Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

Klinik Gigi Swasta & harga rawatan

Salam..

Pertamanya, saya minta maaf kerana terdapat banyak soalan daripada pembaca blog ini yang tak mampu saya jawab dengan jayanya..

Soalan tentang HARGA rawatan diklinik swasta memang terlalu sukar dijawab memandangkan yang menentukan harga bukannya saya/KKM.  Harga rawatan untuk rawatan yang sama tapi klinik yang berbeza, sudah tentu mempunyai harga yang berlainan memandangkan setiap klinik kemungkinan mengunakan jenis bahan yang berbeza kualiti, terdiri daripada pakar pergigian yang berbeza, serta mempunyai kemudahan / kelebihan yang tersendiri.  Tidak sepatutnya saya menyatakn maklumat yang saya sendiri tidak pasti kbenaran, saya sekadar tahu ‘average’ harga yang mungkin dikenakan. Namun begitu, lebih bagus sekiranya pembaca membuat rujukan tentang harga rawatan dengan merujuk terus kepada klinik berkenaan.

Rawatan gigi tidak terlalu ‘rigid’, maksudnya, klinik yang berbeza berkemungkinan boleh memberikan jenis rawatan /cara penyelesaian rawtan  yang berbeza WALAUPUN masalah pesakit sama.  Sebagai contoh, pesakit bernama Ali datang ke klinik  A dan B dengan aduan tentang gigi jarang.  Doktor di klinik A mencadangkan agar membuat rawatan ortodontik/braces untuk merapatkan gigi manakala doktor di kilnik B mencadangkan agar membuat rawatan konservatif dengan membuat perubahan bentuk gigi agar dapat mengisi ruang kosong.  Kedua-dua jenis rawatan yang dicadangkan oleh doktor tersebut dapat membantu Ali merawat masalah gigi jarang.  Lain doktor, mempunyai pendapat yang berbeza, mengikut kepada pengalaman serta kepakaran yang dimiliki.

 Saya boleh memberi pendapat saya tentang masalah yang pembaca hadapi TAPI perlu ingat yang saya memberi pendapat berdasarkan fakta yang diberikan.  Sebaiknya, tanya doktor yang dijumpai /yang membuat rawatan supaya lebih jelas dengan masalah yang dihadapi. 

Nasihat saya, sebelum bersetuju dengan rawatan yang disyorkan, perlulah bertanya dengan doktor tersebut bagi mengelakkan ketidakpuasan selesai rawatan.  Biarlah hasil yang diperolehi berpadanan dengan jumlah yang dikenakan. 

Sememangnya harga barang untuk rawatan gigi mahal, oleh itu padan lah harga rawatan mahal serta mahalnya harga kepakaran doktor yang melakukan rawatan. 

Di sini, saya sertakan antara link klinik swasta gigi yang mungkin boleh membantu: 

http://www.impianadental.com/index.html

http://www.idramawar.com/

http://www.mycen.com.my/malaysia/dental.html

http://www.zahidadental.com/index.html

http://www.dentalpro.org/index.html

http://www.gigi.my/Index.asp

http://www.dentalnicesmile.com/index.html

http://www.malaysiadentist.com/index.htm

http://www.dentalmatters.com/index_flash.html

Semoga info ini bermanfaat untuk semua🙂

 

3 Comments »

  1. 🙂

    Comment by csakura82 | July 9, 2010

  2. Harga harga… susah nak jawab soalan tu..adui.🙂

    Comment by csakura82 | August 9, 2010

  3. hahaha.. baru perasan page harga yg nie.. drop my ealier Q tu ye..tq dr..

    Comment by sakit gigi | November 29, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: