Dr Waina

ku bukan sasterawan, bukan karyawan bukan jua wartawan tapi ku ingin berkarya di saat ku terdaya

Nak Jadi Doktor??

Nak Jadi Doktor??

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor”, kata pensyarah itu.

“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”, katanya…sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….

“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk…..

SEKARANG…..TUMPUKAN PERHATIAN….
PAHAM!!!!!

Semua pelajar memandang antara satu sama lain……

January 30, 2010 Posted by | 1 | , | 1 Comment

saman ooo saman

sudahkah anda menjelaskan saman anda? mari kita check sama-sama
http://pkukmweb.ukm.my/%7Eknam/JPJ.htm

December 8, 2008 Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | , , , | 2 Comments

~JanGan Tamak~

Kisah Pak Ali

Kisah ini boleh dijadikan pedoman supaya kita menjadi seorang yang tidak tamak
 
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila melalui kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknya terjatuh dalam tasik tu.
Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.
 
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
 
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
 
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
 
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
 
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
 
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinya pulak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
 
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.
 
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Siti Nurhaliza yang berumur 20 tahun.

Pari Pari: Inikah isteri kau?
 
Sambil menangis Pak Ali menjawab …’Ya, itulah isteriku…’
 
Pari Pari pun marah, ‘Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak’.

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab,

 

 

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab,
‘Aku bukan tamak, kalau aku kata ‘tidak’ pada Siti Nurhaliza… kau akan bawakan pula Kajol…kalau aku katakan ‘tidak’ juga, barulah kau bawakan isteriku…bila aku kata ‘ya’, kau akan berikan mereka bertiga padaku…’. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua’.

October 22, 2008 Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | , , , , , , , | 1 Comment

Bapa Pengemis, Tiga-tiga Anak Kat Universiti!

Bapa Pengemis, Tiga-tiga Anak Kat Universiti!

 

 

Membaca artikel mengenai pengemis sebelum ini, teringat saya satu kisah. Walaupun berpendapatan tetap, kita sering mengeluh, harga minyak dan barangan semakin naik, hal anak-anak nak bersekolah lagi. Tapi tahukah anda, ada seseorang yang menjadi pengemis tetapi mampu membesarkan anak-anaknya, sehingga anak-anak tersebut berjaya berada di universiti?

 

Ketika itu, saya masih menuntut di sebuah kolej di Sunway. Saya sedang berjalan keluar daripada perpustakaan kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual-bual  dengan hamba Allah tersebut.

Saya :Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis : Ya…lebih kurang sudah 8 tahun , nak.

Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..

Saya : Banyak juga ya pakcik??
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga…

Saya : Ohhhh…..keluarga pakcik ada di mana?
Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah nun, dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Saya :Wahh..hebat-hebat keluarga pakcik ni…boleh tahan juga yerrr..
Pengemis: (Sambil tersenyum 😉 Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?

Saya: (Membalas senyuman..happy.gif..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : Tak arrrrrr….semuanya mengemis seperti pakcik….

Saya: Cisss..Hampehhhhhh..!!!!
Pengemis : Hehehehehe..dah, pi sambung buat kerja or assignment tu balik, kalau tak nak menerima nasib seperti pakcik

 

 

 

 

 

 

October 22, 2008 Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | , , , | 1 Comment

GangSter

LAWAK GANGSTER

 

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan Berjaya memperolehi RM50,000. Walau bagaimanapun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Si bisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…

Si bisu menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ke3 dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah…”

 

October 22, 2008 Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | , , , | 3 Comments

kecerdikan 4 sahabat dungu.

         Suatu ketika dahulu ada empat sahabat pergi belajar ilmu kesaktian dengan seorang petapa. Di akhir pengajian mereka di dalam gua yang tersembunyi dalam hutan itu, keempat-empat sahabat tersebut dianugerahkan satu kesaktian setiap seorang.

Yang pertama, boleh menyambungkan anggota badan yang putus. Yang ke2, boleh menyembuhkan luka. Ke3, boleh memasuk dan mengalirkan darah ke dalam urat saraf, dan yang ke4, boleh menghidupkan yang telah mati.

Keempat-empat sahabat itu gembira dengan kesaktian yang telah dianugerahkan oleh guru tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih kepada si petapa tadi dan kemudian berjalan keluar dari hutan tersebut untuk pulang ke rumah masing-masing.

Dalam perjalanan, mereka ternampak bangkai seekor harimau. Wah! Inilah masanya untuk mencuba kesaktian yang baru dimiliki. Lantas si lelaki pertama menyambungkan semula anggota badan dan tulang-temulang harimau tersebut. Sahabat yang kedua mengambil giliran dengan menyembuhkan lukanya.
Sahabat ketiga menggerakkan semula darah di dalam badan harimau berkenaan manakala sahabat yang keempat, menghidupkannya semula.

Sebaik membuka mata, harimau itu tanpa membuang masa terus menerkam dan membaham keempat-empat sahabat tadi!

Moral ceritanya: Cerdik biarlah bertempat!

October 10, 2008 Posted by | Laughter is the Best Medicine.:Gelak Ketawa:. | , , | 1 Comment