Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

Tidak Menunggu Sempurna

Bila ada manusia mengajak kepada kebaikan, kadangkala dia akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan.

Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:

“Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”

“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”

“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”

“Kau dah sempurna sangat ke?”

Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat mereka yang ingin mengajak kepada Allah SWT. Kadangkala, alasan-alasan seperti itu, yakni alasan tak sempurna, belum cukup bersedia, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.

Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?

Kisah Abu Bakar RA

Dari kalangan lelaki dewasa, Abu Bakar RA adalah yang pertama beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika kita memerhatikan Sirah Nabawiyah, selepas keimanannya, Abu Bakar mengajak ramai manusia untuk mengikuti jalan kepada Allah SWT ini. Antara yang diajaknya adalah:

1. Uthman bin Affan RA – satu dari 10 yang dijamin syurga.

2. Sa’ad ibn Abi Waqqas RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.

3. Talhah ibn Ubaidillah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.

4. Abdurrahman ibn Auf RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.

5. Zubair Al-Awwam RA

6. Abu Ubaidah Al-Jarrah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga

Ini adalah antara yang diseru oleh Abu Bakar RA, sebaik sahaja Abu Bakar beriman kepada Allah SWT. Kalau diperhatikan, mereka yang didakwah oleh Abu Bakar RA pada awal keimanannya ini, kebanyakannya adalah sahabat yang dijamin syurga.

Kita teliti, Abu Bakar RA ketika itu baru sahaja beriman kepada Allah SWT. Adakah Al-Quran ketika itu sudah sempurna sehingga ada ayat-ayat yang boleh menguatkan seruan Abu Bakar? Adakah Rasulullah SAW ketika itu sudah menyempurnakan dakwahnya sampai pada Abu Bakar ada pelbagai teknik yang boleh dia gunakan? Adakah ketika itu orang Islam sudah ramai sampai Abu Bakar boleh menunjukkan si fulan itu, si fulan ini gembira mengikuti Islam?

Kita perhatikan, dalam keadaan serba kekurangan, Abu Bakar RA bergerak juga menyebarkan kefahaman Islam, mengajak kepada kebaikan. Sedangkan ketika itu baru awal waktu seruan Rasulullah SAW. Ayat Al-Quran pun hanya ada beberapa sahaja. Orang Islam hanya ada dia, dan keluarga Rasulullah SAW sahaja.

Jadi kenapa Abu Bakar RA ini mampu bergerak, berani menyeru manusia kepada Islam dalam keadaan kekurangan demikian?

Kerana dia beriman, yakin dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kerana dia melihat Islam itulah penyelesai kepada masalah insan, dan dia hendakkan Islam itu berada dalam jiwa-jiwa masyarakatnya.

Maka dia bergerak tanpa menanti sempurna. Tidak berlengahan. Tidak memberi alasan itu, alasan ini. Tidak juga jatuh dengan seksaan dan hinaan.

Perbaiki diri, dan ajak orang lain

Allahyarham Sheikh Mustapaha Masyur ada berkata:      “Islah nafsak, wad’u ghairak”

Ramai orang salah faham kata-kata ini dengan menafsirkan seperti berikut: “Perbaiki diri dulu, baru ajak orang lain”

Kalau benar itu maknanya, maka Sheikh Mustaphaa Masyur akan berkata begini:

“Islah nafsak, summa, ud’u ghairak” Perkataan summa di sini membawa maksud kemudian.

Kenapa dia menggunakan ‘dan’, bukannya ‘kemudian’?

Hal ini kerana, ‘dan’ menunjukkan kebersamaan, pada waktu yang sama. Manakala ‘kemudian’ menunjukkan kelewatan, bukan pada waktu yang sama. Maka, makna pada kata-kata “Islah nafsak, wad’u ghairak” hakikatnya adalah:

“Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”

Kenapa dia menyeru demikian? Kenapa Sheikh Mustapha Masyur tidak suruh kita ajak orang lain lepas diri kita dah sempurna? Kenapa masa tengah perbaiki diri kita sudah perlu ajak orang lain? Kenapa?

