Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

NOTA untuk pembaca blog yang bertanya

Assalamualaikum….

 

Alhamdulillah, masih lagi ada yang sudi membaca blog ini setelah sekian lama saya sepi…

Terima kasih jua buat mereka yang tak jemu bertanya soalan pada saya melalui blog ini. Namun ingin saya sampaikan salam kemaafan kerana masih ada banyak soalan yang diajukan yang tak terbalas sejak tahun lalu.

Kebanyakan soalan yang diajukan, kadang kala diluar kemampuan saya.. terutamanya tentang isu harga rawatan.

Buat makluman, saya masih tidak mempunyai klinik pergigian sendiri.  Maka, agak susah untuk saya membuat justifikasi mengenai isu harga rawatan diklinik swasta.

Alhamdulillah, saya baru sahaja habiskan pengajian dan teruskan kerja ditempat yang lama..masih lagi pengawal pergigian di klinik kerajaan…InsyaAllah, mungkin suatu ketika nanti ada rezeki, barulah membuka klinik persendirian sendiri. Seketika ini, berkhidmat dengan mengajar dan memberi rawatan setakat mana termampu

Maka, minta maaf sangat-sangat buat mereka yang bertanyakan soalan mengenai kos rawatan, tempat kerja/klinik saya… smua tu tiada jawapannya buat masa ini..InsyaAllah, mungkin di masa hadapan, akan ada jawapannya

Saya dapati, ada yang bertanya soalan pada saya dahulu tentang masalah gigi yang dihadapi tanpa merujuk kepada doktor gigi lain dahulu..Saya boleh memberikan pendapat berdasarkan tulisan masalah yang diceritakan, tetapi seeloknya dapatkan nasihat awal daripada doktor yang melihat sendiri kes anda..Seorang doktor klinikal lebih mudah memberi komen/mengulas masalah jika dapat melihatnya dengan mata sendiri..

Namun, tidak jua saya menghalang jika ada yang nak bertanya..mungkin ianya memakan masa …InsyaAllah, akan saya cuba bantu jelaskan apabila termampu.

 

Wassalam

 

 

Advertisements

October 31, 2011 Posted by | My Story .:DenTisT:. | Leave a comment

Aku, Kamu dan Dia

16hb Dis 2010

Tinta buat suami dalam penerbangan ke hk:

AKU, KAMU dan DIA

 

Kata hatiku,

Kucinta dan sayang padamu,

Kurindu bila jauh dari sisi mu,

Tak terlengkap bila terasing, terpisah biarpun seketika.

Kata imanku,

Cinta dan sayangku padamu kerana Dia,

Rinduku padamu pabila bergeloranya kerinduanku pada Dia Yang anugerahkan kamu pada ku,

Kehadiranmu melengkapkan diriku sepertimana Dia memadankan Adam dengan Hawa.

Kataku buat kamu,

Aduhai insan, suami yang diciptakan untukku

Aku isterimu, dari tulang rusukmu yang bengkok,

Biarku selalu dekat dihatimu,  

Lenturkanku dengan cara kehalusan bersendikan ketegasan,

Manjakanku dengan bait-bait kalimah cinta mendalami cinta padaNya,

Pimpinglah ku, didiklah aku

Kekerasanmu jangan sampaiku mudah menjadi patah

Kelembutanmu jangan sampaiku bertambah bengkok

Aku ini terpilih oleh Dia menjadi gandingan untuk kamu

Biarku menjadi suria dihatimu selagi hayat dikandung badan

Izinkanku menjadi yang solehah,

Bidadari syurga dunia dan akhirat

Hanya buatmu, suamiku

 InsyaAllah

 

December 17, 2010 Posted by | My Story .:DenTisT:. | , , | 3 Comments

Monolog Suka & Duka Kami

Suka & duka bersahabt baik….betul betul betul

“SUKA”:

12hb Okt

Anugerah, pemberianNya……sah ku hamil….Alhamdulillah…..

<Berita gembira buat kami>

 “DUKA”:

24hb Nov

Hari yang ditunggu-tunggu untuk pemeriksaan pertama kali di hospital untuk kandungan ku…

Minggu 11, itu yang sepatutnya usia fetus yang dijangkakan

Namun ku dikhabarkan dengan berita yang kandunganku ‘no heartbeat’…

Terasa dihempap batu, antara sedar dan tak sedar.

Debaran yang sememangnya telah kurasai sebelum ini makin terasa hebat getarannya….

Persoalan demi persoalan dibenak pemikiran….

Pilu hati menangisi kehilangan anugerah ilahi

Ku menyusuri langkah sendirian di sini, tanpa suami disisi….

