Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

MANISnya PerCINTAan berULAMkan PerGADUHan

MANISnya PerCINTAan berULAMkan PerGADUHan ……..

 

“Kalau tak gaduh, memang tak sah”…..Betul ke tuuu??

Lalu , upin dan ipin pasti menjawab, “betul, betul, betul”. 

Bergaduh memang merupakan satu rutin harian/mingguan yang boleh berlaku secara seketika, sementara, sekejap ataupun lama tak kira antara kita dengan siapa pun terutamanya, dengan musuh/saingan..tapi, tak jugak. Bukankah makin ‘rapat’ kita dengan seseorang itu, makin mudah untuk kita bergaduh….  Ibubapa? Adik-beradik? Kawan rapat?..dan yang paling pasti, dengan suami/isteri….

I told Mr W (my husband) ,” If we fight or quarrel, please do not make it turn as a big fight…and please pujuk your wife before midnight so that your wife can sleep well, dreaming and thinking about her loving husband“

Persoalannya, Siapa suka bergaduh? Saya tak suka dengan pergaduhan, kacau bilau jiwa dibuatnya.

Seringkali kita mendengar isu antara si lelaki dengan si perempuan.  Dua individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian yang berbeza namun, dengan izin dan takdir Allah Yang Maha Pengasih, si lelaki dan si perempuan yang selalu bertengkar itu dijadikan satu pasangan, membina masjid dan seterusnya memegang amanah serta tangungjawab dalam rumahtangga… 

Sebuah percintaan yang sah disisi Islam merupakan,ikatan “perkahwinan” yang sememangnya tersirat dengan pelbagai ganjaran pahala. 

Siapa sangka, insan yang sentiasa membuatkan kita rasa marah dan sakit hati bakal menjadi seseorang yang teristimewa dalam hidup..Siapa dapat menduga, lelaki/perempuan yang paling kita rasa sesuai dan serasi, bakal memberi seribu masalah dikemudian hari. 

JANGAN kamu menyayangi seseorang secara berlebihan kerana barangkali kamu akan membencinya dikemudian hari nanti….”

Ianya suatu yang normal apabila kebanyakan antara kita mempunyai senarai tentang ciri-ciri pasangan idaman ataupun paling senang saya katakan, masing-masing memang ada ‘checklist’ pasangan idaman yang tersendiri.  Tak percaya?..cuba tanya diri sendiri… 

Contoh:-

Si lelaki mahukan pasangan seperti  “Miss USA”. Ber versatile, bukannya gadis kekampungan …Si perempuan pula biasanya mahukan pasangan gaya ala saterawan ala-ala romantika gitu, gagah perkasa tak pun ala-ala macho. 

Secara keseluruhan, apabila ada 1001 orang manusia maka akan ada 1001 “ciri pasangan ideal”.  Tapi, realitinya “NOBODY IS PERFECT”

Dalam sebuah perhubungan, kita tak sedar yang kita cuba membentuk pasangan pilihan kita menjadi acuan seperti dalam ‘checklist’ pasangan idaman yang diharapkan.  Oleh itu, kita menjadi kecewa dan sedih apabila ianya tak seperti yang diharapkan …

JADI, untuk elakkan daripada terkecewa dan terus bersedih…HENTIKAN mengubah tapi lebih seronok jika kita dapat BERLATIH menerima setiap kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangan dengan hati yang redha. LEARN TO BE GIVE & TAKE…

Yupp, Loving someone is like  a GAMBLING!!!  You can be addicted with it, also it can be annoying but then, still you can not stop it

Bila nak membeli barang, kita pastinya mencari barang yang mempunyai ‘brand’ yang ada jaminan a.k.a warranty.  Macam itu jugalah dalam sebuah perhubungan dalam perkahwinan ini.  Kita sentiasa mahukan ‘jaminan’ untuk bahgia bersama pasangan kita tapi ada jaminan ke bahawa hatinya 100% akan selamanya untuk kita?..Ada jaminan ke yang hati kita sendiri 100% selamanya untuk dia?