Hal ini kerana, manusia memang tidak akan mencapai kesempurnaan. Jadi, jika hendak tunggu sempurna, sampai kiamat pun tidak akan bermulanya seruan kepada kebaikan. Justeru, manusia perlu menyeru dengan apa yang sudah ada di tangannya. Dia ada sikit, dia bagi sikit. Dia ada banyak, dia bagi banyak. Pokoknya, dia memberi, berkongsi, menyeru ke arah kebaikan, mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:

“Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat”

Dan dengan kita bergerak mengajak manusia lain ke arah kebaikan, insyaAllah diri kita akan mempunyai satu rasa sensitif untuk menjalankan peningkatan. Hal ini kerana, kita akan merasakan satu tolakan untuk lebih memperkemaskan diri apabila kita mula menyeru manusia ke arah kebaikan. Ini juga satu ‘booster’ untuk peningkatan diri.

Guru saya ada berkata:

“Perempuan yang malas mencuci kukunya, apabila dia mencuci pakaian, maka kukunya akan tercuci sama”

Kebaikan, jangan dilewat-lewatkan…….

Allah SWT berfirman:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Ali-Imran ayat 133.

Allah SWT juga mengingatkan kita berkenaan tindakan seorang lelaki yang apabila mendengar ummatnya menolak penyampaian rasul-rasul Allah SWT.  Allah menceritakan bahawa lelaki itu berlari dengan pantas di dalam ayat berikut:

“Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dalam keadaan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu” Surah Yaasin ayat 20.

Apa persamaan dua ayat ini?

Menyegerakan kebaikan.

Hal ini kerana, kalau kita tidak menyegerakan kebaikan, maka hakikatnya kita telah terjerumus dalam kerugian. Mari kita lihat ayat Al-‘Asr yang popular:

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

Ya, perhatikan ayat-ayat itu. Siapakah yang tidak rugi? Yang tidak rugi dalam hidup ini hanyalah mereka yang melakukan amal kebaikan, dan menyebarkannya pula.

Anda, nak untung atau hendak rugi?

Penutup: Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran

Jadi jangan lengah lagi. Jangan takut untuk buat baik. Jangan takut untuk sebarkan kebaikan.

Bila bersembang dengan kawan, selitkan peringatan-peringat an. Bila menghadiri satu majlis, jangan lupa ambil peluang menyebarkan kebenaran. Bila mengetuai satu program, jangan lupa adunkan program itu dengan hubungan kepada Allah SWT.

Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran. Gunakan segala ruang, peluang dan cara yang ada untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran.


Jangan lengah, jangan lewat-lewat.

Bergeraklah.

Bersegeralah.

Tidak perlu menanti sempurna.

Inilah salah satu jalan untuk berusaha menyempurnakan diri kita.


sumber: ms.langitilahi. com

February 8, 2010 Posted by | Tazkirah .:Read and Think:. | , , , , , | 5 Comments

…stop asking wHY…

….Stop Asking WHY??….

“eh eh…..buruk giler baju dia tu.. apasal gaji skit sgt?  isk isk memang tak reti masak ke apa minah ni..Komen itu ini, merungut itu ini, membebel macam-macam….

Itulah salah satu perumpamaan untuk perangai wanita tapi saya pasti tak semua pun antara kita yang tidak pernah berkata-kata tentang ketidakpuasan hati tentang sesuatu perkara yang tidak disukainya, baik lelaki atau wanita. 

 Apalah sangat dengan kekurangan yang ada diterima itu, kerana hakikatnya tiada yang sempurna….tapi hakikatnya terlalu sukar menepis keinginan rasa hati mencapai kesempurnaan dalam kehidupan, dalam apa jua perkara……

Pernahkah terasa seolah-olah ada sahaja halangan, penghalang yang membuatkan terbantut seketika perjalanan dipertengahan jalan?