Apa mungkin dapat ku lalui sendirian di sini?

Rapuh dan reput tak bermaya

Ku tersentak, terhenti dipersimpangan

namun Dia Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana menolongku

Lalu kumengatur langkah kembali ke arus realiti

Ini hakikat kepiluan diri ini

Walau ditangisi, diratapi

Ia telahpun terjadi serta ditentukan oleh Ilahi

Hadiah dariNya ini terlalu berharga

Namun belum sempat kubongkarkan melihat isi, ia telah hilang dari pandangan

Tetap dihatiku,

Rasa syukur dan redha

 

Ada manis, ada tawarnya

Ada suka, ada dukanya

Ada pertemuan, adalah perpisahan

Kata suamiku: “ingatlah, setiap dugaan ada hikmahnya..kita bukanlah orang yang pertama yang diuji sebegini” 

Teringat ayat arwah abahku….. ‘this is not the end of the world’ 

Akhirnya ku nekad dan yakin…itu yang pasti dan tiada lagi kata dua…

Nantikan kepulanganku kerana ubat jiwa ragaku berada disana……..ku perlukannya di saat ini…

ya Allah, bagilah kemudahan, bagilah kelancaran…..bagilah jua ku ketabahan menyusuri kesuraman yang ku pasti ianya akan berganti dengan kecerahan dihujung waktu sukar ini…aminnn yaa rabbal ‘alamin

December 17, 2010 Posted by | My Story .:DenTisT:. | | 4 Comments

MANISnya PerCINTAan berULAMkan PerGADUHan

MANISnya PerCINTAan berULAMkan PerGADUHan ……..

 

“Kalau tak gaduh, memang tak sah”…..Betul ke tuuu??

Lalu , upin dan ipin pasti menjawab, “betul, betul, betul”. 

Bergaduh memang merupakan satu rutin harian/mingguan yang boleh berlaku secara seketika, sementara, sekejap ataupun lama tak kira antara kita dengan siapa pun terutamanya, dengan musuh/saingan..tapi, tak jugak. Bukankah makin ‘rapat’ kita dengan seseorang itu, makin mudah untuk kita bergaduh….  Ibubapa? Adik-beradik? Kawan rapat?..dan yang paling pasti, dengan suami/isteri….

I told Mr W (my husband) ,” If we fight or quarrel, please do not make it turn as a big fight…and please pujuk your wife before midnight so that your wife can sleep well, dreaming and thinking about her loving husband“

Persoalannya, Siapa suka bergaduh? Saya tak suka dengan pergaduhan, kacau bilau jiwa dibuatnya.

Seringkali kita mendengar isu antara si lelaki dengan si perempuan.  Dua individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian yang berbeza namun, dengan izin dan takdir Allah Yang Maha Pengasih, si lelaki dan si perempuan yang selalu bertengkar itu dijadikan satu pasangan, membina masjid dan seterusnya memegang amanah serta tangungjawab dalam rumahtangga… 

Sebuah percintaan yang sah disisi Islam merupakan,ikatan “perkahwinan” yang sememangnya tersirat dengan pelbagai ganjaran pahala. 

Siapa sangka, insan yang sentiasa membuatkan kita rasa marah dan sakit hati bakal menjadi seseorang yang teristimewa dalam hidup..Siapa dapat menduga, lelaki/perempuan yang paling kita rasa sesuai dan serasi, bakal memberi seribu masalah dikemudian hari. 

JANGAN kamu menyayangi seseorang secara berlebihan kerana barangkali kamu akan membencinya dikemudian hari nanti….”

Ianya suatu yang normal apabila kebanyakan antara kita mempunyai senarai tentang ciri-ciri pasangan idaman ataupun paling senang saya katakan, masing-masing memang ada ‘checklist’ pasangan idaman yang tersendiri.  Tak percaya?..cuba tanya diri sendiri… 

Contoh:-

Si lelaki mahukan pasangan seperti  “Miss USA”. Ber versatile, bukannya gadis kekampungan …Si perempuan pula biasanya mahukan pasangan gaya ala saterawan ala-ala romantika gitu, gagah perkasa tak pun ala-ala macho. 