MINTA PERHATIAN, ada sapa-sapa boleh bagi jaminan untuk itu?

Jika ada pasangan yang bertanya, jawablah… “insyaAllah”…

Sememangnya tiada pasangan yang mampu memberi jaminan 100% tapi, kita boleh cuba menuju kearah tersebut dengan berlandaskan paksi agama untuk capai kerukunan dalam ikatan sebuah perkahwinan yang diberkati Allah dunia dan akhirat. 

I told Mr. W (my husband) that I want to be his angel in the heaven…   then he said to me that “ You are my angel dear, your are my angel from now on and until in the heaven…insyaAllah”

Apabila bercinta, semuanya manis dan indah…Apabila bergaduh, semua yang manis akan menjadi pahit, kelat, masin TETAPI, apabila makanan itu bernama cinta, lauk pauknya pasti ada yang bernama gaduh…

Maka dengan ini, SAH bahawa percintaan yang manis pastinya berulamkan pergaduhan..

 

Note for my husband:

 Dear Mr. W, thank you for your patience for these 33 days.. I really hope that we can be happily and cherish our times together until the end of our lives..Aminn..

 

Advertisements

June 4, 2010 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:., My Story .:DenTisT:. | , , | 1 Comment

TIPS untuk diri yang STRES

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1.     Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2.     Perbanyakkan membaca Al-Qur’an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3.     Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4.     Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5.     Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6.     Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7.     Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakansalah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8.     Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9.     Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10. Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

p/s: makin stres, makin cepat nampak tua… ahaks

January 30, 2010 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:. | , | 1 Comment

Emergency Call

……

Dulu-dulu di malam ONCALL

Isk, aku oncall la hujung  minggu nie…Tak boleh silent tepon, nak kena bagi ringtone paling kuat.  Bunyi telefon paling ganas dikhaskan untuk  panggilan masuk daripada ‘A & E’.. supaya cepat tersedar diwaktu malam.

Sebelum tidur, nak kena baca doa lu….

Ya Allah, tolonglah selamatkan semua rakyat di daerah naungan di sini, Jangan libantkan mereka dengan kecelakaan terutamanya pada bahagian muka.  Damailah, tenangkan suasana hunjung minggu ni… Moga aku tidur lena… Ameen..

Tika dilamun mimpi, tetiba teponku kuarkan  ‘tone khas’… Macam terkena panahan petir, terus ku bangkit dan meluru ke hospital..Waktu tu, tak kira dah dengan air liur basi ke, tahi mata melekat ke, muka tak bermekap ke (tapi aku mang bukan jenis bermekap pun.. (mmmuah ha ha..) Yang pastinya hanya Allah yang tahu betapa mengantuknya mata ini apabila perlu bertapa di kawasan kecemasan hospital pada ‘waktu tidoku’..

Arghhhh…. jelesnya aku kat yang lain duk tido lena tu

Emergency call memang khas untuk mereka yang betul-betul ada emergency problem..Percaya tak, kat kecemasan hospital pun ada kes yang sememangnya tak totally cemas!  Doktor gigi yang oncall biasanya datang kat tempat kecemasan hospital hanya bila ada kes.  Bayangkan, jika kes pada malam yang nak akan jadi pagi hanya setakat ‘sakit gigi je’… alahai,

KiNI..

Terasa sudah lama saya tidak melakukan tugasan ‘oncall.. Tiada lagi kedengaran bunyi ambulan, suasana hiruk pikuk di hospital serta raut wajah pesakit apabila bibir terkoyaknya dijahit, takpun bila gigi yang patah itu terpaksa dicabut keluar!  ‘Tiada lagi gangguan ketika ku bermimpi’… and no more ‘special ringtone’ for hospital….

Tapi , sungguh …..saya merinduinya.  Rindukan suasana dan pengalaman yang cukup bermakna.  Saya suka tolong jahit bibir, gusi, pipi yang terkoyak tuu!