Itulah ujian….selagi mana bernamanya kita insan, manusia dan merupakan khalifah Allah di atas muka bumi ini, selagi tu takkan terhenti ujianNya untuk hamba-hambaNYA…..

 

Kenapa AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286

Kenapa Rasa FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12

 

Sungguh…..

Usahlah bertanya kenapa ianya terjadi, kerana pasti Allah sedang aturkan yang terbaik….

STOP ASKING tentang kegagalan yang telah terjadi walau telah puas berusaha

STOP ASKING tentang tak tercapai impian yang diharap walau telah mencuba mencapai

STOP ASKING tentang tak berpenghujungnya kedukaan setelah puas mencari sinar kebahagian

STOP ASKING tentang jodoh yang tak kesampaian setelah mencari dan mencari

STOP ASKING tentang kenapa ianya tak terjadi seperti yang diharap

Tetapi….

ASK FOR keampunanNya

ASK FOR ketetapan nikmat iman dan islam yang tak berpenghujung

ASK FOR rahmat dan kasih sayangnya

ASK FOR kebahgiaan dunia dan akhirat

ASK FOR pilihan yang terbaik daripadaNya

 

p/s: ………kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah jalan….

Namun, ingatlah duhai sahabatku…rintik-rintik air  hujan itu turun bersama rahmat dan kasih sayangNya.. InsyaAllah, pasti Dia sedang Mendengar dan takkan pernah membiarkan hamba yang menangis keranaNya…andai yakin padaNya dan redha pada takdir qadak qadar Nya, pasti takkan kecewa lagi hati ini

 

December 4, 2009 Posted by | My Story .:DenTisT:., Tazkirah .:Read and Think:. | , , , , , , | 2 Comments

Emergency Call

……

Dulu-dulu di malam ONCALL

Isk, aku oncall la hujung  minggu nie…Tak boleh silent tepon, nak kena bagi ringtone paling kuat.  Bunyi telefon paling ganas dikhaskan untuk  panggilan masuk daripada ‘A & E’.. supaya cepat tersedar diwaktu malam.

Sebelum tidur, nak kena baca doa lu….

Ya Allah, tolonglah selamatkan semua rakyat di daerah naungan di sini, Jangan libantkan mereka dengan kecelakaan terutamanya pada bahagian muka.  Damailah, tenangkan suasana hunjung minggu ni… Moga aku tidur lena… Ameen..

Tika dilamun mimpi, tetiba teponku kuarkan  ‘tone khas’… Macam terkena panahan petir, terus ku bangkit dan meluru ke hospital..Waktu tu, tak kira dah dengan air liur basi ke, tahi mata melekat ke, muka tak bermekap ke (tapi aku mang bukan jenis bermekap pun.. (mmmuah ha ha..) Yang pastinya hanya Allah yang tahu betapa mengantuknya mata ini apabila perlu bertapa di kawasan kecemasan hospital pada ‘waktu tidoku’..

Arghhhh…. jelesnya aku kat yang lain duk tido lena tu

Emergency call memang khas untuk mereka yang betul-betul ada emergency problem..Percaya tak, kat kecemasan hospital pun ada kes yang sememangnya tak totally cemas!  Doktor gigi yang oncall biasanya datang kat tempat kecemasan hospital hanya bila ada kes.  Bayangkan, jika kes pada malam yang nak akan jadi pagi hanya setakat ‘sakit gigi je’… alahai,

KiNI..

Terasa sudah lama saya tidak melakukan tugasan ‘oncall.. Tiada lagi kedengaran bunyi ambulan, suasana hiruk pikuk di hospital serta raut wajah pesakit apabila bibir terkoyaknya dijahit, takpun bila gigi yang patah itu terpaksa dicabut keluar!  ‘Tiada lagi gangguan ketika ku bermimpi’… and no more ‘special ringtone’ for hospital….

