Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


No. Nama ubat/Kegunaan/ Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma

3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh  kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut..

Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi
Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia
03-79573611 samb. 223

 

November 14, 2008 Posted by | Gain Knowledge .: Health:. | , | 1 Comment

anak bOngsu

 

Anak Bongsu Gigi

 

Hari ini, biarku ceritakan tentang anak bongsu gigi…..

Alkisahnya, gigi bongsu nie lahir tika usia 18 sehingga 27 tahun, tidak menentu, tidak sama antara aku dan kau.  Namun bukan kepelikkan jika ada antara kita tiada gigi bongsu sejak azali kerana itu sudah suratanNya. 

Posisinya tidak menentu, ada yang senget, ada yang lurus menegak, ada juga melintang.  Penantian menunggu ia keluar sepenuhnya memakan masa yang lama, barangkali 2 tahun lamanya..

Sungguh menderitakan jika hadirnya hanya membawa kesengsaraan dari kegembiraan..

 

Lantas, apa yang harus ku lakukan untuk anak bongsu gigi ini?

(1) Biarkan ia

Jika ia mampu keluar dalam posisi yang menegak seperti adik-beradik yang lain, bagi peluang utk ia keluar

(2) Buangkan…

Jika ia menyebabkan masalah…bengkak gusi berulang kali, sakit, makanan terlekat…maka , membuangnya adalah langkah terbaik

 

………………

think wisely

………………

 

 

October 25, 2008 Posted by | Gain Knowledge .: Health:., My Story .:DenTisT:. | , , , | 3 Comments

::SmILe::SenYuM::

 SENYUMAN

 

 

 

 

 

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

 

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.  Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’.

 

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.  Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

. Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru itu, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

 

 

Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Dalam kajian di atas, 2 kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
 
8.  Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
 

 

 

10.  Senyuman juga mampu

 

11.  Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 % orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  
14.  Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA 
  
 

 

 

 

merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

7.  Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik.

 

 

 

 

 

 

October 22, 2008 Posted by | Gain Knowledge .: Health:., Guide .:Resepi@Petua:. | , , , , | 1 Comment

meh Nak kongsi [rahSia] cam mana nak BERUS [gigi]

Tips Pembersihan GG

SiLa Klik Di sInI…….brushupposter

 

Salam…..

Masuk blog dentist tapi sikit sgt info ttg gigi… ahaks, minta maaf ye…tak sempat nak menulis dan berkarya ttg gigi almaklumlah bila ari2 duk terhendap-hendap intai dalam mulut orang, memang dah jadi tepu otak nie untuk tulis coretan ttg gigi….

Gigi….penting !!

Time senyum, kalu takde gigi depan, alamak…..boleh jatuh saham

Time makan, kalu takde gigi geraham, alamak…..susah tul nak kunyah makanan biar jadi kecik, lumat

Time gigit, kalu takde gigi kapak, alamak…..susahnya nak buka kulit kacang

Time marah, kalu takde gigi depan sbg phalang….boleh tersembur air liur….kuikuikui..

 

pendek kata…..penting sungguh gigi..

meh kita sama2 pakat2 jaga kebersihan gigi dari peringkat skg, moga2 sampai dalam kubur pun, rangka kita masih mampu tersenyum dgn adanya gigi =)

kali ni saya bagi tips2 pemberusan gigi

kalu tak faham,bolehla tanya, insyaAllah saya jawab…

wslm

October 9, 2008 Posted by | Gain Knowledge .: Health:., My Story .:DenTisT:. | , , | 17 Comments