Talian hayat dengan polis, bomba, hospital wajib diingat.  SEMUA PERLU TAHU, tak kira yang kecil sampai yang tua nyanyuk…Penting sebab kita tak tahu pada masa bila maktu kecemasan akan berlaku dan semuanya boleh jadi ‘unpredictable’ dan ‘suddently’ ….juz like that

Itu untuk panggilan kecemasan dunia yang nyata nie….. tapi macam mana pula dengan panggilan kecemasan untuk akhirat?.. 🙂

Just keep doing it ..  call 24434 ..InsyaAllah, Allah will help you along the way!

     

p/s : i love this post, plz read it.  Hope it will melt in our heart http://keretamayat.blogspot.com/2009/09/sms-kepada-allah.html

 

October 28, 2009 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:., My Story .:DenTisT:., Tazkirah .:Read and Think:. | , , | 1 Comment

arghhh….tertekan perasaanku

…..Seringkali terdengar hembusan nafas yang kuat dibalik kesunyian… Ku menghela nafas sepanjang-panjangnya seolah-olah ianya dapat membuang semua kegusaran yang berbalut dihati disaat ini.  Arghhhhhhhh, aku stres beb, aku tension, nak meletup kepala gua pikir masalah-masalah…aku bengang daaa, aku blur giler,  what should i do?, apa nie…apa nie….kepala pusing2…ARGHHHHHHHH

stres

Tiap-tiap hari masalah muncul dalam hidupku, tak diminta, tak dipinta ….tapi ianya tak terusir jua.  Puasku memohon, menangis, merintih tapi hatiku tak sepi daripada ujian-ujian..****

***********************************************************************

Itu antara sketsa yang berlaku dalam kehidupan..Kita TAK KAN terlepas daripada masalah.  Agak-agak, boleh tak letak signboard ” NO ENTRY- TROBLE “… muah ha ha,…. but life is not easy like that..Ujian itu tarbiyyah Allah buat kita sebagai khalifahNya dimuka bumi ini..

BAGAIMANA nak BERDEPAN dan MENANGANI MASALAh2 ??

JOM KITA BOIKOT ” stres “  Bagaimana nak buat tu? 

Macam-macam orang, macam-macam ragamnya.. Ye tak?  Memandangkan kita tak boleh elak daripada masalah yang membuatkan kita stres, jadi kita kena belajar kurangkan stres..  Tak kisah cara apa pun, asalkan dapat kurangkan stres, kira ok lah… 

ANDA BOLEH CUBA kurangkan rasa stres dengan cara yang mudah, free of charge.  Antaranya,

ZZZzzz    tidur , tengok TV , main game komputer ataupun Playstation, menggeliat (bukan mendengus @ mengeluh tau!), nyanyi puas-puas, cuci mata dengan pemandangan yang ada banyak warna hijau, ketawa tanpa sebab (sekurang-kurangnya dapat hiburkan hati …tak kisahlah kalu jadi hipokrit pun sekali sekala), chating dengan kawan-kawan, pergi shoping (window shoping ke atau beli-belah sakan ke, tak kisah ler), blogging?? (muah ha ha…), larian marathon ( kalu mampu)..tak pun buat je regangan pada badan….

Apa lagi eK??

 Haa, ini pula cara yang paling ‘afdal’……baguih kalau boleh amalkan.. 🙂

buat senaman melalui cara perbanyakkan solat dhuha dan solat hajat, baca selawat daripada duk nyanyi lagu-lagu jiwang, baca al-quran takpun dengar je orang baca al-quran, bersedekah, ambil wuduk, berkumpul dengan orang soleh sambil melepak kat surau takpun masjid, shoping beli buku agama

Apa lagi ek??