Tapi , sungguh …..saya merinduinya.  Rindukan suasana dan pengalaman yang cukup bermakna.  Saya suka tolong jahit bibir, gusi, pipi yang terkoyak tuu!

Talian hayat dengan polis, bomba, hospital wajib diingat.  SEMUA PERLU TAHU, tak kira yang kecil sampai yang tua nyanyuk…Penting sebab kita tak tahu pada masa bila maktu kecemasan akan berlaku dan semuanya boleh jadi ‘unpredictable’ dan ‘suddently’ ….juz like that

Itu untuk panggilan kecemasan dunia yang nyata nie….. tapi macam mana pula dengan panggilan kecemasan untuk akhirat?.. 🙂

Just keep doing it ..  call 24434 ..InsyaAllah, Allah will help you along the way!

     

p/s : i love this post, plz read it.  Hope it will melt in our heart http://keretamayat.blogspot.com/2009/09/sms-kepada-allah.html

 

October 28, 2009 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:., My Story .:DenTisT:., Tazkirah .:Read and Think:. | , , | 1 Comment

Hantaran Kahwen..

 

Sayang, tengok nih. Cantiknya Al Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran”  pekik Jamilah kepada Nabil…

Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih?” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al Quran yang bakal dijadikan hantaran.

Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

Apa yang saudara cari tu? Nampak seronok saya lihat,” tegur pakcik  berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang  pakcik dalam lingkungan 40-an.

Oh, kami cari Al Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” ..sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

Aa… aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

Kalau gitu, tak perlu lah beli Al Quran kalau sekadar hantaran. Kesian AL Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi”  cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

” Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak…. usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri.. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra’d ….”Apa benda nih” detik hati Nabil.

Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnass yaitaanirrajim. .. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama AL Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah olah menghina AL Qura n. Beli AL Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan, dia pasti dilaknat oleh Al Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi  pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ”  penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..
 
………………………………

October 9, 2009 Posted by | Chosen .:Karya Pilihan:., Tazkirah .:Read and Think:. | | 2 Comments

aku PEMANDU BERHEMAH

Aku PEMANDU BERHEMAH …

keretaku

Eh, apasal kereta depan nie, tak bagi signal pun nak membelok ke kanan…Menyampahnya….

Ni apa lak nie, tersemput-semput bawa kereta….Aku nak cepat nie..makan angin sungguh driver depan nie,… 

Apa lak nie bawa kereta makin ke tengah, aku nak memotong pun susah… Bengang sungguh..

Teruk sungguh kereta depan , lampu brek kereta tak nyala…bahaya tuuu….

 

Itu antara ayat-ayat cinta kalau bercinta sambil bawa kereta di jalan raya..  Ahaks..

Tak ramai yang nak mengaku dirinya pemandu yang cuai…Takkan lah nak buat pengakuan yang memburukkan diri sendiri. Jadi, tak perlu nak menuding jari pada orang lain, biar saja saya sendiri membuat pengakuan..

Saya pemandu berhemah….tapi saya pernah juga melakukan kesilapan.

🙂 Komen komen komen…Tengah nak drive, lebih-lebih lagi bila jalan sesak…memang nampak aje yang tak berkenan dihati..  lampu kereta tak nyala, tak bagi signal, slow dan lembap,  kemek…dan macam-macam lagi…  Pendek kata, mulut mungkin hanya akan berhenti memberi komen bila memang tak jumpa sebarang kenderaan pun, atau dengan kata lain, bila jalan itu menjadi milikku..  Hehehehe

 *****

Saya memang pantang tengok kereta yang slow tahap menyusahkan pemandu yang lain.  Tapi ada juga kereta yang laju sangat yang boleh menyusahkan..  tapi hakikatnya, saya mengaku yang saya tak bawa kereta ikut had kelajuan yang ditetapkan.. Alhamdulillah, Allah sayangkan saya sebab saya tidak diberi ujian dengan saman.  