Secara keseluruhan, apabila ada 1001 orang manusia maka akan ada 1001 “ciri pasangan ideal”.  Tapi, realitinya “NOBODY IS PERFECT”

Dalam sebuah perhubungan, kita tak sedar yang kita cuba membentuk pasangan pilihan kita menjadi acuan seperti dalam ‘checklist’ pasangan idaman yang diharapkan.  Oleh itu, kita menjadi kecewa dan sedih apabila ianya tak seperti yang diharapkan …

JADI, untuk elakkan daripada terkecewa dan terus bersedih…HENTIKAN mengubah tapi lebih seronok jika kita dapat BERLATIH menerima setiap kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangan dengan hati yang redha. LEARN TO BE GIVE & TAKE…

Yupp, Loving someone is like  a GAMBLING!!!  You can be addicted with it, also it can be annoying but then, still you can not stop it

Bila nak membeli barang, kita pastinya mencari barang yang mempunyai ‘brand’ yang ada jaminan a.k.a warranty.  Macam itu jugalah dalam sebuah perhubungan dalam perkahwinan ini.  Kita sentiasa mahukan ‘jaminan’ untuk bahgia bersama pasangan kita tapi ada jaminan ke bahawa hatinya 100% akan selamanya untuk kita?..Ada jaminan ke yang hati kita sendiri 100% selamanya untuk dia?

MINTA PERHATIAN, ada sapa-sapa boleh bagi jaminan untuk itu?

Jika ada pasangan yang bertanya, jawablah… “insyaAllah”…

Sememangnya tiada pasangan yang mampu memberi jaminan 100% tapi, kita boleh cuba menuju kearah tersebut dengan berlandaskan paksi agama untuk capai kerukunan dalam ikatan sebuah perkahwinan yang diberkati Allah dunia dan akhirat. 

I told Mr. W (my husband) that I want to be his angel in the heaven…   then he said to me that “ You are my angel dear, your are my angel from now on and until in the heaven…insyaAllah”

Apabila bercinta, semuanya manis dan indah…Apabila bergaduh, semua yang manis akan menjadi pahit, kelat, masin TETAPI, apabila makanan itu bernama cinta, lauk pauknya pasti ada yang bernama gaduh…

Maka dengan ini, SAH bahawa percintaan yang manis pastinya berulamkan pergaduhan..

 

Note for my husband:

 Dear Mr. W, thank you for your patience for these 33 days.. I really hope that we can be happily and cherish our times together until the end of our lives..Aminn..

 

June 4, 2010 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:., My Story .:DenTisT:. | , , | 1 Comment

Cinta itu…

Cinta yang hakiki adalah cinta pada Ilahi.

Cinta yang suci adalah cinta antara suami isteri.

Cinta boleh menyemarakkan dan membinasakan semangat diri.

Oleh itu, janganlah terlalu mencintai pasanganmu, barangkali nanti kamu akan terlalu membencinya kelak.

May 22, 2010 Posted by | My Story .:DenTisT:. | | Leave a comment

New beginning…New Chapter…New Life

Salam ukhwah, salam perjuangan…

Terlalu lama diriku membiarkan blogku sepi tanpa coretan terbaru, sekadar memberi respon untuk soalan-soalan yang diajukan oleh sahabat. Minta maaf, hanya itu terdaya buat tempoh ini lantaran.  Sebenarnya, dalam tempoh yang berlalu ini, terlalu banyak perkara yang terjadi yang berlaku pada diri…

Syukur Alhamdulillah….itulah sebaik-baik perkataan tanda syukurnya dengan pemberian Allah yang bersifat sementara ini. Namun, hakikatnya kita tak akan terlari daripada diujiNya.  Seketika kita berada dalam keadaan sangat gembira, namun siapa tahu kegembiraan itu bakal direntap dengan tangisan yang menghiris kalbu..

Terimbau kembali aturan takdir yang Allah aturkan sesudah ku kembali dari Tanah Suci pada bulan Mei 2009…

Jun, 2009

Berpeluang menghadiri temuduga di universiti terkemuka

Julai, 2009

Berpeluang untuk melakukan program khidmat masyakat di Indonesia dan Cambodia.

Ogos, 2009

1) Setelah 27 tahun berlalu, terbuka hati untuk menjejaki ayah kandung.  Misi mencarinya dimulakan.

2) Memperolehi peluang untuk meneruskan pengajian diperingkat Master.

September, 2009

Misi jejak kasih berjaya dicapai.

Ku mula menjejakkan kaki di Negara orang untuk meneruskan cita-citaku.

Disember, 2009

Berpeluang melawati Korea

Januari, 2010

Menerima dan memulakan perkenalan  dengan en. w melalui email dan ym. Perkenalan antara keluargaku dan dia.

Mac, 2010

Pulang ke Malaysia selama seminggu.  Bersemuka dengan en. w dan berkenalan dengan keluarga beliau.  Bertunang seminggu sesudahnya.

April, 2010

Pulang ke Malaysia juga selama seminggu menguruskan urusan perkahwinan.