Pendek kata, boleh dikatakan ada lebih 1001 teknik tapi kita pilihla mana yang paling bersesuaian…..Tepuk dada, tanyalah iman..     hari ni nak buat teknik apa ye…hmmmm

 

 

 

 

August 5, 2009 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:., My Story .:DenTisT:. | | 2 Comments

think it!

cinta Allah

July 16, 2009 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:., Tazkirah .:Read and Think:. | | Leave a comment

aku & keretaku

 

Kali ni, saya tak nak cakap tentang gigi tapi nak berkongsi dengan sahabat tentang kereta.  Bukannya saya pakar tentang kereta tapi apa yang nak dikatakan adalah tentang pengalaman sendiri.  🙂

Kereta merupakan keperluan.. betul tak??!

I am sure zaman sekarang ramai yang pakai kereta..Ada juga yang pakai kereta macam baju, asyik2 bertukar aje.  Ada juga yang selalu modify dari gaya proton ubah menjadi cam evo.. memang kreatif sungguh.  Kadang-kadang ada antara kita tahap sayangkan kereta macam ‘buah hati’…tak boleh terguris sikit pun..

Banyak orang, banyak ragamnya…ada yang sanggup habiskan duit untuk buat macam2 untuk kepuasan hati demi kereta tercinta.  Tapi bukan saya kot.. Saya cuma pandai pakai je..hehehehe

4 tahun yang lalu saya bersemangat nak beli kereta yang comel+cute….tapi memandangkan parents saya tahu saya masih tak pandai bawa kereta dengan jayanya, jadi nak tak nak kenalah beli keta 2nd hand. huhuhu, sedihnya tapi ada bagusnya juga. 

4 tahun saya bawa kereta ni ulang alik dari KB ke KT, pengalaman memang terlalu banyak. 

Accident adalah dalam 3 kali..tu semua dilanggar orang bukannya melanggar…geram sungguh

Terguris…hehehehe, yang nie akibat diri sendiri yang cuai pun ada..tapi ada juga kereta halimunan mana ntah yang guris

Kemek…tetiba je terperasan kemek, natah sapa punya angkara

Temperature naik!!  🙂 banyak kali jadi cam nie..

Tayar takde angin..nasib baik tak terbabas kat tgh jalan

…….

Pendek kata, memang ‘banyak ‘sungguh cerita antara saya dengan kereta..tapi betul la dengan kata-kata “ni lah perempuan, pandai guna je kereta tapi tak pandai jaga”. 

 😉 saya setuju sebab in my mind, asalkan saya hantar kereta untuk servis pada masanya, ingatkan takdela masalah.. tapi malang mana nak berbau..  banyak kali kereta buat hal ‘tetiba’, unexpected… 

So, to all my friends….tak perlu jadi expert tapi ‘at least’ cubalah ambil tahu kemungkinan punca bila masalah berlaku…  Now, i know the reason why temperature kereta naik.. 🙂

 

July 9, 2009 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:., My Story .:DenTisT:. | , | 6 Comments

kadang-kadang..

kadang2 kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan datang,
kadang2 kita minta ketenangan, tapi banyak pula masalah yang timbul,
kadang2 kita minta kebahagiaan, tapi jadi pula huru hara.
                                dugaan menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir,
huru hara menjadikan kita tabah.

“Hebatkan Allah!” semuanya yang berlaku ada hikmahnya.

 

kalaulah manusia tahu hadis ini:
‘Telah berkata Jibril; Wahai Tuhan, Engkau tunaikanlah hajat hambaMu.’    Maka Allah menjawab:’Biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya’.
-Anas bin Malik-

berdoa2_thumbnail

July 6, 2009 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:. | , , | Leave a comment

BILA TERLUKA….

 

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama. Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai. Itulah kenyataan, lumrah alam.
Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak.
Mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi!
Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..
Begitulah juga kehidupan ini..

May 20, 2009 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:. | | 1 Comment

Kenali Personaliti Diri Sendiri..

Salam Muhibbah buat semua….

Agaknyalah, dalam tempoh hampir sedekad kita di atas bumi Allah ini, adakah kita kenal siapa diri kita?  Rasanya semua tahu dan kenal diri sendiri…tapi adakah kita mengetahui identiti sebenar, personaliti dalam diri kita?  Lumrah alam, kita tak dapat nak nilai diri sendiri.  Bahkan ada yang mengatakan, nilailah diri sendiri berdasarkan kaca mata mereka yang rapat dengan kita… tapi sanggup kah anda mendengar kritikan daripada orang yang rapat? ..hmm,

Kali nie saya sekadar ingin berkongsi sedikit info tentang personaliti diri…

Pernahkah anda dengar personaliti jenis A dan B?

Mungkin ada yang ‘pernah’, mungkin juga sebaliknya.. 

Ini antara pautan bagi mereka yang berminat untuk megetahui ‘yang mana satu personaliti anda’

http://www.teachersrock.net/personaliti.htm

http://discoveryhealth.queendom.com/type_a_personality_access.html

 

Bersama ini saya tunjukkan keputusan yang saya perolehi bagi ujian personaliti dilaman web ‘discovery health’..  (hmm, it’s seems nearly correct)

 

About Type A and Type B Personality

According to scientific literature, Type A behavior is characterized by an intense and sustained drive to achieve goals and an eagerness to compete. Personalities categorized as Type A tend to have a persistent desire for external recognition and advancement. They are involved in various functions that bring about time restrictions. Such personalities have a tendency to speed up mental and physical tasks with extraordinary mental and physical alertness. These characteristics make for super-achievers and high-powered people.

Type A individuals can get a lot done and have the potential to really move ahead in the world. But there is a high price to pay. Certain components of such a personality can inhibit happiness and even threaten health. For example, the goals that Type A folks set are often poorly defined and therefore hard to achieve—a perfect recipe for misery.

Type A is also characterized by a general discontentedness and the impulse to be overly critical and demanding, even contemptuous of imperfection, in the self and others. This focus on negative aspects and the accompanying bursts of hostility and impatience result in guilt, remorse and anxiety.

Type A personalities are motivated by external sources (instead of by inner motivation), such as material reward and appreciation from others. Type A folks experience a constant sense of opposition, wariness, and apprehension–they are always ready for battle. And anyone can imagine how this constant (and very exhausting) existence would deplete reserves of contentment and happiness and disrupt personal equilibrium.

Although the literature is somewhat inconsistent because of problems with the conceptualization and definition of Type A behavior pattern, it has been linked to higher risks of cardiovascular diseases. The risks seemed to be reduced with intervention aimed at reducing Type A behavior. Indeed, those with a high Type A score would be happier and healthier if they were to file down the jagged edges of their personality. By learning how to control the negative behavior patterns while preserving their drive, Type A people can be successful without sacrificing their emotional well-being.

Type B behavior is usually defined as the absence of Type A behavior. Type B personalities are relaxed and have a laid-back attitude and posture. They are friendly, accepting, patient, at ease, and generally content. They are at peace with themselves and others. They show a general sense of harmony with people, events, and life circumstances. They tend to be trusting. They focus on the positive aspects of things, people and events. Type B folks are self-encouraging, have inner motivation, are stable and have a pleasant mood. They are interested in others and accept trivial mistakes. They have an accepting attitude about trivial mistakes and a problem-solving attitude about major mistakes. They are flexible and good team members. The Type B person is able to lead and be led.

Results of Your Type A Personality Test

  Personality Type
Ruler
Your score = 64 Your score

What does your score mean?

You seem to be in the middle between the Type A and Type B personality. In this case, the middle ground is good. Your attitude to life is more of the “smell the roses” kind and you know how and when to relax. Nonetheless, you realize that picking up a challenge and competing a little bit for your place in the sun can add some spice to your life. The equilibrium is important, so don’t let your hostile, aggressive, and competitive alter ego take over too often. Generally, you are easy to be around, and people tend to feel relaxed and comfortable in your presence. Yours is a very healthy attitude towards life.

😉  😉  😉

SELAMAT MENCUBA !

 

March 30, 2009 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:. | , , | 2 Comments

PuTus Cinta?

PUTUS  CINTA??

 

Alamak, isu cinta nie perkara yang biasa sangat dibincangkan..  Nak tak nak, perkataan ‘cinta a.k.a love,’ merupakan salah satu ungkapan keramat terutama mereka yang dilamun cinta.. Ahaks 😉

 

Tapi apa jadi bila putus cinta?

 

Ada beberapa STYLE cam mana menghadapi putus cinta.. (agaknya la sebab ni pun hasil pemerhatian diri sendiri yang tak berpengalaman. Muah ha ha)

 

*      Menangis Menangis Menangis  Lagak cam diri sendiri aje yang sedih.

o       Standard, kni cara yang biasa dilakukan bila sedih… tapi biarlah berpada-pada…Alahai, sampai kering air mata tu dibuatnya, membazir tul

 

*      Tunjuk Macho Berpura-pura ‘ok’ tapi padahal tengah ‘sedih’..

o       Tapi ok ke cam nie? Sampai bila nak berpura-pura tue…

 

*      Boikot dia  Kumpul barang-barang ex bf/ ex gf, then buang ataupun koyakkan gambar  dan bakar ataupun pulangkan kat empunya badan.

o       Mungkin terjadi sebab rasa sakit hati melampau-lampau melebihi rasa kasih sayang serta cinta kepadanya sampai tak tertahan rasa nak marah..tapi isk, terubat ke hati dengan cara membenci si dia?

 

*      Bertindak dengan cara agresif Marah + Kutuk si dia, especially bila dia tu dah ada pengganti baru.  (Tak pun, kalu clash disebabkan insan ke3.)

o       nie la cara bila nak tunjuk ketidakpuasan hati secara terang-terangan kerana ditinggalkan.  Mang la marah kalau pasangan tak setia..tapi patut ke marah sampai gaduh sakan?

 

*      Korbankan diri Terima insan lain yang lebih menyayangi diri ini 

o       hipokrit?

 

*      Rileks je Buat tak tahu & cari yang baru

o       ni confirm bila empunya badan tak cinta sgt kat pasangan tu, sebab tu bila dah putus cinta, boleh recover cepat.  Isk isk isk

 

*      Bunuh diri

o       ni kalau tak cukup iman, mang ada je yang buat cam nie

*      Jangan duk buat cam nie, sayang ler kat nyawa tu… iks, isk

 

 

Pendek kata, masing-masing ada cara tersendiri untuk mengatasi masalah putus cinta.. tapi amat sedikit antara kita yang buat style cam nie,

 

ü    Senyum + Berlapang Dada + Redha

o       Terima ujian itu dengan hati yang redha

o       Barangkali dia tu bukan terbaik untuk kita.. ataupun, agaknya kita nie lebih terbaik daripada dia… ahaks, sebab tu Allah nak kasi yang lebih lebih lebih baik lagi untuk jadi pasangan kita.. 

o       SABAR ler

 

ü    Muhasabah diri sendiri

o       Check diri sendiri, mana silapnya..

o       Ntah2 ‘cara’ percintaan tu tak dilandaskan pada syarak Islam..

o       Mungkin pasangan tu membuatkan kita makin jauh daripada Allah dan Islam

 

ü    Bagi EXTRA cinta kepada yang patut

o       Siapa?…tak kan dah lupa kot

o       Pada Allah, rasul, …..islam islam

o       Pada sapa lagi…..tentu pada family especially mak ayah, adik beradik…

 

ü      Banyakkan beramal..amal…amal…

o       Semoga Allah mempermudahkan kekusutan dijiwa dan memberi petunjuk serta menambahkan rezeki, Ameen

 

 

 

 

Doa Usaha Iktiar Tawakal….

 

 

March 10, 2009 Posted by | Cerita .:Bed Time Stories:., Guide .:Resepi@Petua:. | , , | 2 Comments