 *****

Saya geram sungguh bila ada yang tak bagi signal masuk simpang, lebih-lebih lagi motor.  Kalau jalan kecil, tersemput-semput ikut kereta di belakang tapi bila tetiba je kereta tu turn kiri/kanan ataupun berhenti kat tepi jalan secara tiba-tiba..Memang rasa berasap nak marah.  Tapi kadang-kadang, saya pernah juga terlupa nak bagi signal..Opps, sori ye..

 *****

Selalu juga saya komen kereta yang tak menyala lampu brek..tapi kadang-kadang saya sendiri terlupa check lampu brek kereta saya.  Rupa-rupanya rosak jugak..huhuhu

 *****

Biasalah, ada yang bawa kereta perlahan sampaikan saya nak memotong..tapi yang jadi geramnya, bila kita nak potong, driver tu sibuk pulak nak bawa laju-laju.  Pernah tak jadi cam nie?  Tapi, kadang-kadang saya pun nakal juga, bila nampak kereta belakang macam nak memotong, saya maintain je kelajuan kereta..hahaha, bila dah puas, bagi je lah laluan..

 *****

Lampu merah……kena berhenti…Tapi saya pun kadang-kadang terpaksa langgar je sebab nak kena cepat sampai hospital.. Boleh ke cam tu?..

*****

Itulah antara kisah saya bersama kereta atos gold…  😉 agak-agak boleh tak dilabelkan sebagai ‘pemandu berhemah’ ?

Apa jua kisah antara anda dengan kenderaan anda, cubalah kita sama-sama jadi pemandu yang berhemah.  kalau semua mencuba, insyaAllah makin kuranglah komen tantang itu ini di sepanjang perjalanan…Bolehlah guna ruang yang ada itu dengan bermunajat kepadanya…dapat gak pahala, bukan dosa.. 😉

wallahua’alam

August 12, 2009 Posted by | My Story .:DenTisT:., Tazkirah .:Read and Think:. | , , | 1 Comment

think it!

cinta Allah

July 16, 2009 Posted by | Guide .:Resepi@Petua:., Tazkirah .:Read and Think:. | | Leave a comment

::bila doaku termakbul…

 

Alhamdulillah….Alhamdulillah…Alhamdulillah 

my destinySetinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya tercapai sikit demi sikit hajat dihati..

Jika dulu, terasa bayangan untuk mencapai impian ini terlalu jauh di hadapan mata, terlalu susah digenggam apatah lagi nak dikecapi…namun dengan izinNya, semuanya tercapai…syukur, teramat bersyukur…sungguh tak diduga, tak disangka impian jadi kenyataan.

 

Saya pasti, bait-bait ayat di atas merupakan antara cetusan rasa di hati apabila doa / impian/ hajat/ cita-cita/ harapan yang kita inginkan telah tercapai … Andaikata kalu hati dah tak rasa nak bersyukurdengan pemberian Allah, itu dah kes BAHAYA….tandanya hati kita dah mati..isk,isk,isk….nau’zubillah

Semua mempunyai ‘macam-macam’ cita-cita..dari kanak-kanak sampai ke peringkat usia lanjut, semua ada “hajat” tersendiri, tak kiralah samada terpendam, terluah, tersirat ataupun tersurat 🙂  yang pastinya, apabila apa yang dihajati tercapai, confirm kita akan ‘extremely hepi’ + rasa puas hati + bangga?? + syukur giler-giler + ….dan macam-macam perasaan lagi akan terasa dihati..

TAPI, bila mana hajat tak kesampaian, tentu sahaja rasa duka lara, sedih masam mencuka, moody semacam je.. apa-apa ja yang tak bez kerana kesedihan itu.. ye tak?  Gerenti semua sahabat pernah merasai, penat lelah usahakan sesuatu tapi tiba-tiba tak jadi cam yang diharapkan..memang ler nak marah.  Saya pun pernah laluinya, bukan sekali dua tapi kerap kali jatuh dan jatuh dan jatuh…

🙂 Jatuh sekali tak bermakna jatuh selamanya…. Kalau jatuh, bangunlah semula

Kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang & sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah”.  Jadi, bila doa kita tak termakbul lagi, pandanglah ke depan dan bersangka baik kepada Allah kerana apa jua yang berlaku itu pastinya yang terbaik untuk kita..itulah dinamakan redha dengan qada’ dan qadar Ilahi..

Seketika nanti, bila kita dah melalui fasa yang teramat perit, dalam tak sedar tetiba Allah memberi sesuatu yang tak disangka-sangka…ketika itu, baru kita akan tersedar yang doa kita telah termakbul..

p/s: Kini, doaku termakbul….terasa pantasnya masa berlalu namun tak terjangkau betapa hebatnya nikmat pemberian Allah mengatasi tangisan yang lalu..Alhamdulillah

 

July 15, 2009 Posted by | My Story .:DenTisT:., Tazkirah .:Read and Think:. | , , , | 1 Comment

waRna & ConTenG, CukuR & ukIr

 

Bila musim sekolah, boleh dikatakan semua orang sibuk nak buat program termasuklah kenduri kendaranya (ye ker imbuhan aku nie) , jalan sini sana, shopping itu ini dan macam-macam lagi. 

Kali ni nak saya nak sok sek tentang ‘warna & conteng, cukur & ukir’hmmm, apa kebenda tu?

Cakap tentang cukur & ukir nie, sebenarnya lebih menjurus untuk sahabat2 wanita, pengantin perempuan, dan sapa-sapa aje yang suka bersolek/berdandan.  Saya sayang sangat kat kaum Hawa nie, sebab saya nie tergolong dalam golongan nie dan rasanya isu nie memang perkara ‘biasa’ dah diketengahkan tapi mungkin dipandang ‘remeh’, tak pun dilihat dengan sebelah mata..

uiks, jangan macam tu ye sahabat-sahabat..

Standard, semua perempuan sukakan kecantikkan..lebih2 lagi bila nak jadi mempelai, nak naik pelamin dan jadi raja sehari.. 🙂 Time ni la nak kena glamour sehabis mungkin, almaklumlah time lain tak lah ‘bermakna’ time wedding sendiri.  Ye tak? 

Kahwin, kahwin. kahwin…seronok je bunyinya…yelah, besar ganjarannya mendirikan perkahwinan..iakan suatu ibadat yang dituntut 🙂

Tapi sayangnya bila perkahwinan itu dicampuri dengan perkara-perkara yang Allah tak suka sehingga boleh menyebabkan kurang ‘keberkatan’…ehm, apa kebenda tu tu?  Di sini, biarlah saya senaraikan antaranya:-

*cukur & ukir alis mata

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Ibnu Mas’ud) huraian http://www.iluvislam.com/v1/hadis.php

*warnakan kuku dengan inai

Al-Imam Yusuf Al-Qardhawi ialah:
Beliau mengatakan bahawa, ulama mengatakan bahawa hukum lelaki memakai inai berada diantara dua hukum, iaitu Makruh dan Haram.Dan kebanyakkan ulama tidak membenarkan lelaki memakai inai kerana ia menyerupai wanita.Sedangkan Nabi Muhammad melarang lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki(HR Bukhari).Walaubagaimanapun terdapat kelonggaran,jika lelaki memakai inai untuk tujuan perubatan.Misalnya macam sakit cagu(iaitu bengkak dijari disebabkan potong kuku terlalu dalam), penggunaan inai amat baik untuk merawat sakit ini.Maka hal ini diperbolehkan.

Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za’faran.

sumber:http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php forum_id=49&thread_id=604&rowstart=0


love

June 10, 2009 Posted by | I Luv Islam.:Agamaku:., Ibadat, Tazkirah .:Read and Think:. | , , , , , , , , | 3 Comments

::tUtUp tapi X tUtUp::

Tutup Tapi X TuTup
hairilnua
http://www.halaqah.net
editor:PenaHalaqah

 

TUTUP tp X TUTUP. (Peringatan pada kaum muslimin)

–   kain @ seluar terlalu ketat
–   tudung x menutup dada.
–   Lengan baju pendek
–   Tidak gune sarung kaki (stoking)
–   Pakaian menampakkan susuk badan.
–   Pemakaian  tudung yg menampak kan rambut (Dengan sengaja)

Mengikut kata Al- Quran dan Hadith.

“Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka ke leher dan dada mereka” (an-Nur : 31)
–   “Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka supaya mereka lebih mudah di kenal orang,
kerana itu, mereka tidak di ganggu” (al-Ahzab : 59)
–   “Hai anak kerurunan Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik.” (al-Ahzab : 26)
–   “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia,
melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangannya.” (Hadith Riwayat Abu Daud)


Bagaimana pula dengan pemakaian anda hari ini? Menepati @ janji tepat ke @ ikut suka???
Fikirkan lah baik2 kerana sesungguhnya manusia dikurniakan akal yang lebih baik dr segala makhluk.
Wallahua’lam……………..

 

(0_O)

 

 

June 1, 2009 Posted by | I Luv Islam.:Agamaku:., Tazkirah .:Read and Think:. | , , | 3 Comments

nasib baik@malang….

hidup ini nikmat

… NASIBKU…

Pernahkah, kekadang terlintas dibenak fikiran akan nasib diri yang kadang-kadang sentiasa dirundung malang..?

Tak perlu ditanya pada diri yang lain, saya sendiri mengakui betapa lemahnya pemikiran ini sehingga kadang-kadang terdetik dihati ini…

                “….orang lain semua dah dapat tempat belajar, bila lagi turn aku…

                “ …. dah 3 tahun kerja, tapi napa cam tak banyak perubahan je…tak gak kaya..huhuhu

                “ …napa yee nampak cam orang lain takde problem…nampak cam smooth je… tapi aku..

 

Itu antara ayat-ayat ‘nakal’ yang sering kali dibisikkan oleh syaitan terutamanya bila aku diasak dengan pelbagai masalah….

….mengeluh NasiB sendiri, mengenangkan Nasib “malang” yang tak berpenghujung..

Biasalah, memang ‘standard’ la semua insan mempunyai impian dan harapan dalam kehidupan masing-masing…tapi bila mana kita seolah-oleh TAK dapat pencapaian, ataupun, boleh dikatakan bila impian TAK menjadi kenyataan…ataupun dengan lebih mudah lagi, Allah seakan-akan masih TAK tunai hajat dihati sedangkan puas berdoa memohon kepadaNya…kita akan mengeluh…

 

Tapi , sepatutnya JANGAN MENGELUH… kerana itu tandanya tidak bersyukur dengan nikmat Allah..

Allah itu Maha Memberi…pasti apa jua yang diberikanNya merupakan yang terbaik buat hambaNya..  Selalunya kita manusia ini, selalu membuat perbandingan yang ‘terlalu ketara/besar’…contohnya,

antara kaya denga n miskin, berjaya dengan gagal…cantik dengan tak lawa…..dsb

Cuba kaji semula…

Sebenarnya, dalam kita merasakan Allah TAK perkenankan doa kita, masih ada nikmat-nikmat ‘yang kelihatan kecil buat kita’ yang Dia kurniakan…

Contoh nikmat yang mungkin kita TAK perasan’, dapat nikmati mengorek lubang telinga, hidung dengan bez nya..  Bayangkan mereka yang kudung tangan (cacat), tidak dapat menghayati rasa mengorek tu…. mungkin nampak macam simple, tapi bukankah itu juga satu nikmat yang perlu disyukuri? 

 

Tapi, sedarkah kita akan nikmat-nikmat ‘yang kelihatan kecil’ nilainya dipandangan kita ? 

SEDARkah kau dan aku…???

 

April 23, 2009 Posted by | Tazkirah .:Read and Think:. | , , , , | 1 Comment