Mei, 2010

Sah menjadi isteri en. w.

Ayahku meninggal seminggu selepas perkahwinanku.. =(((

Seminggu balik ke Malaysia untuk berkenalan dan bertunang.  Seminggu juga digunakan untuk urusan dokumen perkahwinan. Seminggu juga selepas kumenerima insan baru alam hidupku, ku kehilangan insan tercinta.

Buat arwah abah,

Ya Allah Ya Maha Mengetahui, sesungguhnya takdir Engkau telah menentukan perpisahan kekal antara kami dengannya. Ampunkan segala dosa abahku. Perlapangkanlah dan sinarilah kuburnya.  Ya Ar Rahman, letakkan abahku didalam golongan yang Engkau redhai dan berkati.  Moga dia berada dalam golongan yang beriman.  Ya Ar Rahim, berilah kemudahan untuk setiap urusannya di alam sana. Aminnn.

Kini…perjuanganku perlu diteruskan, tanpa abah tercinta disisi kami sekeluarga.  Biarpun terasa sukar menerima kehilangannya secara mendadak, namun kami semua redha dan pasrah dengan takdir Ilahi.

May 22, 2010 Posted by | My Story .:DenTisT:. | | 1 Comment

…stop asking wHY…

….Stop Asking WHY??….

“eh eh…..buruk giler baju dia tu.. apasal gaji skit sgt?  isk isk memang tak reti masak ke apa minah ni..Komen itu ini, merungut itu ini, membebel macam-macam….

Itulah salah satu perumpamaan untuk perangai wanita tapi saya pasti tak semua pun antara kita yang tidak pernah berkata-kata tentang ketidakpuasan hati tentang sesuatu perkara yang tidak disukainya, baik lelaki atau wanita. 

 Apalah sangat dengan kekurangan yang ada diterima itu, kerana hakikatnya tiada yang sempurna….tapi hakikatnya terlalu sukar menepis keinginan rasa hati mencapai kesempurnaan dalam kehidupan, dalam apa jua perkara……

Pernahkah terasa seolah-olah ada sahaja halangan, penghalang yang membuatkan terbantut seketika perjalanan dipertengahan jalan?

Itulah ujian….selagi mana bernamanya kita insan, manusia dan merupakan khalifah Allah di atas muka bumi ini, selagi tu takkan terhenti ujianNya untuk hamba-hambaNYA…..

 

Kenapa AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286

Kenapa Rasa FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12

 

Sungguh…..

Usahlah bertanya kenapa ianya terjadi, kerana pasti Allah sedang aturkan yang terbaik….

STOP ASKING tentang kegagalan yang telah terjadi walau telah puas berusaha

STOP ASKING tentang tak tercapai impian yang diharap walau telah mencuba mencapai

STOP ASKING tentang tak berpenghujungnya kedukaan setelah puas mencari sinar kebahagian

STOP ASKING tentang jodoh yang tak kesampaian setelah mencari dan mencari

STOP ASKING tentang kenapa ianya tak terjadi seperti yang diharap

Tetapi….

ASK FOR keampunanNya

ASK FOR ketetapan nikmat iman dan islam yang tak berpenghujung

ASK FOR rahmat dan kasih sayangnya

ASK FOR kebahgiaan dunia dan akhirat

ASK FOR pilihan yang terbaik daripadaNya

 

p/s: ………kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah jalan….

Namun, ingatlah duhai sahabatku…rintik-rintik air  hujan itu turun bersama rahmat dan kasih sayangNya.. InsyaAllah, pasti Dia sedang Mendengar dan takkan pernah membiarkan hamba yang menangis keranaNya…andai yakin padaNya dan redha pada takdir qadak qadar Nya, pasti takkan kecewa lagi hati ini

 

December 4, 2009 Posted by | My Story .:DenTisT:., Tazkirah .:Read and Think:. | , , , , , , | 2 Comments

Emergency Call

……

Dulu-dulu di malam ONCALL

Isk, aku oncall la hujung  minggu nie…Tak boleh silent tepon, nak kena bagi ringtone paling kuat.  Bunyi telefon paling ganas dikhaskan untuk  panggilan masuk daripada ‘A & E’.. supaya cepat tersedar diwaktu malam.

Sebelum tidur, nak kena baca doa lu….

Ya Allah, tolonglah selamatkan semua rakyat di daerah naungan di sini, Jangan libantkan mereka dengan kecelakaan terutamanya pada bahagian muka.  Damailah, tenangkan suasana hunjung minggu ni… Moga aku tidur lena… Ameen..

Tika dilamun mimpi, tetiba teponku kuarkan  ‘tone khas’… Macam terkena panahan petir, terus ku bangkit dan meluru ke hospital..Waktu tu, tak kira dah dengan air liur basi ke, tahi mata melekat ke, muka tak bermekap ke (tapi aku mang bukan jenis bermekap pun.. (mmmuah ha ha..) Yang pastinya hanya Allah yang tahu betapa mengantuknya mata ini apabila perlu bertapa di kawasan kecemasan hospital pada ‘waktu tidoku’..

Arghhhh…. jelesnya aku kat yang lain duk tido lena tu

Emergency call memang khas untuk mereka yang betul-betul ada emergency problem..Percaya tak, kat kecemasan hospital pun ada kes yang sememangnya tak totally cemas!  Doktor gigi yang oncall biasanya datang kat tempat kecemasan hospital hanya bila ada kes.  Bayangkan, jika kes pada malam yang nak akan jadi pagi hanya setakat ‘sakit gigi je’… alahai,

KiNI..

Terasa sudah lama saya tidak melakukan tugasan ‘oncall.. Tiada lagi kedengaran bunyi ambulan, suasana hiruk pikuk di hospital serta raut wajah pesakit apabila bibir terkoyaknya dijahit, takpun bila gigi yang patah itu terpaksa dicabut keluar!  ‘Tiada lagi gangguan ketika ku bermimpi’… and no more ‘special ringtone’ for hospital….

Tapi , sungguh …..saya merinduinya.  Rindukan suasana dan pengalaman yang cukup bermakna.  Saya suka tolong jahit bibir, gusi, pipi yang terkoyak tuu!

Talian hayat dengan polis, bomba, hospital wajib diingat.  SEMUA PERLU TAHU, tak kira yang kecil sampai yang tua nyanyuk…Penting sebab kita tak tahu pada masa bila maktu kecemasan akan berlaku dan semuanya boleh jadi ‘unpredictable’ dan ‘suddently’ ….juz like that

Itu untuk panggilan kecemasan dunia yang nyata nie….. tapi macam mana pula dengan panggilan kecemasan untuk akhirat?.. 🙂

Just keep doing it ..  call 24434 ..InsyaAllah, Allah will help you along the way!

     

p/s : i love this post, plz read it.  Hope it will melt in our heart http://keretamayat.blogspot.com/2009/09/sms-kepada-allah.html

 

October 28, 2009 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:., My Story .:DenTisT:., Tazkirah .:Read and Think:. | , , | 1 Comment

Back to School?

**************************************

Kata orang tua, belajar sampai ke negeri China..Siapa sangka saya sampai ke jua di sini dalam mengejar cita-cita..Alhamdulillah.

Semuanya serba baru…dan sememangnya memulakan langkah di suatu tempat yang terlalu asing memerlukan ketabahan yang utuh.  Ternyata jauh di lubuk hati, betapa diri ini merindui segalanya yang berada di tanah air sendiri namun inilah dikatakan perjuangan disertai pengorbanan… Masih terlalu awal untuk membuat telahan disebalik takdir, ketentuan ilahi..

Sebelum melangkah pergi, tak terasa erti meninggalkan yang tersayang tapi sesungguhnya masa dan perpisahan itu akan mengajar kita erti menghargai apa yang dimiliki…  Kadangkala perpisahan itu membolehkan kita membuat penilaian dan bermuhasabah tentang diri sendiri.….

Di bumi asing, terasa sukar memulakan langkah tapi “life must go on”..  Insya Allah, Dia akan sentiasa mendampingi walau diri terlontar jauh di sini..

********************************

p/s: sungguh….jadi student pada usia sekarang tak sama rasanya seperti dulu 🙂

October 5, 2009 Posted by | My Story .:DenTisT:. | , , , | 1 Comment

tergendala SEKETIKA

Assalamu’alaikum… salam ukhuwah ..

Dah hampir sebulan berpuasa, bermakna dah dekat menyambut aidilfitri….  sekian lamanya tergendala kerja-kerja saya menambahkan info dalam blog ini.  bagi mereka yang seringkali terbuka blog ni, atau ter rajin membacanya..saya minta maaf banyak-banyak..

Sekarang ni, saya baru je sampai di HK…hong kong… 🙂 lebaran aidilfitri tak terasa kerana sibuk urus dokumen penting.  Alhamdulillah, selamat sudah.  InsyaAllah, saya akan cuba update blog..  Memang banyakidea tapi tak kesempatan.   .. Doakan saya di sini selamat serta mendapat rahmatNya

 

Salam ukhuwah penuh ikhlas….

September 13, 2009 Posted by | My Story .:DenTisT:. | 2 Comments